Waterpark Bukit Merah Laketown, Perak

Friday, 28 September 2018

Tarikan utama di Bukit Merah Laketown haruslah waterpark dia yang dibina sebesar 4.4 hektar dan merupakan antara waterpark yang terbesar di Semenanjung Malaysia. At first waterpark ni hanya untuk owner kediaman di Bukit Merah je tapi diorang rasa lagi best kalau dibuka untuk orang ramai.

Image result for bukit merah

Dekat sini ada 14 permainan termasuklah Chairlift/Gondola, Lazy River, Giant Wet Bubble, Giant Tube Slides, Kids Adventure River, Water Speed Slides, Jumbo Shower, Perak Mining Company, Water Pillar, Boomerang. Fun fact, dekat Bukit Merah Waterpark je you guys boleh jumpa Boomerang ni tapi tak ramai pun yang berani nak try Boomerang ni sebab boleh tertinggal jantung dekat belakang. Okay, just kidding. You guys will be just fine. Kot.

Image result for bukit merah waterpark

Harga tiket untuk masuk waterpark dalam RM54 tapi rajinkan lah diri check dekat FB Bukit Merah sebab masa kitorang pergi ni tengah ada Merdeka Deals so harga tiket boleh drop sampai RM28 per person. Dah jimat banyak kan dekat situ?! Belum lagi kalau korang bertuah join sukaneka dekat bahagian luar macam dalam entri ni. Untung badan, boleh masuk free je siap bermalam dekat hotel lagi. Jangan risau, admin dia memang rajin update dan reply komen dengan gif and memes lagi.

I can say waterpark Bukit Merah ni kids friendly sebab banyak pool kanak-kanak dan paras air pun tak dalam sangat. Sangat sesuai untuk family beriadah ataupun lawatan sekolah kanak-kanak. Cuma yang tak bestnya banyak permainan ditutup masa kitorang pergi tu so main apa yang ada je lah. No wonder lah murah hahaha. Not sure kalau ada masa tertentu yang dia buka tapi rasa macam dah berkurun tak guna je, chairlift pun jadi hiasan je dekat bahagian atas. Its too bad since chairlift one of the attraction in here.

Related image
credit - google

Since pergi dekat waterpark ni memang nak release stress lepas penat berkerja, memang handphone simpan je dalam loker. Yet again lepas kes terlupa dekat Wet World, boleh jugak lupa nak beli waterproof case supaya senang ambil gambar dekat kawasan macam ni.

Since my experience for waterpark wujud dekat Wet World Shah Alam which you can read here, I can say I prefer Wet World lah sebab dekat Waterpark Bukit Merah ni banyak sangat cekadak dia. Tak boleh pakai baju ada zip lah, tak boleh ada butang lah, tak boleh ada kolar lah, yang pakai brooch haruslah tak boleh, senang cerita memang khas untuk swimsuit je untuk certain attractions. Dekat Wet World chill je pakai baju kelawar pun boleh untuk semua attraction. Bayar tiket untuk main semua tapi dapat main half of it or maybe not even half so what’s the point kan?

Image may contain: outdoor

For now waterpark kena tutup sampai tahun depan sebab nak buat some renovation dan kerja-kerja pembersihan. Dengar cerita nak tambah lagi attractions and games dekat waterpark ni macam Mini Tornado Slide dan Race Slides, so I hope next year boleh datang enjoy dekat sini lagi and create more memories.

6 comments

  1. Wet World Shah Alam mmg tak boleh challenge kak. Memang best and sentiasa padat dengan org. Last pergi pun dah bertahun lamanya. Setiap kali nak pegi je cancel sebab tengok ramai gila org. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. time saya pergi dulu pun banyak yang tutp..tapi tak apalah..anak-anak dapat mandi pool pun dah seronok

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya. Bilalah agaknya dapat pergi sana jugak ni. Tapiii nak tiket murah-murah camtu online xda ek hehe

    ReplyDelete
  4. Wah syok ni kalau pergi waterpark ni tak pernah pergi waterpark hahaha darat kan

    ReplyDelete
  5. Kalau banyak sangat rules, memang tak minatlah nak pergi..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.