Production Company : T-Series
Films, Rakeysh Omprakash Mehra Pictures, Anil Kapoor Films & Communication
Network
Distributor : T-Series Films, AA
Films
Genre : Musical/Comedy/Drama
Running Time : 129 minutes
Release Date : 2 August 2018
(United Arab Emirates, 3 August 2018 (India)
Trailer :
Fanney Khan mengisahkan tentang
usaha seorang ayah, Prashant Kumar Sharma alias "Fanney Khan" cuba
untuk jadikan anak kesayangan dia seorang penyanyi superstar sehebat namanya,
Lata (Pihu Sand) diinspirasikan oleh Lata Mangeshkar.
Tapi bukan senang nak buat album,
nak labur satu album pun dah makan juta rupees, belum masuk kos promosi album
lagi. Macam mana seorang pekerja kilang nak dapat duit sebanyak tu? Lagi parah
bila kilang tempat Prashant kerja ditutup secara tiba-tiba sebab bos seleweng
duit syarikat. Hancur impian dia nak tengok anak dia jadi penyanyi. Nak survive
dengan duit simpanan dia hasil pandu teksi pun berapa lah sangat.
On the other hand, Baby Singh
(Aishwarya Rai) dah fed-up dengan permintaan manager dengan producer yang nak
dia buat benda mengarut supaya rating program diorang naik. Dulu dia jadi
penyanyi sebab impian dia tapi sudahnya dia dipergunakan orang je. Ada bakat
pun tak guna sebab orang suka dia sebab dia cantik. Dia nak cuti, nak lari dari
life dia yang serabut.
Hari dia lari dari manager dia,
hari yang sama dia naik teksi Prashant sudahnya Prashant letak pil tidur dalam
air mineral dia sebab nak culik untuk minta duit. Ni semua gara-gara anak dia
bagitahu Baby Singh boleh dapat 3 juta rupees untuk sesi poting riben. Dia
kerja kilang sampai tua pun takkan mampu dapat duit sebanyak tu.
Dengan bantuan kawan sekerja dia,
Adhir (Rajkumar Rao) ditugaskan jaga Baby Singh sementara dia cari jalan untuk
minta duit tebusan dari manager Baby Singh. Tapi Adhir ni jenis lurus, senang
je kena tipu dengan Baby. Dari menculik Baby jadi rapat lepastu jatuh cinta.
Sementara diorang dua ni happy bercinta, Prashant dah terperangkap dengan tipu
helah manager Baby demi capai impian tengok Lata jadi penyanyi.
Jalan cerita movie ni agak messy
dari awal sampai lah habis walaupun lakonan Anil dengan Rajkumar cuba untuk
selamatkan penonton dari mati kebosanan. Kenapa mengarut? Mana ada orang bash
kalau setakat nak jadi penyanyi. Seriously I’ve watched various Bollywood reality
show, appearance bukan syarat utama pun untuk success kalau setakat nak jadi
penyanyi. Kalau untuk jadi pelakon, memang dari kepala sampai kaki orang judge.
Secondly, apa benda Baby Singh
merapu pasal Btown industry? Hard work and talent will get you on top?
Hipokritnya! 2 kali dia ulang dan tekankan dalam movie yang benda ni tak
berlaku dalam industry padahal manager miang dengan semua perempuan dia jumpa.
Belum masuk Aishwarya try hard nak jadi sexy and seductive. Lepas Ae Dil Hai
Mushkil and now this.
Movie ni mungkin tak sesuai untuk
tontonan sekeluarga sebab mesej sosial dia agak bercanggah dengan adab budaya
kita. Lata Sharma dari awal movie sampai habis movie marah ayah dia sebab tak
bagi duit belanja padahal dia tak ada effort pun nak bantu family. Kerja dia
tidur, makan, berangan jadi penyanyi. Annoying sangat sampai rasa nak penampar
je budak gemuk ni. Malu bila orang kutuk gemuk tapi tak ada langsung effort nak
kuruskan badan. Dah lah pemalas.
Soundtrack album dalam movie ni
biasa je untuk genre musical movie tapi lagu Mohabbat fun and catchy but still
rasa nak penampar bila tengok choreography. Cincai sama macam jalan cerita
movie ni. Lagu Tera Jaisa Tu Hai pun biasa je padahal lagu tunjang utama dalam
movie Fanney Khan ni. Lirik dia cantik tapi tak strong macam lagu Main Kaun
Hoon dalam movie Secret Superstar padahal lebih kurang je mesej lagu ni.
Sayang tengok bakat lakonan Anil
dengan Rajkumar Rao tersia dalam movie FK ni tapi sebab movie ni dah dapat
bayangan macam mana chemistry dua pelakon berbakat ni dalam movie Ek Ladki Ko
Dekha Toh Aisa Laga nanti! Tak sabar nak tengok!
1. Team Production +0.7, 2.
Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7.
Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0.2 = 5.1/10
Ala.. Baru niat nak tengok sebab ada Anil Kapoor tu tapi kalau Farhana pun dah cakap akan geram, takmo la.. I tak suka jugak watak2 negatif ni.. Buat nak maki2 je.. hehe
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
alahai... sygnya...
ReplyDeletekalau iktkan mesti bestkn lakonan anil kapoor tuh...
mmg akak minat lakonan dia dr muda sampai ke tua nih
cantiknya Aishwarya
ReplyDeletewah. mcm byk negatif dari positif ekk, farhana?
ReplyDeletepelakon nyer dah terbaik dah semuanya.
terutama anil kapoor.
Ala.. Baru niat nak tengok sebab ada Anil Kapoor tu tapi kalau Farhana pun dah cakap akan geram, takmo la.. I tak suka jugak watak2 negatif ni.. Buat nak maki2 je.. hehe
ReplyDeleteKalau seksi seksi memang tak boleh tengok ngn anak.. bahaya..
ReplyDeletesuka dengan semua pelakon filem ni, tapi dah boleh agak, jalan ceritanya kureng..nasib tak tengok hihi
ReplyDelete