Lirik Lagu Roadblock Hatiku - Baby Shima ft Floor 88

Tuesday, 25 September 2018

COMELNYA!
Lirik Lagu Baby Shima & Floor 88 - Roadblock Hatiku

That's my first reaction bila layan MV Roadblock Hatiku dari Floor 88 feat Baby Shima. Ada unsur dangdut sebab kehadiran Baby Shima but still catchy dan tak lari dari genre pop rock Floor 88. MV pun comel sangat dengan visual and props yang kreatif.

Kalau sebelum ni kisah cinta Ayie, vokalis dengan drummer, Akram dalam MV Zalikha & Aqilah tapi kali ni Eric Fuzi pulak yang dapat awek. Mungkin lepas ni Achoi ataupun Amierul pulak sebab Faliqh dah berjaya tackle awek dalam MV lagu raya diorang. 

Bukan setakat lagu yang catchy dan MV yang kelakar je tapi lirik single terbaru ciptaan Achoi juga berunsur komedi seperti E kali 5. Tapi lirik 'Ku tak kisah kau nak samanku berjuta' tu macam tak kena dengan Ayie yang gigih lari dari polis sebab tertinggal dompet haha

Chemistry vocal Ayie & Baby Shima pun antara yang menarik perhatian selain kecantikan sinematografi berlatarbelakangkan area Bandar Agacia di Kampar, Perak Darul Ridzuan. Okay lepasni dah boleh masuk dalam list jalan-jalan :D

Image result for bandar agacia

Baru dilancarkan jam 5 petang semalam, lagu Roadblock Hatiku mendapat 233 ribu tontonan dengan 14k likes di Youtube. Yang belum layan, klik dekat bawah okay :)


Artis : Baby Shima & Floor 88
Tajuk Lagu : Roadblock Hatiku
Lirik : Achoi Floor 88, Romeo Manja & Room None
Komposer : Achoi Floor 88
Album : Roadblock Hatiku - Single
Label : MVM Music

Lirik Lagu Roadblock Hatiku

(kau telah roadblock hatiku sayang)
(kau telah roadblock hatiku sayang)
(hey)

cerita ini bermula
ketika aku keluar
berjalan di kota raya
melihat sini sana
dengan e kali lima

hingga ku sedar dompetku di lain celana
nasibku menjadi parah
pabila ada polis di depan mata

hatiku rasa bergetar
bagaikan petir menyambar
saat engkau menghampiri
kaku kaki terkunci
bagai di sumpah jampi

hingga perlahan-lahan ku mendekatinya
dia memandangku
terasa panahan percikan api cinta

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

ku kaya-ya-yak kan saman cinta
(yak-yak-yak-yay)
ku kaya-ya-yak kan saman cinta
ku tak kisah kau nak samanku berjuta

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

(Baca lagi: Lirik Lagu Baby Shima - Sirna)

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

ku kaya-ya-yak kan saman cinta
(yak-yak-yak-yay)
ku tak kisah kau nak samanku berjuta
(yak-yak-yak-yay)

6 comments

  1. baru je upload di Youtube, dah cecah ribuan penonton.. perghhh cayalah

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. memang suka dengan floor88 sebab lagu nya macam zaman dolu-dolu, sarat dengan cerita. heheehe

    ReplyDelete
  3. lagu baru ehh.. punya la tak tau.. hehehhe

    ReplyDelete
  4. Petang semalam dengar terus tersuka.. Memang comel.. kikiki..

    ReplyDelete
  5. blm dgr lagi lagu ni. tapi minat floor 88. baby shima t jrg dgr lagu die.. hihi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.