Cast : Constance Wu, Henry
Golding, Michelle Yeoh , Gemma Chan, Lisa Lu, Awkwafina, Ken Jeong,
Production Company : SK Global
Entertainment, Starlight Culture Entertainment, Color Force, Ivanhoe Pictures, Electric
Somewhere
Distributor : Warner Bros.
Pictures
Genre : Romance/Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : August 7, 2018
(TCL Chinese Theatre), August 15, 2018 (United States)
Trailer :
Movie yang diadaptasi dari novel
karya Kevin Kwan, Crazy Rich Asians ni antara movie yang mendapat perhatian
untuk tahun ni bukan cuma disebabkan culture Asia tapi shooting location,
makanan and even pelakon negara kita yang join team CRA. Setakat ni movie CRA
dah cecah kutipan sebanyak $236 juta seluruh dunia dan merupakan movie rom-com
yang tertinggi jumlah kutipan pada dekad ni.
CRA mengisahkan tentang Nick
Young (Henry Golding) yang pulang ke Singapore dan membawa teman wanitanya,
Rachel Chu (Constance Wu) untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baiknya
sekaligus bawa Rachel berjumpa dengan keluarganya. Sampai je dekat Singapore
baru Rachel tahu siapa sebenarnya Nick Young and turns out dia merupakan anak
orang kaya. Kaya je takpe tapi kaya gila agak merisaukan sebab Rachel cuma
pensyarah ekonomi biasa je.
Bukan setakat nak kena hadap
peminat fanatik dan ex-girlfriend Nick, tapi kena hadap perangai keluarga Nick
yang pentingkan status tambah pula dengan mak Nick, Eleanor Young (Michael Yeoh).
They say love conquers all but will their love surpass this test?
Just like every rom-com movie,
memang akan ada dreamy scene yang buat kita rasa bestnya jadi Rachel Chu. Lovey-dovey
scene antara Rachel dengan Nick satu hal, view cantik dekat Singapore satu hal
lagi. Tapi tak semua tempat di Singapore je, ada juga di Pulau Rawa padahal
dekat Langkawi je uolls, tempat diorang adakan bridal shower party. I tak nak
sembang pasal sate mana yang best ataupun some of places yang diorang cilok dekat
kawasan negara kita because you guys can just Google it since dah bersepah yang
sembang pasal ni.
Hats off untuk wardrobe and
stylist movie CRA, Mary Vogt dengan Andrea Wong! Sentuhan diorang memang cantik
sangat nak pulak all outfit and dresses daripada my fav Elle Saab especially
and other brands macam Ralph Lauren, Dolce & Gabbana, Valentino, and Dior. Of
course my fav look Elle Saab dress masa Rachel pakai dekat wedding ceremony
Araminta. Even wedding set Araminta pun cantik dan unik. Tak terfikir pulak nak
buat wedding ceremony bertemakan sawah padi. Lit af!
For a rom-com movie dengan jalan
cerita yang agak simple dan predictable, lakonan memasing tak lah berat mana
pun even ada konflik terselit tapi suka sangat dengan scene Rachel jumpa
Eleanor dekat pusat mahjung sembang pasal masa depan Nick. Watak Rachel nampak
convincing and bold dalam scene tu. Dari karakter yang lemah bertukar momentum
jadi kuat dan berani.
Henry tak menonjol sangat dalam
movie ni, dia boleh kata macam pasu bunga pun ye jugak sebab tugas dia untuk
jadi hot dan handsome je. Michael Yeoh antara strong character dalam movie ni
bila dia jadi mak yang protective since kehidupan diorang sekeluarga yang agak
tough. Sama juga dengan Astrid (Gemma Chan) yang terpaksa mengalah untuk suami
yang lemah. If only they developed more for her character! Thanks to Peik Lin (Awkwafina)
dan family dia yang kelakar dan ceriakan suasana nak pula masa scene diorang tahu Rachel awek Nick Young.
Kalau kita dah terbiasa dengan manglish Singapore untuk conversation harian tapi dalam movie ni speaking Mandarin ataupun English je. Family Peik Lin je lah yang sembang Manglish especially mak dia. Soundtrack album movie ni mostly lagu tentang duit untuk hidupkan suasana kaya gila tu but I really really fell in love with Elvis Presley's song - Can't Help In Love versi Kina Grannis. Sounds dreamy, fascinating and mesmerizing haaaa gittew, kena la dengan scene Nick sebut I Love You dekat Rachel. Awwwww sangat!
Overall movie ni memang best nak
layan sambil berangan kahwin dengan anak orang kaya, handsome dan penyayang
yang sanggup buat apa saja untuk kita. Since movie ni success teruk seluruh
dunia makanya director dah ready nak buat sequel. Yeayyy!
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10
baru layan citer ni haritu..boleh tahan jalan citer dia..best & suka watak Rachel..masa mula-mula mcm dh nak give up nak kena hadap ex-gf Nick, family Nick lagi..pas tu dia jumpa mak si Nick tu, nmpk confident dia bercakap..nampak nak tarik diri tapi dalam masa yg sama brainwash mak si Nick yg protective ke apa..tak tau la...
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Menarik jalan cerita... Kak pip tak tengok lago, maybe kena beli CD la ni..
ReplyDeleteSeriously lagu can't help falling in love tu mmg umphh!
ReplyDeletesuka tgk majlis kawen sepupu nick
ReplyDeletewahhhhh... nice jgk baca review nih dik, ptt la penah baca ada jgk kwn2 blogger yg kata movie ni nice jgk...
ReplyDeletebaru layan citer ni haritu..boleh tahan jalan citer dia..best & suka watak Rachel..masa mula-mula mcm dh nak give up nak kena hadap ex-gf Nick, family Nick lagi..pas tu dia jumpa mak si Nick tu, nmpk confident dia bercakap..nampak nak tarik diri tapi dalam masa yg sama brainwash mak si Nick yg protective ke apa..tak tau la...
ReplyDeleteWah, besar kutipan untuk filem ni yer
ReplyDeleteTak berapa nak tengok.. Tapi suka scenery dalam filem ini.. Ada tengok gambar-gambar dia je..
ReplyDelete