Bulan lepas memang tak selesa nak kerja dekat office sebab sakit kepala gara-gara pening dengan bau busuk. Masuk je office dah berbau pagi Khamis tu tapi mulanya ingatkan bau cicak mati. Tunggu je lah cleaner datang bersihkan jam 10 nanti.
Bila cleaner datang bersihkan office bau tetap juga tak hilang sebab tak jumpa pun bangkai tu. Mungkin bukan cicak tapi binatang lain. Bila tengok bilik air ada bangkai tikus seekor rupanya bau ni bau bangkai tikus bukan bangkai cicak. Tu yang dekat bilik air bukan dekat pintu office. Bila cari dekat bawah tak jumpa, terpaksa lah panjat naik ke atas bahagian siling tetap juga tak jumpa.
Bahagian siling haruslah gelap, cuak jugak nak tengok atas tu sebab takut jumpa benda lain. Yang peliknya bau dekat atas tak ada tapi dekat bawah kuat sangat. Dah panjat naik siling siap merangkak ke bahagian lain pun tetap tak jumpa. Makin hari bau makin kuat, nak buat kerja pun tak fokus sebab busuk sangat. Kalau boleh nak balik masa tu jugak. Busuk dia tak boleh bawak bincang wei.
Esoknya masa officemate tengah lepak pantry sebab nak tukar carpet kepada tikar getah di bahagian pantry terjumpa lagi satu bangkai bila buka laci dekat pantry. Perggghhh dia punya bau boleh buat muntah! Besar pulak tu tikusnya. Sudahnya pantry pulak bau busuk sebab ada dua ekor yang mati. Kalau hari sebelum ni bahagian depan je berbau, sekarang ni officemate yang duduk bahagian belakang pulak pening.
Kalau sebelum ni tak tahan busuk dekat depan boleh ambil angin kejap dekat belakang hah sekarang ni mana nak pergi? Minyak wangi pun dah tak mampu nak tenyeh dah dekat hidung.
Minggu depannya masa cleaner tengah bersihkan bilik lelong, ternampak ulat jatuh dari atas. Besar! So kitorang syak dekat area situ lah bangkai tikus tapi tak berbau pun sebab dekat dengan tingkap. Esoknya lepas solat Dhuha berjemaah ternampak ulat dekat lantai. Ah sudah, dah penuh bilik ni dengan ulat. Maka bermula lah misi mencari dan membuang. Sebelum nak buka siling tu masing-masing dah get ready dengan minyak wangi, tisu dan serbuk kopi supaya tak muntah.
Finally lepas penat menanggung derita hidup dalam kebusukan bangkai, dapat juga keluarkan bangkai tikus yang dah berulat dekat atas tu. Lama jugak lah mencari sebab tersembunyi sampai bertukar assistant.
Dalam kotak ni banyak ulat sebenarnya tapi geli nak ambik close-up shot. Tikus yang mati tu tak sanggup nak ambil gambar sebab busuk wei bau dia. Even serbuk kopi tak mampu tutup bau busuk tu. Lepas dah jumpa bangkai kitorang sapu lantai sebab ada ulat-ulat yang terlepas sana sini.
Nampak tak betapa besarnya ulat ni? Tapi pandai tau bersembunyi bila orang nak menyapu. Bukan dekat dalam office je even dekat depan pintu, rak kasut dengan tangga penuh dengan ulat ni. Meremang bulu roma sebab geli. Alhamdulillah dah settle hari tu. Fuhhhhh
aduhai mengerikan lak baca ni dik... akak takt lipas ok lg tp sampai ulat tu mmg surrender lahai
ReplyDeletemmg tensen klu opis bau busuk nih, udahla opis kita kn jenis ekon sana sini ttp takde pengudaraan sgt... mmg bau busuk tu tak ilang lah
Memang tak boleh fokus nak buat kerja kalau keadaan office macam tu.Nasib baik dah jumpa punca bau busuk tu.
ReplyDeleteAdoo mesti sebel kan selagi tak jumpa bau busuk tu.. Geli betol sampai dah berulat.. Punca kematian dapat jumpa tak, kenapa mati berjemaah? haha
ReplyDeleteAigoooo ulat sampah pun dah buat meremang, inikan pula ulat + bau bangkai + bangkai tikus. Pitammmm.
ReplyDeleteAdoi.. Kalau bau semerbak macam tu memang hilang tumpuan...
ReplyDeleteOmg tak dapat bayangkan bauannya.
ReplyDeletePergh!! Boleh bayangkan bau busuk tu.. Memang busuk gila.. tambah kalau dah beberapa hari..
ReplyDelete