Daftar Sebagai Pengikrar Penderma Organ Di LRT Bangsar

Tuesday, 9 October 2018


Tengahari tadi lepas balik dari klinik gigi singgah ke booth @dermaorgan di LRT Bangsar & sign up sebagai pengikrar penderma organ. Memang dah lama sangat nak daftar sebagai penderma organ tambah pula lepas tengok K-drama While You’re Sleeping scene anak dia mati disebabkan brain injury tapi ayah dia tak bagi doktor proceed dengan pembedahan transplan organ.



Masa abang dekat booth tu tanya tahu ke tak pasal derma organ ni laju je jawab tahu dari drama Korea. Berdekah abang tu sebab tak sangka drama Korea mampu bagi info dan awareness kepada penonton tak macam drama Melayu asyik sembang cinta je. (Abang tu yang cakap)

Since dah tahu tentang pendermaan organ, abang dekat booth tu just terangkan organ apa yang kita boleh dermakan di Malaysia dan hukum dalam Islam je lah.

Menderma organ ni bagus sebenarnya untuk yang memerlukan sebab lepas kita mati, organ kita mereput je dalam tanah. Kalau kita derma, insya-allah mampu bantu orang lain teruskan kehidupan dengan yang tersayang.

Antara organ & tisu yang boleh didermakan di Malaysia ialah :

Image result for derma organ di malaysia

Related image

Pendermaan organ ni dilakukan lepas kita meninggal dunia sahaja tapi kalau semasa hidup, kita boleh menderma buah pinggang, hati dan sum-sum tulang kepada family member.
Untuk derma organ selepas kita meninggal pun ada dua kategori :

1) Meninggal secara normal
2) Meninggal kerana kematian otak yang disahkan oleh doktor bertauliah

Kalau meninggal secara normal, organ yang lain akan turut sama mati so pemindahan organ perlu dilakukan dengan kadar segera. So you guys cuma boleh derma tisu je seperti Mata (kornea), Tulang, Kulit dan Injap Jantung.  Tapi kalau meninggal normal di rumah, you guys cuma boleh derma tisu mata je. Waris kena call pihak hospital untuk buat pemindahan kornea.

Kategori kedua pulak, you guys boleh derma semua organ dan tisu sebab otak sahaja yang mati tapi organ lain masih lagi okay since darah masih lagi berjalan untuk beberapa tempoh masa sebelum semua organ rosak.

Dekat Malaysia ni penderma organ yang berdaftar baru 1.2% sejak tahun 1975 nak compare dengan pesakit kronik yang memerlukan organ baru untuk terus hidup. Peluang untuk dapat organ baru tersangatlah tipis. Walhal seorang penderma organ boleh bantu kurang2 dalam 8 orang pesakit kronik lepas dia meninggal sebab rawatan terbaik adalah dengan pemindahan organ.

Sepasang buah pinggang boleh selamatkan 2 orang pesakit kronik buah pinggang. Bila derma hati pulak boleh selamatkan 4 orang pesakit. Jantung dengan paru-paru masing-masing untuk seorang pesakit. Just imagine the deeds you get for saving these people after your death!

Dalam Islam pun hukumnya harus selagi mana ianya tak memudaratkan kedua-dua belah pihak and fret not, you guys takkan tanggung dosa penerima organ korang tu. Ada yang kata pembedahan transplan akan menyakiti mayat tapi percaya lah doktor akan conduct surgery dengan sebaiknya dan penuh rasa hormat. You guys menderma something yang bermakna dan besar nilainya.

Image result for derma organ di malaysia

Jadi lah pembawa sinar kehidupan kepada orang lain, walaupun you guys rasa kehidupan ni tak tinggi mana nilainya, so beri makna lepas you guys tiada. Sampai bila-bila pun penerima organ akan kenang jasa tu. I dah daftar and dah boleh cross my wishlist hari ni, korang kalau nak join jugak boleh follow social media Derma Organ untuk latest update ataupun daftar sebagai pengikrar.


Tapi lepas korang daftar jadi pengikrar, please inform your family pasal ni sebab banyak kes anak daftar jadi penderma tapi tak dapat nak dermakan organ bila family bantah transplan dijalankan oleh pihak hospital.

Tadi lepas daftar pun dapat free gift fridge magnet comel ni. Yeayyy bertambah collection dekat peti ais!

8 comments

  1. Alhamdulilah, you're so brave and mulia sis. I ever plan to donate tp after console dgn family ada yg tak izinkan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...niat yg suci murni...

    ReplyDelete
  3. Bagus tu Farhana. In Shaa Allah, akak pun ada jugak berniat tapi tak bincang lagi dengan ahli keluarga.

    ReplyDelete
  4. Teringin nak dafter juga but my parents tak benarkan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Farhana, semoga niat suci awak akan diberi pahala yang berlipat kali ganda.. Akak pun penah terfikir nak jadi penderma organ tapi masa tak mengizinkan untuk isi borang.. Insha Allah satu hari nanti akak akan join..

    ReplyDelete
  6. sha pun selalu terfikir nak dermakan juga tapi masih takjumpa saluran nak isi borang semua huhu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Bagus niat Farhanna tu.. semog Allah balas dengan kebaikkan buat mu..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. tahniah heroin ! tak tau pulak tisu pun boleh didermakan.. ingatkan oragan saja.. :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.