Kecoh dekat Twitter movie OYWD ni
sedih sangat sampai lelaki pun menangis tengok movie ni. Disebabkan ramai
sangat yang recommend untuk layan movie ni saja curi masa tengok apa yang
syahdu sangat.
Mengisahkan Hwang Woo-yeon (Kim
Young-kwang) jatuh cinta pandang pertama dengan si cantik Hwan Seung-hee (Park
Bo-young), pelajar baru di sekolah dia. Dalam ramai lelaki yang minat dengan
Seung-hee, Woo-yeon yang berjaya berkawan tapi friendship diorang tak lama pun
bila Seung-hee terpaksa berpindah ke sekolah lain gara-gara ayah dia yang
pemabuk datang serang.
Woo-yeon bukan pelajar pandai
yang ada masa depan pun so lepas habis sekolah je dia dah fikir nak kerja di
restoran biasa je tapi lepas nampak gambar Seung-hee dalam brochure kolej di
Seoul, dia berazam untuk masuk ke kolej yang sama. Gigih dia berusaha untuk
lulus ujian kemasukan universiti dengan jayanya.
Atas usaha gigih dia tu, dia
berjaya masuk ke kolej yang sama tapi sayangnya Seung-hee dah ada boyfriend.
Satu hal pulak dia nak kena impressed Seung-hee supaya nampak jauh lebih bagus.
Mampu atau tak Woo-yeon tawan hati Seung-hee tu kena tengok sendiri.
Chemistry Kim dengan Park nampak
cantik onscreen untuk jayakan watak hero dan heroin baik sebagai kawan mahupun
pasangan kekasih. Ni bukan spoiler tau sebab masa Woo-yeon dengan Seung-hee
berkawan, diorang bagitau satu sekolah diorang tengah dating supaya Seung-hee
tak dikacau oleh geng budak nakal.
Jalan cerita movie ni pun ringan
dan sweet, sesuai dengan genre rom-com yang dibawa tapi emotion tu tak deep
macam movie You Are the Apple of My Eye, movie Taiwan tahun 2011 sebab jalan
cerita dua movie ni lebih kurang je. So kalau you guys pernah tengok movie
Taiwan ni, mesti you guys boleh tahu ending movie OYWD ni jugak. Personally I
prefer YATAOME lah sebab ending dia memorable habis. Nampak betapa dalamnya
cinta dia dengan perempuan tu even comedy scenes pun kelakar habis.
Visual movie ni memang cantik
tambah shooting location cantik kemain nak pula scene masa diorang berdua curi
masuk di bangunan lama tengok sunset. Siapa je tak jatuh cinta sembang hati dan
perasaan kalau lepak dekat situ kan. Tapi bab soundtrack song dia tak ada pun
lagu yang sweet ataupun syahdu yang get along so well in certain scenes.
Sama macam movie YATAOME, mesej
yang sama jugak diketengahkan dalam OYWD ni bilamana belajar menerima kenyataan
kehidupan dan hadirnya seseorang tu dalam kehidupan kita akan mengubah sama ada
menjadi lebih baik ataupun buruk. Cinta boleh ubah seseorang tu kepada personality
atau karakter yang tak dijangka. Macam penangan cinta Seung-hee mampu ubah
Woo-yeon jadi manusia yang berguna kepada masyarakat walaupun ada certain times
Seung-hee buat Woo-yeon menyesal kenal dengan dia.
Since ramai yang dah recommend
and movie ni pun ada tercalon dalam beberapa award events, so you guys should
try find some time untuk layan movie ni. Tak kisah lah yang single ataupun dah
ada partner, this movie still great to watch.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Macam best je review sebab dah lama betul tak tengok movie Korea ni..boleh riki2 la pasni
ReplyDeleteMacam best je review movie ni, nak tengok jugak lh...🤩🤩🤩 fana nak tengok online kat mana ye yg ada subtitle dia sekali...
ReplyDeleteTima kasih
Hujung2 bulan nanti baru nak tengok. sedikit busy bulan ni
ReplyDeleteReview menarik.. Nanti try cari sebab movie kan.. Tak adalah lama sangat nak hadap..
ReplyDelete