Movie Review : Pulang

Monday, 8 October 2018

3745

Pengarah : Kabir Bhatia
Penulis Skrip : Mira Mustaffa, Ahmad Izham Omar
Pelakon : Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Alvin Wong, Jalaluddin Hassan, Syazuwan Hassan dan Juliana Evans
Genre : Drama/ Biografi
Durasi Tayangan : 120 minit
Tarikh Tayangan : 26 Julai 2018
Syarikat Produksi : Primeworks Studios
Trailer :

Movie ke-10 hasil arahan Kabir Bhatia, Pulang mengangkat cerita cinta agung antara Othman Haji Alias (Remy Ishak) dan juga Che Tom (Puteri Aishah) di zaman sebelum merdeka. Disebabkan movie Bisik Pada Langit tak mampu memberi kesan so nak pilih untuk layan movie Pulang ni agak berat hati juga ditambah dengan genre melodrama. Takut nanti menyesal macam BPD. Tapi sangkaan meleset!

Berlatar belakangkan tahun 1940-an di Serkam, Melaka, Othman dan Che Tom jatuh cinta pandang pertama di pasar ikan. Othman bekerja sebagai nelayan untuk menyara hidup, manakala Che Tom pula datang ke Serkam untuk menjaga Nek Puteh.


Bila ajal datang menjemput Nek Puteh, Che Tom berhasrat untuk pergi jauh dari Serkam tapi sempat dihalang oleh Othman kemudian mereka berkahwin atas dasar cinta. 2 tahun hidup bersama, masa Che Tom sarat mengandung, Jepun datang menyerang. Kaum lelaki dibelasah, dipukul dan dibunuh bila engkar menjadi buruh binaan. Nasib menyebelahi Othman bila dia berjumpa dengan Lum (Alvin Wong) dan lari keluar dari hutan lalu pulang ke Serkam.

Lepas dah sembuh sepenuhnya, Othman menyambung kembali kerja nelayan tapi tak banyak pun hasil yang dia dapat. Sudahnya dia berhasrat untuk jadi kelasi, keliling satu dunia kumpul harta untuk Che Tom hidup mewah. Lain pula dengan Che Tom, dia yang memang bencikan laut menghalang Othman pergi sebab dia dah bahagia hidup bertiga di darat walaupun tak seberapa.


Bila Othman nekad, cinta Che Tom pun tak mampu nak halang niat Othman. Malam terakhir sambil menari di atas kapal rosak, Che Tom minta Othman berjanji untuk tak lupakan dia dan Omar. Berjanji untuk pulang tapi sampai ke tahun 2008, selama 61 tahun Othman tak juga pulang ke pangkuan Che Tom.
Selalunya jalan cerita kisah cinta setia macamni tengok dalam movie Hindustan ataupun Hollywood je tapi tak sangka kisah negara kita pun ada cinta sehebat ni. Dari cinta pandang pertama kekal sampai ke saat akhir. Kalau tak bersatu di dunia, kan bersatu di syurga. Selama 61 tahun tu lah Che Tom mahupun Othman tak cari pengganti, dan masih setia menanti.

First half memang sedih tengok kehidupan Che Tom dengan Omar tertunggu surat ataupun poskad dari Othman di luar negara. Kisah Othman jadi kelasi kapal pun mencabar juga nak pula bila dia terpaksa berlapar lepas Lum dipecat oleh kapten sebab bergaduh dengan anak kapal yang lain. Chef yang ada suka masak babi since majoriti anak kapal orang Cina. Masa ada Lum, dia akan curi sikit sayur buat sup dekat Othman.


Masuk second half you guys akan jadi tertanya-tanya apa sebabnya Othman taknak pulang ke Serkam walaupun Omar dah besar, dah cari Othman sampai ke Liverpool untuk pujuk ayah dia pulang. Lum pun dah puas pujuk Othman tapi dia tetap dengan degil dia untuk stay je dekat Liverpool sampai mati. Masa tengok second half ni jadi sakit hati jugak bila tengok perangai Othman siap tuduh dia dah lupa dekat Che Tom tapi bila tengok ending terus nangis bila tahu kenapa.

Jalan cerita yang digarap cantik oleh Kabir, dengan dialog puitis oleh isteri dia, Mira Mustaffa ditambah pula dengan soundtrack "Layarlah Kembali" dari Dayang Nurfaizah. Tapi yang paing best dalam movie ni ialah sinematografi dia, menangis tengok keindahan Serkam! Walaupun 70% CGI tapi tempat yang tak cantik oleh jadi cantik. But still ada jugak lah scene yang gagal especially scene kapal Othman terbakar dan karam tu.


Lakonan Remy Ishak tak perlu nak sembang dah kot sebab memang antara pelakon lelaki berkualiti dekat Malaysia ni cuma kurang cantik dekat lakonan Puteri Aishah sebagai Che Tom. Masa dia memekik dekat Omar sebab geram Othman tak balik tu tak berapa menjadi. Nampak terpaksa, even dia takut kena jual dengan mak ayam pun tak berapa meyakinkan. Sama jugak dengan watak Alia (Jue Evans), walaupun watak extra je tapi agak annoying juga bila dia muncul. Tapi chemistry Remy-Alvin menjadi sangat onscreen, betul kata Lum jodoh diorang memang kuat. Happy bila tengok scene diorang berdua.

I’m not sure siapa yang in charge bahagian kostum dalam movie Pulang ni sebab tak berapa mampu nak hidupkan susasana zaman sebelum dan selepas merdeka. Kalau perasan, kain batik Che Tom cantik dan baru walhal kehidupan dia susah lepas Othman pergi. Belum sembang baju dia pergi Hong Kong, kemain cantik kalah baju-baju yang dia jahit.


Tapi tu cuma benda kecil je lah sebab perjalanan kisah cinta Othman dengan Che Tom yang jadi tumpuan sebenarnya. Walaupun slow paced tapi tak rasa draggy ataupun bosan sebab penuh dengan emosi dan rasa cinta. Kalau belum tengok, memang wajib tengok kisah cinta sebenar grandparents Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar ni. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.8 = 9/10

9 comments

  1. cerita ni dah ada kat netflix tapi sya tak tengok lagi haha

    www.mylittlestoryi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. stress tengok cerita ni hahaha dah la tak sedih pulak tu! beriya tengok sbb nak nangis hahaha ayoyo

    ReplyDelete
  3. kalau ada siar kt astro best boleh la akak tgk, klu tak mmg tunggu lah blh tayang free kt astro... nk tgk kt wayang mmg tak dpt la hehehhe...

    ReplyDelete
  4. Ada dah ke kt astro first tu?daei hari tu nl tgk kot-😂😂😂

    ReplyDelete
  5. wahh dah boleh tengok nie. ramai kata best movie nie :)

    ReplyDelete
  6. Tak berkesempatan lagi nak tengok filem ini..

    ReplyDelete
  7. sgt suka citer ni!!!
    yes, slow... but ok la.
    ada isi dlm slow nyer tu.

    ReplyDelete
  8. tak suka sbb jln cerita dia.. kenapa perlu tunggu dah mati baru tahu... ;( syukur tak tgk dlm panggung..kalau tak dah pecah panggung dikerjakan ;p hahahaha...

    ReplyDelete
  9. kan lg best jika masa remi ishak balik tu dia berdepan dgn isteri @ tunggu sampai akhir majlis. mcm tak logik sbb dah lama tak balik pastu terus blah camtu je.. ;( ending tak best..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.