Zinger Waffle Burger, KFC Subang Bestari

Sunday, 4 November 2018

Bila dah gaji ni mesti tekak teringin nak makan KFC maka semalam menjejak ke KFC untuk lunch dekat sana. Since KFC keluarkan menu baru, memang gedik nak try walaupun expectation untuk kembang tekak tu ada. 

Maple syrup with fried chicken, are you kidding me? Since my sister tempting sangat dengan menu ni, iolls redho je makan.

Related image

Dalam poster nampak cantik lah tapi cantik je tak cukup untuk jual menu kan? Tapi kalau tengok dari poster pun dah boleh predict you guys akan muak bila makan sebab waffle dia tebal. Ada beza bun dengan waffle. Bun ada lubang angin so bila dia besar pun tak rasa muak sangat unlike waffle isipadu dia mampat so most likely you will feel bloated after eating. Faham tak explanation I? Ke nampak merapu? 

Well anyway, this is my Zinger Waffle Burger 


Packaging dia cantik, thumbs up for that! 



Hah sama tak uolls? Nampak tak waffle dia tebal kemain tu? Plus dah agak lembab sebab terendam dengan maple syrup. Ayam dia pun sama terendam jugak but thank God crispy tu tak hilang. Since tekak tak mampu nak terima kemanisan maple syrup, lepas second bite I give up and give it to my sister tapi padan muka dia muak lepas makan separuh. 

Lama jugak dia ambil masa nak habiskan menu ni, nasib ada air Milo sebagai penyelamat. Burger ni tak besar sangat pun tapi disebabkan muak, you guys mampu share berdua. Bertiga tu melampau lah. 

Harga ala-carte, RM13.90 untuk combo pulak RM14.90. Berbaloi atau tak? I guess ikut tekak masing-masing. Ada orang boleh terima fried chicken soaked with maple syrup, ada orang yang sama tekak macam I mungkin akan melugai bila makan. Not gonna repeat this menu for sure. Sorry KFC :(

20 comments

  1. Confirm tak sedap ... Nasib belum makan

    ReplyDelete
  2. nampak dalam gambar macam menarik. Mungkin lepas rasa sendiri baru boleh judge kot.

    ReplyDelete
  3. sehari tak lalu makan sebab benda ni T___T

    ReplyDelete
  4. Syukurlah dh set awal lagi dalam kepala never ever to try it for this time. Hahahaha sorry not sorry KFC

    ReplyDelete
  5. haritu pergi kfc ada jugak nampak menu ni,, nasib baik tak terjebak pergi beli sekali.. hehehe, baru ingat nak mencuba..

    ReplyDelete
  6. mak kita ada tanya pasal waffle ni bla tgk iklan kat tv..trus kita kata xsdap..haha

    ReplyDelete
  7. Hari tu nampak iklan ni rasa eh why pelik sangat, rasa memang tak patut waffle diburgerkan. Hehe

    ReplyDelete
  8. teringin tapi tak nak. haha waffel is waffel. burger is buger.. kan? why need to mix those up? •…•

    ReplyDelete
  9. Akk haritu pergi kepsi macam nk try. Tapi ntah la napa tiba2 tak jadi. Sebab dok pikir, kepsi ni iklan biasa la gempak. Tapi hasilnya.. Erm..
    Sudahnya beli je la ayam mcm biasa. Hehehe

    ReplyDelete
  10. sedap ! airah tetiba teringin nak makan lagi baca entry ni hahhaha

    ReplyDelete
  11. Sedapp kan, memula haritu rasa tak letak high expectations pun. Hee rupanya memang sedaplahh. Nice

    ReplyDelete
  12. Aiyoooooo...byk review kata fail...aduduu..kfc...what happen

    ReplyDelete
  13. Sape tekak yang suka maple syrup boleh terima kot, tapi bg tekak yg kg kg mcm akak nih, maybe tak lah kot. Seperti biasa iklan nmpk cantik menyelerakan tapi rasa blom tentu.

    ReplyDelete
  14. Erkkkk tak ngam langsung ayam dan maple syrup tu.

    ReplyDelete
  15. Nampak ada mapple syrup tu pun dah buat tekak kembang.. Memang gabungan yang tak kena pada akak.. tak teringin nak cuba pun..

    ReplyDelete
  16. sbb dh ramai kwn2 kata tak sedap, jd kite ni pun tak teringin nk cuba...
    kang beli tp tak mkn rasa tak berbaloi....
    cuma klu akak maple syrup tu klu tukar ngn sos cili ok kot... tak blh terima kot kemanisan tu...

    ReplyDelete
  17. Lately menu2 baru KFC byk yg tak berjaya or for me menu merapu. Tuk yg ni, tgk je dh tak minat, maple syrup + waffle je ok tpi adanya ayam, its a spoiler

    ReplyDelete
  18. waaa xsempat nk p mkn sbb rs mcm pelik jer bila tgk iklan...hehehe yeay done following ur blog..jemput singgah ke my blog yaaa..btw salam perkenalan...

    ReplyDelete
  19. ayam + maple syrup + waffle hmmm? tak pernah try lagi tapi wonder juga la sedap tak kalau tiga2 tu digabungkan haha.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.