Movie Review : Stree

Tuesday, 18 December 2018

Image result for stree

Director : Amar Kaushik
Writer : Raj Nidimoru and Krishna D.K. (story, screenplay) , Sumit Aroraa (dialogues)
Cast : Raj Kumar Rao, Shraddha Kapoor, Aparshakti Khurana, Pankaj Tripathi, Abhishek Banerjee
Production Company : Maddock Films, D2R Films
Distributor : AA Films
Genre : Horror/Comedy
Running Time : 128 minutes
Release Date :   30 August 2018 (United Arab Emirates), 31 August 2018 (India)
Trailer :


Movie Stree mengangkat kisah mitos legenda di sebuah kampung bilamana setiap tahun roh Stree akan datang untuk buru lelaki yang keluar berkeliaran pada waktu malam. Stree akan panggil nama mangsa dia sebanyak 3 kali sebelum menculik dan tinggalkan pakaian mangsa di tempat tersebut.

Untuk generasi lama cerita Stree ni mungkin agak mengerikan sampai kena tulis ‘O Stree come again tomorrow’ di dinding luar rumah untuk elak dari diganggu roh Stree. Tapi berbeza dengan generasi muda macam Vicky (Rajkummar Rao) yang lebih moden dan anggap Stree ni mengarut sangat.


Vicky anak kepada tukang jahit di kampung Chanderi dan agak terkenal di kalangan gadis atau wanita disebabkan kebolehan dia mengukur bentuk badan tanpa menggunakan pita ukur so they feel safe with him tapi nak siapkan satu dress tu pun ambil masa lama.

Tuah dia bila berjumpa dengan si gadis cantik (Shraddha Kapoor) yang datang ke Chanderi untuk upacara pemujaan untuk lindungi diri dari roh jahat macam Stree. Gadis cantik yang muncul tiba-tiba ni datang dan minta bantuan Vicky untuk jahitkan lehenga dalam masa 2 hari. Tapi makan berhari jugak lah bila Vicky angau dengan si gadis cantik ni dan berusaha untuk cari bahan pelik yang dia minta – arak, daging, bulu kucing, ekor cicak.


Bittu (Aparshakti Khurana), kawan Vicky dah mula syak yang Vicky bercinta dengan hantu Stree tapi menyamar pada siang hari untuk perangkap Vicky sebab kewujudan gadis cantik tu pun tak diketahui. Even worst, nama dia pun semua orang tak tahu termasuklah Vicky sendiri. Jadi tegang bila kawan diorang, Jaana (Abhishek Banerjee) kena culik dengan Stree.

Vicky dengan Bittu cuba minta bantuan dengan professor Rudra (Pankaj Tripathi) di kampung tu sebab dia tahu sejarah asal-usul Chanderi tapi sayangnya mukasurat yang ada cara untuk hapuskan Stree dah kena koyak. Sudahnya diorang cuba nasib pergi ke istana lama yang dilukis dalam buku tu. Dekat istana tu baru Vicky kenal siapa gadis cantik tu. Berjaya atau tak Vicky dan Bittu selamatkan Jaana kena tengok sendiri lah movie ni.


Movie ni genre horror tapi hantu Stree tu tak seram pun nak pula bila ada genre comedy so tengok sorang pun tak takut. Lagipun hantu dia tak tayang muka sangat even ada scene yang tayang pun muka dia more to VFX bukannya makeup bagi seram. Penulis skrip Raj-D.K pernah tulis skrip untuk movie horror comedy Go Goa Gone and yes the momentum still the same!

Rasanya movie ni agak feminis sebab kebolehan Vicky untuk ukur badan wanita untuk jahit baju pun dah boleh nampak tambah bila diorang tahu punca kematian Stree dan sebab Stree datang ganggu kampung masa second half movie ni dah boleh nampak mesej director dan tema movie ni. Walaupun ada item song Kamariya yang agak misogynist tapi justified lah but still cringe bila ada breast and butt shot.

Kelakar bila tengok scene lelaki di Chanderi ni takut nak keluar malam sebab selalunya perempuan yang takut nak keluar rumah sebab peratus jadi mangsa kejahatan malam tu agak tinggi. Bila suami yang pesan suruh isteri balik awal sebab takut tinggal dekat rumah sorang-sorang. Mesej sinikal yang agak hebat dalam movie ni. Bukan selalu nak dapat tengok scenario ni!

Lakonan Raj macam biasa, memang bagus nak pula bila ada Pankaj Tripathi untuk hidupkan scene komedi tapi chemistry Raj-Shraddha agak hambar bila Shraddha cuma jadi cantik dan mengharapkan lakonan Raj semata untuk jayakan scene diorang berdua. Nasib tak banyak scene Shraddha dalam movie ni so tak rasa nak marah sangat bila tengok movie ni. Tapi serious, Shraddha makin cantik lepas putus ni, suka tengok rambut dia dalam movie Stree!


Soundtrack album Stree pun not bad walaupun lagu dia sikit je dalam 4 buah lagu and my fav is Kamaariya dengan Milegi Milegi. Tapi lagu Kamariya dengan Nazar Na Lag Jaaye je yang ada dalam movie ni, Ao Kabhi Haveli Pe sebagai musik latar and Milegi Milegi pengarah letak dekat credit scene sebagai promo je.


Movie Stree antara top movie di Bollywood tahun ni dan dah start menang banyak award dah pun so kalau nak tengok movie seram kelakar, try layan Stree okay!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.9 = 9/10

9 comments

  1. alamak.. bila horror comedy nih tak masuk lah kat kite wak.. hee~ tapi boleh try lah tengok sebab kita suka cite seram..

    ReplyDelete
  2. Haritu ada terjumpa movie ini.. ingatkan seram giler, tak adalah tengok.. Tapi bila baca komen Farhanna nie macam best je, nanti akak try tengok..

    ReplyDelete
  3. Macam best je ni walaupun bunyi macam complicated..cerita hantu feveret akak :D

    ReplyDelete
  4. i peminat horror movie, tapi x minat sgt horror comedy, tapi boleh je nnt nak try tengok...anyway tq for review...

    ReplyDelete
  5. Memula baca macam seram tp bila baca lagi memang rasa kelakar. Lagi2 part suh wife blk awal tu. Hehe. Boleh tgk lah citer ni nanti.

    ReplyDelete
  6. jrg citer hindi atau tamil yg seram. biasanya cintan cintun dgn lagu2 n tarian yg turun naik bukit...

    ReplyDelete
  7. dia bercinta dengan Farhan Akhtar tapi family dia tak suka

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.