Penulis Skrip : Adrian
Teh Kean Kok, Keoh Chee Ang, Frank See
Pelakon : Hairul
Azreen, Ammar Alfian , Henley Hii
Genre : Aksi/Drama
Durasi Tayangan : 100
minit
Tarikh Tayangan : 27
September 2018
Syarikat Produksi : Asia
Tropical Film, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, Granatum
Ventures, Astro Shaw
Pengedar : GSC Movies
Trailer :
First of all, tahniah PASKAL
berjaya dapat rating tertinggi di IMDb sebanyak 9.2 mengalahkan The Avengers :
Infinity Wars! Tak sia-sia effort team PASKAL untuk movie ni sebab movie PASKAL
boleh pergi jauh sebab dah jadi benchmark untuk filem tempatan.
PASKAL mengisahkan tentang team
PASKAL (Pasukan Khas Laut) memerangi lanun di kawasan perairan Malaysia. First
half you guys boleh tengok team PASKAL ada misi di Kapal Tangki Minyak Laurel
11 dan second half misi di pelantar minyak di KK, Sabah (Yang Hairul kata dia
kena culik masa shooting tewwww).
Jerung/Kapten Arman Rahmat
(Hairul Azreen) mengetuai pasukan Alpha yang dianggotai Ustat (Taufiq Hanafi),
Gagak (Gambit), Yan (Hafizul Kamal) & Misi (Theebaan G) di bawah pengawasan
Leftenan Komander Maznan (Namron). Hebat macam mana pun Jerung dalam PASKAL, di
mata mak dia, Arman cuma buang masa selamatkan negara tapi tak mampu jaga mak
yang tengah sakit. Disebabkan kesihatan mak dia makin teruk, Arman pilih untuk
bersara dari PASKAL.
Tapi sebelum bersara dia ditugaskan
untuk misi menangkap Rudy Rusli Parjo (Amirul Affendi) di KK tapi sayangnya
misi dia gagal bila bekas ahli Alpha, Jeb (Ammar Alfian) yang bantu Rudy naik
di dunia gelap. Flashback ke zaman training diorang untuk jadi PASKAL, Arman, Joshua/Girang
(Henley Hii) dan Jeb dipilih sebagai 3 askar terbaik tapi sayangnya lepas misi
UN, Jeb dibuang kerja. Sakit hati dengan sistem PASKAL, dia ubah haluan jadi
jahat dan hidup mewah.
Jalan cerita movie PASKAL
diadaptasi dari kisah sebenar pasukan khas laut yang menyelamatkan negara, terutamanya
misi Kapal Tangki Minyak Laurel 11 dan misi UN di Angola. Nak tengok kecekapan
navy kita bertindak, kena tengok movie ni. Wajib! Banyak kali mulut cakap ‘fuhhh
nasib dia cepat’ padahal diorang memang kena train untuk jadi pantas dan
tangkas. Action stunt dalam movie ni memang terbaik nak pulak bila semua
pelakon buat sendiri dan train selama 2 bulan supaya scene nampak cantik. Memang
puas tengok!
Bukan calang orang dapat lepas
pemilihan pelakon dalam movie ni sebab barisan Alpha memang dah ada martial
arts especially Hairul yang memang pelakon lagak ngeri sebelum ni. Misi pun dah
7x menang National Karate sebab tu scene dia fight lanun tu cantik dan sharp. Sesi
menembak tu tak pasti training berapa lama yang pastinya Gambit curi perhatian
sebagai sniper. Curi hati sekali yang pastinya ❤
Since Adrian Teh sebelum ni jadi
pengarah cerita komedi, scene komedi dalam movie ni memang menjadi nak pula
bila ada Yan. Visual movie PASKAL pun terbaik walaupun CGI dia masih lagi belum
di tahap terbaik tapi boleh tutup mata je sebab tak ketara sangat pun. The best
shot I totally love in this movie bila Ustat dan Jerung sembang pasal pilihan
terbaik dalam hidup bila diorang membelakangkan slogan ‘Sentiasa Yang Terbaik’.
'Tak ada ranting yang paling betul pun tuan'
'Habis tu apa je yang ada?'
'Yang ada cuma cabang, cabang dan juga cabang sampai mati'
Thumbs up to Adrian Teh yang memang buat kajian tentang PASKAL dan di bawah tunjuk ajar ahli TLDM, movie ni nampak real dengan guna semua alatan, senjata, transport and every detail dalam unit pertahanan kawasan perairan negara. Memang wow tengok scene diorang scan bom dan lanun dari luar bilik. Even gaya percakapan dan bagi arahan pun memang sama.
Cuma sayangnya director tak gilap
lagi bakat lakonan masing-masing sebab lakonan Hairul nampak kaku tambah bila
ada scene emotional dengan mak dia sedangkan watak Leftenan Komander Arman Rahmat Anuar diadaptasi dai watak sebenar. First half mungkin terlindung dengan action
scene tapi second half nampak ketara sangat. Even mak dia pun tak berapa
membantu. At least kalau pelakon utama tak bagus dari lakonan, pelakon pembantu
akan menyerlah tapi tak dalam movie ni. Cuma mengharapkan Lily (Jasmine Suraya)
dan Panglima TLDM (Eizlan Yusof). Even Amirul Afendi pun nampak tersia dalam
PASKAL.
Ada lagi beberapa scene lain yang
tak berapa cantik tapi anggap je lah minor glitch. Untuk movie yang bermodalkan
RM10 juta, this is surely the best you can get. Sayang tak pergi tengok masa
dekat wayang haritu sebab audio cinema lagi best. Movie PASKAL bukan setakat
nak pamerkan kehebatan hero tak didendang negara tapi ketengahkan mesej
perpaduan dan kerjasama dalam menjaga negara.
For sure akan emosi layan movie
PASKAL nak pula bila scene Lily terima baju Joshua. Scene dia menangis tu
teringat masa arwah ayah kena hantar ke Somalia and my mom terduduk menangis
masa dapat phone call. Scene keluarga datang jumpa bila dah balik dari misi besar
is totally the happiest moment.
Terima kasih Adrian The wujudkan
movie PASKAL and of course terima kasih kepada semua team PASKAL yang
menjayakan movie ni. Waiting for PASKAL 2, PASKAU, VAT69, Komando!
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought 0.8 = 8.22/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Wah.. Bila Farhanna review macam nie buat hati rasa nak tengok.. Tapi pelakon utama tu akak tak berapa minat.. huhuhu..
ReplyDeletemenarik review Farhana buat. Kita ada anak kecik kena tengok kat Astro first je nanti
ReplyDeleteTeringin nak tengok tapiii kena tunggu masuk Astro first dulu la
ReplyDelete