Sejak dah ramai sangat yang post pasal Pak John Steamboat ni
memang wajib lah nak cuba jugak lepas beberapa episod terliur dan kempunan
tengok orang lain bahagia makan. At first macam cross terus dari list sebab
tengok ada dekat IOI Mall. Nak pergi Putrajaya jauh, public transport pun boleh
rabak poket dibuatnya tapi bila Google, ada juga dekat Mutiara Damansara. Terus
desup tangan mark calendar nak pergi sana.
Sebelum pergi actually dah baca review tapi majoritinya kata
sedap cuma ada la dua tiga orang kata tak sedap dan service teruk. Dalam
kehidupan ni kita ikut kata majority ye dak?
Dekat E-curve ni mudah je nak pergi sebab ada MRT, turun je dah
sampai walaupun hujan lebat sebab stesen MRT memang bersambung terus ke
E-Curve. Tambang pun RM2.60 je. Pak John dekat aras bawah sekali dekat je
dengan escalator.
For lunch memang ramai sangat orang tapi tak perlu tunggu
pun sebab restoran dia luas so tempat duduk tu banyak. Not sure ruangan VIP
berapa diorang charge. Since pergi masa weekend, harga dia RM42.90 seorang
regardless lunch or dinner, harga tetap sama. Pilihan sup ada 4 tapi malas nak
makan yang pelik-pelik takut potong mood, so kitorang stay dengan sup tomyam
je.
Kaunter makanan mentah dekat Pak John Steamboat ni disusun
menegak untuk jimat ruang tapi untuk orang pendek macam Iolls ni, hah menjengket
lah nak ambik. Tak banyak sangat pilihan dekat sini nak dibandingkan dengan
Seoul Garden. Even hidangan yang siap dimasak pun tak memikat selera.
Antara punca utama datang ke Pak John ni sebab daging itik
dan abalone sebab Seoul Garden tak ada menu ni. Untuk dapatkan daging itik,
abalone, daging Australia ataupun kambing, customer kena beratur depan kaunter
dapur minta daging yang you guys nak. Tapi tak banyak pun portion yang dia
provide. Sepinggan kecil je itupun dihiris nipis.
Dah dapat yang diidamkan, tiba masa untuk grill dan rebus
semua bahan. Space untuk grill agak limited so kena grill sikit je itupun cuak
minyak percik masuk mata sebab bahagian grill dekat atas berbeza dengan Seoul
Garden dekat bahagian bawah. Kalau percik pun kena tangan je. Dekat Pak John
kena guna butter untuk grill berbeza dengan Seoul Garden guna minyak so dari
awal sampai habis, makanan rasa sedap dan tak masin butter. Plus dekat sana
boleh tukar grilling pan or tambah soup tanpa charge, tak sama macam Pak John kena charge
RM10. Terus stop grill any meat sebab dah tak mampu nak hadam rasa masin dia. Sos pencicah dia tak sedap, celup lah dalam mana-mana sos pun akan bertemu kehampaan je.
Rasa rugi sangat spent duit dekat sini sebab daging tak
diperap lama so of course lah tak sedap. Seafood pun tak banyak even udang pun
terhad. Ketam pun tinggal penyepit sebelah je dalam tray. Agak lama juga
pekerja dia ambil masa untuk refill. Sayur pun lebih kepada cendawan dan tak
ada salad langsung. Buah-buahan pun tak fresh. Since nasi goreng dia menghampakan,
replacement untuk makanan berat cuma ada mi, ramen, udon. Mana bihunnnnnnnn?
Bubur ayam dia tawar. T.T
Selalu yang buat post datang Pak John happy dapat makan itik
sampai sold out tapi rasa dia masin. Abalone sedap nak makan banyak-banyak
sampai kenyang. Tak pasti isi ikan apa diorang guna tapi ikan tu sedap makan
panas-panas.
For dessert, I chose ice-cream waffle with peanut butter
chocolate filling. Dia punya waffle memang perfect sebab rapuh dan tak kedekut
inti. Dia sapu peanut butter chocolate bersepah dekat waffle tu. Bila makan
panas-panas dengan aiskrim sejuk memang boleh menangis bahagia. Tak try pun
dimsum dekat situ sebab malas nak pergi beratur minta dekat kaunter dapur. Aiskrim
dia banyak perisa tapi disebabkan diorang sejenis yang lambat refill, so makan
je lah mana ada.
Dalam review ada nampak yang komen tentang lantai restoran
licin sangat sampai kerusi bergerak sana sini, ingatkan perkara tu remeh je
rupanya tak. Lantai dia memang licin, agak bahaya lah sebab budak-budak berlari
sana sini dengan lantai ada air dengan minyak.
Personally I prefer pergi Seoul Garden since makanan diperap
sedap, banyak pilihan, perkakas lengkap tersedia, restoran yang selesa and
since Seoul Garden tak ramai yang pergi maka terasa tenang dan aman sikit bila
makan. Staff service pun selama ni pergi memang top notch.
Kalau tak diperap memang agak spoil mood di situ, sama macam makan kfc jugak..kitorang siap pilih kfc mana yang rasa rempah meresap, kfc tu la jadi pilihan hati..
ReplyDeleteSerious nampak sedap semuanya tu
ReplyDeleteSaya pun prefer pergi Seoul Garden kalau nak makan steamboat sebab banyak pilihan dan ada student discount.
ReplyDeleteSemoga mereka mempertingkatkan kualiti menu yang ada dan aspek-aspek lainnya tu
ReplyDeleteAlamak.. bila baca part tak banyak pilihan dan lantai yang licin terus rasa macam.. tak apalah.. hehehe.. Harapnya mereka akan mengambil komen nie dan memperbaiki mana yang kurang..
ReplyDelete