Kalau dekat dalam
entri sebelum ni ada mention kitorang cari strawberry dari Brinchang ke Tanah Rata sampai turun ke Habu untuk cari strawberry tapi kebanyakannya dah habis, so kitorang decide untuk cuba Nasi Lemak Sambal Strawberry di Abang Strawberry.
Dari Habu naik balik ke atas semata nak rasa Nasi Lemak yang unik ni. Only in Cameron Highland tau! Selain Nasi Lemak, dekat Abang Strawberry ni ada banyak lagi menu based strawberry tapi ikut waktu jugak. Macam pancakes dan waffle dia sebelah pagi untuk breakfast and several menus available untuk lunch. So untuk rasa semua menu yang ada, di sini bukan tempatnya.
Sebelum sampai ke Abang Strawberry kitorang singgah ke YZ Agro Farm tapi strawberry dekat situ tak boleh makan sebab ditanam khas untuk bahan masakan diorang je. No wonder lah strawberry diorang banyak je stok. Tanya jugak dekat staff situ ada tak nasi lemak sambal strawberry dekat Abang Strawberry tapi diorang kata takde. Nasib tak ikut cakap diorang, kalau tak dah pulang dengan kehampaan dah. Sampai hati menipu :(
Sampai je dekat Abang Strawberry kitorang bergegas ke ladang strawberry dia sebab mengidam teruk sangat dah. Ingat tak kematu ke kaki bontot badan semua duduk dalam kereta cari strawberry? Berbaloi kitorang bayar 100gm - RM 15 sebab dekat dalam ni memang banyak sangat strawberry fresh dan manis belaka!Kiri kanan depan belakang atas kepala bersepah strawberry! Happy sangat tengok
Lama jugak spend masa dekat sini sebab kaki taknak keluar dari sini. Bila lagi nak dapat peluang macamni kan? Bila dah penuh bakul baru kitorang keluar, itu pun dengan rasa berat hati. Pergi dekat kaunter untuk sesi timbang dan bayar. Dah settle part tu, kita order makan pulak dekat 200 Seeds Cafe.
Banyak kan menu kitorang tulis sebab nak cuba semua dekat sini tapi hampa betul bila banyak yang tak ada. Yang ada cuma Nasi Lemak Sambal Strawberry je. Disebabkan tak lapar, nasi lemak tu share 5 orang hahaha buat syarat nak rasa dekat tekak je.
Rasa dia biasa je, strawberry pun tak strong sangat cuma sambal tu ada la terasa sikit sebab dia goreng garing. For drinks, kitorang ambil air kordial strawberry je sebab yang tu sahaja yang available on that time. Rasa biasa je sebab pati tu sikit je dia letak, asal ada warna dan bau strawberry je.
200 Seeds Cafe ni dah banyak kali orang review tapi keadaan cafe dia sentiasa berubah I guess sebab dalam gambar dekat Google tak sama macam masa I pergi sana. Tapi suka lagi deco yang sekarang sebab banyak bunga. Walaupun cafe ni sentiasa pack dengan orang, tapi service tetap bagus, staff ramah cuma tak menang tangan lah nak bersihkan semua meja dengan kadar segera. Dah habis makan, pergi makan ice-cream pulak dekat gerai luar.
Actually aiskrim dia sikit je strawberry tapi kitorang tambah strawberry yang kitorang petik tadi so dia nampak meriah teruk lah. Tapi kalau you guys singgah dekat Abang Strawberry ni wajib beli aiskrim dekat kedai luar ni sebab sedap. Tekak I tak suka vanilla but this one is exception!
Sebelum balik ada try serunding strawberry dekat gerai luar tapi tekak tak boleh pergi sangat sebab serunding daging strawberry dia manis. Sedap tapi manis. Mana yang suka manis ni boleh lah beli.
Ada rasa jugak nak beli tapi takut turun Cameron dah tak sedap hahaha so kita batalkan je hasrat tu. Cameron ni bukannya boleh percaya sangat. Kalau nak makan apa pun, makan je dekat atas tak payah bawak turun bawah. Dia punya perubahan tu lari jauh sangat sampai tak boleh nak cover dah.
Anyway I really have fun dekat sini walaupun ada hajat tak dipenuhi but still a great memory indeed. Abang Strawberry done!
Hi Farhana, hari tu pergi Cameron makan dekat Taman Apple Strawberry nama lama dia Taman Abang Strawberry yang viral tentang steamboat dia dulu. Kek dia semua sedap, steamboat dia pon.
ReplyDeleteLeYa pun dah singgah di 200 Seeds Cafe, Abang Strawberry ni.. Boleh check di entry ni
ReplyDeleteNasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cameron Highlands
Nasi lemak sambal strawberry,belum pernah try lagi...Next time boleh tryyy
ReplyDeletewahhhh... lawo betul tgk ns lemak stoberi tu yg color pink...
ReplyDeletekalau kt gontong takde banyak sgt pilihan makanan mcm kt CH, nk petik stoberi pun agak mahal 100g
Selalu nampak dekat Instagram je and dah 'save' beberapa gambar for future reference. Naik turun Cameron ni kerap2 tapi tak pernah pun tau pasal tempat ni. Next time I will make sure to try it with my family.
ReplyDeleteWah...menariknya...
ReplyDeletesejuknya cameron. dah lama saya tak ke cameron.
ReplyDeleteMenarik.. Mesti rasa dia special..
ReplyDeletePart kena makan dekat atas tu memang setuju sangat..
Wah rare sangat nasi lemak color pink.
ReplyDeleteTime pergi cameron highland tak jumpa pulak Abang Strawberry ni
wow.. sweetnya namapk nasi lemak tu...
ReplyDeleteDah lama tak pergi CH ni dulu2 masa muda belia hehe
ReplyDeleteNanti zumal pun nak plan pi sana la
ReplyDeletemasa kak ana ke CH hari tu singgah juga ke sini, cuma tak makan sahaja nasi lemak pink tu hehe :) menarik tempat ni cuma parkir agak sukar kan..
ReplyDelete