Movie Review : GOLD

Saturday, 17 November 2018

Related image

Director : Reema Kagti
Writer : Javed Akhtar
Cast : Akshay Kumar, Mouni Roy, Kunal Kapoor, Amit Sadh, Vineet Kumar Singh, Sunny Kaushal
Production Company : Excel Entertainment
Distributor : AA Films India, Zee Studios Intl
Genre : History/Sports/Drama
Running Time : 153 minutes
Release Date : 15th August 2018
Trailer :


Lepas beberapa movie bertemakan sukan terutamanya sukan kriket dan wrestling, kali ni disajikan pula dengan movie bertemakan sukan hoki lepas berdekad kemunculan movie Chak De! pada tahun 2007.

GOLD mengisahkan tentang satu pasukan hoki negara India yang ditubuhkan sejak tahun 1936 dan bermain di bawah negara British since India belum merdeka dari penjajahan lagi. Tapan Das (Akshay Kumar) merupakan manager team hoki negara dengan barisan pemain yang agak hebat masa tu.

Image result for gold movie 2018

Walaupun team ni hebat tapi tak semestinya kejayaan milik diorang sebab main di bawah British, of course kemenangan tu hak milik British. Bila menang pun nyanyi lagu British bukannya lagu India. Disebabkan benci ditindas, Tapan Das nak tubuhkan satu team hoki negara untuk jadi wakil India dekat Olympic 1948.

Sana sini Tapan Das cari sponsor, cari balik semua player hebat dia dan tempat untuk berlatih tapi sayangnya bila team dah serasi bergerak sebagai satu kumpulan, India berpecah dan wujud Partition sebelum capai kemerdekaan. Team hoki tu pun hilang ramai permata sebab Muslim akan berpindah ke Pakistan sementara Hindu stay di India. Bukan takat berpecah je tapi ada yang trauma kena ugut bunuh dan dipukul.


Hancur harapan Tapan Das nak bawa team hoki ke Olympic, memang dia putus asa sangat sampai hari-hari mabuk. Tapi bekas kapten hoki negara, Samrat (Kunal Kapoor) bagi semangat siap janji nak tolong dia train team hoki kalau dia mampu cari sponsor, player dan tempat berlatih. Gigih Tapan Das cari sampai dapat dengan bantuan isteri cantik dia, Monobina Das (Mouni Roy).

Kelemahan Tapan Das ni cuma satu, suka minum arak sampai mabuk teruk sudahnya disebabkan ketagihan melampau, dia kena banned dari join Olympic. Sudahnya team yang dia jaga dan train tu pergi ke London tanpa dia.


Movie GOLD ni walaupun caca marba jalan cerita dia tapi lakonan semua pelakon memang terbaik even screentime sikit tetap bagi impak pada jalan cerita. Sebelum ni tak pernah lagi layan lakonan Mouni Roy dalam drama Naagin tapi bakat dia memang terserlah dalam movie GOLD, bukan semata mengharapkan muka cantik dan jadi penghias movie semata. Sama juga dengan lakonan Amit Sadh sebagai Putera Raghubir yang lahir sebagai centre forward memang kelakar nak layan.

Jalan cerita tak lah caca marba sangat cumanya kalau dipendekkan kisah hidup Tapan Das dan lebihkan perjalanan team hoki ni mungkin lagi best. Watak Tapan Das yang diadaptasi dari kisah AC Chatterjee, manager team hoki India nampak lemah dalam movie ni disebabkan alcohol addiction padahal tak ada pun side tu. Cuma ditambah untuk bagi nampak lebih drama tapi World War II dengan Partition tu sendiri dah boleh bagi kesan mendalam kepada penonton. Ada scene yang agak fiksyen macam scene Tapan Das pujuk sami bagi tempat tinggal kepada player. It just mehhhhh to me.


Sama macam tajuk, memang team hoki India menang emas dekat Olympic tapi berbeza lah dalam movie ni cara diorang boleh menang emas tu. Kalau dalam movie tunjuk pasal unity dan semangat untuk kalahkan British tapi hakikat sebenarnya team hoki India memang kuat masa tu. Even masa separuh akhir dah menang besar dah.

Untuk movie ni sengaja Reema create scene drama macam tu supaya berdebar bila tengok. Memang berdebar pun sampai bersorak sakan bila diorang gol cumanya muncul jugak soalan macam mana Tapan Das boleh simpan player emas dia, si Himmat Singh ( Sunny Kaushal) sampai saat akhir macam tu. Kalau kita, even hebat pun mesti dah nervous teruk tapi dalam movie ni memang jadi shining armor sangat.


Dalam movie ni terlampau banyak lagu yang buatkan jalan cerita jadi panjang, lagu pun tak best lagi lah lemau nak layan. Cuma lagu negara India, ‘Jana, Gana, Mana‘ je yang mampu buat rasa semangat sangat nak tengok. Walaupun lagu negara orang lain tapi sebab Reema berjaya garap scene hockey match dengan baik, rasa bangga sangat dengan jasa team hoki mengharumkan nama negara.

Sembang pasal visual memang nampak cantik cuma ada beberapa scene, nampak ketara sangat VFX dia terutamanya scene Tapan Das pujuk Imtiaz (Vineet Kumar Singh) jadi kapten team hoki dan bantu Tapan pilih player team negara.


Walaupun ada flaw dalam jalan cerita tapi memang berbaloi layan sebab lakonan setiap pelakon berjaya timbulkan semangat kesukanan dan patriotik ditambah dengan dialog padu karya Javed Akhtar.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.4/10

3 comments

  1. Alahai.. rajin betul Farhanna laya movie Hindi.. akak dah kurang minat.. kalau ada kisah sukan, lagilah..

    ReplyDelete
  2. bestkannnnnn nnti buat la review byk2 sbb saya mmg layan movie baru hindi lagi2 ranveer dgn sidarth malhotra

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.