Production Company : Viacom 18 Motion Pictures, Matchbox
Pictures
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures, Panorama Studios,
Paramount Pictures, Zee Studios, Eros International
Genre : Black comedy/ Crime/ Thriller
Running Time : 138 minutes
Release Date : 5th October 2018
Trailer :
Lepas movie Shubh Mangal Shavdhan, Aayushman berlakon dalam
Andhadhun yang mengisahkan tentang si buta jadi saksi kepada pembunuhan selebriti
terkenal. Macam mana si buta boleh jadi saksi? Simple je jawapannya, sebab dia
tak buta pun. Akash (Ayushmann Khurrana) berlakon jadi buta sebab sewa rumah
kebajikan jauh lebih murah untuk hidup di bandar.
Tapi sebab utama dia berlakon jadi buta sebab dia nak bereksperimen
dengan seni. Bila dia berlakon jadi buta, telinga dia akan fokus dengan nada
piano yang dia main. Yes of course Akash sangat berbakat sebagai pemain piano
tapi dia nak create masterpiece. Dari awal movie sampai habis you guys akan
tengok betapa hebatnya Akash sebagai pianist.
Rutin biasa Akash setiap pagi akan keluar kerja lepastu
sarapan dan ajar piano tapi satu hari dia kena langgar dengan Sofie (Radhika
Apte). Disebabkan pertemuan tu Akash diambil bekerja sebagai pianist di
restoran ayah Sofie. Langkah kanan untuk Akash bila selebriti Pramod Sinha (Anil
Dhawan) suka dengan talent dia dan book Akash untuk main piano masa anniversary
di rumah dia.
Bila Akash sampai ke rumah Pramod, isteri dia, Simi (Tabu)
cuba halang Akash dari masuk tapi disebabkan jiran dia dah intai, dia biar je
Akash masuk sebab dia percaya Akash buta dan takkan nampak mayat Pramod
terbaring di lantai mati dibunuh oleh kekasih gelap Simi.
Cuak jugak Akash bila nampak mayat Pramod dengan kesan
tembak di kepala tapi dia kena tenang main piano sampai Simi suruh dia keluar
dari rumah. Akash tekad nak buat laporan polis walaupun nampak mengarut sebab
dia buta tapi plan dia hancur bila kekasih gelap Simi rupanya pegawai polis.
Satu hal Akash nak kena cover dia buta dan tarik balik laporan polis.
Masa majlis pengebumian Pramod, Simi upah Akash untuk datang
mainkan lagu kegemaran Pramod sampai habis majlis. Menyampah dengan ucapan Simi
kepada Pramod, jiran dia bagitahu polis dekat situ yang Simi sebenarnya bunuh
Pramod sebab dia nampak ada lelaki lain datang sebelum Akash. Dia boleh bantu
polis untuk pengecaman muka.
Esoknya bila Akash datang lagi sekali ke apartmen Pramod
untuk ajar Dhani, anak tunggal Pramod, Akash nampak Simi tolak jiran dia dari
tingkat atas. Makin bertambah cuak Akash dengan Simi. Nak tutup mulut untuk
satu kes bunuh pun dia dah tak mampu inikan pula dua kes. Simi syak Akash tak
buta so dia pergi ke rumah Akash untuk butakan Akash dan misi dia berjaya. Apa
jadi lepas tu kena la tengok sendiri sebab ni semua dalam first half je.
Kalau first half dah bermacam kejadian, imagine second half
macam mana! Plot Andhadhun ni memang unpredictable and even you guys dah sampai
ending pun akan tertanya-tanya apa dan kenapa atau mungkin lagi banyak soalan
yang akan keluar hanya disebabkan tin.
Lakonan semua cast memang terbaik lah baik dari leading cast
mahupun supporting dan disebabkan watak Akash ni Ayushman dah boleh dilabelkan
sebagai pelakon yang versatile di Bollywood. 2 tahun berturut movie dia hit di
Box Office and I really hope he can win Best Actor for this year or Critics
Award for his performance.
Movie Andhadhun cuma ambil masa selama 44 hari je untuk siap
sebab location dia tak banyak pun. Dalam rumah Akash, restoran Sofie, rumah
Simi, klinik lama dan beberapa tempat lain. Selain dari jalan cerita, you guys
kena perhati jugak dialog yang boleh bagi hint untuk persoalan besar dalam
movie ni. Banyak juga teori yang muncul untuk explain jalan cerita Andhadhun ni
tapi ikut lah kreativiti masing-masing sebab jawapan ada dalam movie tu cuma
kena pandai cari. Kenapa director buat ending tergantung macam tu? Bak kata Sofie :
Some things are better unfinished
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Menarik !! Camni kena tengok ni
ReplyDeletemcm menarik ni :)
ReplyDeleteWah, kena tengok ni
ReplyDeletemenarik review hana. nak tengok ni
ReplyDeleteermm macam best gak ni FJ :)
ReplyDeleteowh,cerita tergantung ke?
ReplyDeleteThank you for review kak FJ!! ^^
ReplyDeleteAdoi.. adoi.. Review nie buat rasa nak gi cari filem nie sekarang.. sangat menarik..
ReplyDeleteNampak menarik.. hehe.. lama xtgk cerita tamil
ReplyDeleteBaca sinopsis di sini pun dah cukup berdebar-debar rasa.
ReplyDeleteBila baca teringin nak tengok cerita ni bila berpeluang.