Production Company : Zee Studios,
Dharma Productions
Distributor : Zee Studios
Genre : Drama/Romance
Running Time : 138 minutes
Release Date : 20 July 2018
Trailer :
Dah lama tunggu movie debut anak
SriDevi, Jhanvi Kapoor dengan adik Shahid Kapoor, Ishaan Khatter ni sebab Karan
Johar dah hype diorang dua sebelum finalise leading actor lagi. Selalunya debut
movie memang akan dapat genre romantic drama ataupun rom-com je sebab yang tu
paling senang nak dilakonkan. Dhadak adaptasi dari movie Marathi, Sairat yang mendapat kutipan 1 billion.
Dhadak mengisahkan tentang kisah
percintaan "Madhu" Bhagla (Ishaan Khatter) dan Parthavi Singh
(Janhavi Kapoor) di Udaipur, India. Tapi percintaan diorang berdua terhalang
disebabkan kasta berbeza. Madhu cuma anak owner restoran biasa di Udaipur,
Parthavi pulak anak keturunan diraja dan ahli politik, Mr. Ratan Singh (Ashutosh
Rana).
Walaupun Madhu dah bersumpah
dengan ayah dia takkan jatuh cinta dengan Parthavi tapi Parthavi sengaja ugut
Madhu tak boleh ikut dia pergi mana-mana lagi. End up, diorang kantoi dengan
Mr. Ratan sudahnya Madhu dengan kawan-kawan dia kena belasah dalam penjara.
Restoran ayah dia pulak kena raid dan disaman sampai bankrap.
Madhu dengan Parthavi berjaya
larikan diri sampai ke Kolkata dengan bantuan pakcik Madhu di Nagpur. Di
Kolkata, life Madhu dengan Parthavi agak susah sebab sebelum ni parents diorang
yang sediakan semua benda tapi di Kolkata diorang kena cari duit sendiri untuk
survive. Untuk Madhu cari duit tu tak susah pun sebab dia pun bekerja sambil
belajar masa dekat Udaipur.
Agak susah bagi Parthavi nak
adapt dengan kehidupan macam tu, sebelum ni tinggal dekat mahligai, semua benda
yang dia nak dia cuma mintak je. Dia tak suka something, dia mengadu je dengan
ayah dia. Dekat Kolkata, dia tak suka something dia tetap kena hadap. Dia pun
bukannya faham sangat bahasa Bengali.
Ingatkan dia nak give up dan lari
balik ke Udaipur tinggalkan Madhu rupanya dia stay. Dia pun sama macam Madhu,
usaha sampai kehidupan diorang berubah sedikit demi sedikit. Dalam masa yang
sama, Parthavi selalu contact dengan mak dia sebab rindu. Madhu dah memang lupa
terus dengan family sebab ayah dia dah buang dia sejak bankrap.
Jalan cerita movie ni biasa je,
for me cerita cinta berbeza kasta sampai larikan diri dari keluarga ni dah
banyak difilemkan di Bollywood cuma perjalanan kisah cinta tu yang berbeza. Ada
yang bad ending, ada yang happy sampai ke tua. Dhadak dalam kategori yang mana,
tu kena tengok sendiri lah.
Lakonan debut Ishaan dengan
Jhanvi ada strong chemistry especially for a romantic scene. Even for comedy pun comel especially part Madhu nak papi. Bila tengok lakonan Ishaan
teringat lakonan Shahid since both of them belajar dekat sekolah lakonan yang
sama. Mesti la dapat tunjuk ajar dari cikgu yang sama kan?
Untuk Janhvi, walaupun belum mampu capai
tahap mendiang ibu dia lagi tapi for a debutante, she did great. Lakonan dia more to innocence and natural. Her eyes speaks volume. Leaves impression in emotional and dramatic scene. Tambah pula dia sendiri yang request dekat Karan Johar untuk berlakon dalam movie ni. So boleh kata dia well prepared lah. Brownie points, Jhanvi menari cantik sangat masa dekat kelas
tarian tu. Debut under Dharma gives her advantage for being pretty onscreen.
Suka tengok kesenian
bangunan bersejarah di Udaipur dan bandar Kolkata dari lensa Vishnu Rao. Costume pula dari collection Manish Malhotra, memang menyerlah lah kecantikan watak heroin yang datang dari keluarga kaya. Soundtrack album dia yang buat ramai tertarik
especially lagu tema Dhadak. Gabungan suara Ajay dan Shreya mengasyikkan. Thanks to Farah Khan for a beautiful choreoghraphy in Zingat.
Should I recommend you guys for this movie? Yes! It still haunting me till this day kot.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 8.6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Tengok kat drama ni hihihi. . Nampak macam menarik gak cerita ni
ReplyDeleteteringin nak layan cerita hindustan tapi takmasuk lagi dengan jiwa huhu
ReplyDeletepatutlah hensem, adik shahid kapoor rupanya..hehe
ReplyDeleteAntara perkara yang ditunggu-tunggu dalam filem bollywood adalah sinematography dan cinematography tarian. Cantik, tersusun, dan kemas.
ReplyDeletepercintaan, lari, semua tu konsep jer kan.
ReplyDeleteyg penting, jalan cerita.
sama? tapi takkan serupa la...
nice. boleh cari movie ni.
Macam menarik.. nak try tengok scene menari tu dekat youtube dulu..
ReplyDelete