Movie Review : Hotel Transylvania 3 - Summer Vacation

Friday, 12 October 2018

Image result for hotel transylvania 3 summer vacation

Director : Genndy Tartakovsky
Cast : Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, David Spade, Steve Buscemi, Keegan-Michael Key, Molly Shannon, Fran Drescher, Kathryn Hahn, Jim Gaffigan, Mel Brooks
Production Company : Sony Pictures Animation
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Comedy
Running Time : 97 minutes
Release Date : June 13, 2018 (AIAFF)
July 13, 2018 (United States)
Trailer :



I rarely watch animation movie but this franchise definitely my fav pick to watch. Kali ni Hotel Transylvania mengisahkan tentang Drac and family pergi bercuti di Bermuda Triangle sebab nak rest dari kerja yang menimbun dekat hotel diorang. So Mavis (Selena Gomez) book cruise hotel untuk diorang. Oh ya, his friends pun ikut sekali. Ha’ah serigala dengan ratusan anak dia tu.

Dalam movie kali ni memang serigala happy sebab dekat cruise tu ada service jaga anak customer so diorang happy sangat boleh hidup bebas dari anak-anak diorang. Papa Drac (Adam Sandler) pulak tak habis pertikaikan kenapa boleh wujud cruise hotel. Kalau setakat nak bercuti dekat hotel, dia pun ada hotel. Mehhhhh

Related image

Kalau dalam HT 2, Mav yang angau kena panahan Zing! Tapi dalam HT 3 ni, Papa Drac pulak yang terkena Zing! Lepas dah beratus tahun hidup sendiri sejak Mama Drac mati, 100 tahun yang lepas. Tapi Mavis tak boleh terima sebab Zing! cuma jadi sekali je seumur hidup. So she thought Papa Drac just faking it. Since then, Mavis cuba untuk cari apa muslihat Captain Erika (Kathryn Hahn) hadir dalam hidup Papa Drac.

Tekaan Mav tepat bila Captain Erika sebenarnya cucu pembunuh Dracula yang famous sejak dulu, Abraham Van Helsing (Jim Gaffigan). Ni bukan spoiler tau sebab first half pun director Genndy Tartakovsky dah bagitahu siapa sebenarnya Captain Erica dan niat jahat dia. Mungkin sebab movie ni dah aim audience dia kanak-kanak, so jalan cerita dia pun ringan dan santai je.

Related image

Jalan cerita movie ni biasa je nak pulak bila plot twist dan ending tu dah boleh dijangka dah tapi yang best nak tengok bila scene kelakar dari Papa Drac bila jatuh cinta. Dari Drac yang mengerikan kepada Drac yang angau. Scene Jelly tu pun comel, mabuk laut sampai keluar baby jelly. Tapi ada juga scene yang hambar dan agak draggy tapi tak banyak pun.

Mesej sosial dalam HT3 ni ketengahkan tentang perbezaan monster dan manusia dalam kehidupan tapi masih boleh hidup bersama. The message is strong but the way director portray it is weak. Seriously weak. Tapi mesej family bonding agak kuat dan cantik. Sweet relationship antara Mavis-Johnny, Mavis-Papa Drac, Papa Drac and his friends seems quite lovely and warm. 

Related image

Nasib tak tengok dekat cinema movie ni but still I have fun watching this movie at home. Harap nanti HT 4 ada storyline yang lagi umpph untuk adults and kids itupun kalau ada lagi lah sebab hamper kerugian jugak producer franchise ni since kutipan tak balik modal. Anyway blah blah blahhhh

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7/10

7 comments

  1. dah lama tak tengok carton2 ni hihi

    ReplyDelete
  2. last tengok movie kartun tak silap kungfu panda 3 haha

    ReplyDelete
  3. Cartoon camne a must layan kat tgv, bkn sgaja pergi sebab anak yg nak tgk, lama2 jadi suka lak 😀

    ReplyDelete
  4. mcm mana la rupa Papa Drac yang angau tu ya ...
    bukan Papa Drac tu mcm strict orgnya ....

    ReplyDelete
  5. kelakar citer ni.
    anak2 aida tgk berulang kali.
    kat rumah la. kami x layan di panggung, farhana.
    ok ok la bagi aida.

    ReplyDelete
  6. Tak berjaya lagi tengok filem ini.. maybe try tengok weekand nie..

    ReplyDelete
  7. Mai dah tengok yg 1 dan 2, so rasa nak tengok malam ni la yg ketiga ni. Paling best sebelum ni yg kedua tu kot.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.