Hadiah SiqahIqa Dah Sampai!

Tuesday, 18 September 2018

Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by SiqahIqa dah pun tamat and I was chosen as the lucky winner. Yeayyyy!


Lepas submit details dekat Siqah, dapat jawapan balas dari Siqah yang dia nak kurier hadiah. Disebabkan menang Giveaway Siqah ni baru kitorang tahu yang bahawasanya kitorang tinggal dekat je selama ni. Masing-masing wujud dekat Subang Bestari tapi berjumpa dekat blog, nak pulak lepas menang. Kalau tak menang, entah bila nak tahu realiti kehidupan ni entah. 

Tak ingat bila hadiah ni sampai tapi dalam minggu lepas rasanya. And hadiahnyaaa tadaaaaa!!!


Anyway thanks Siqah sebab menambahkan koleksi novel yang sedia ada. Belum baca lagi tapi dah masuk dalam list untuk dibaca dah walaupun syahdu benar tajuknya. Thanks jugak untuk sampul raya. Tak sempat nak guna untuk tahun ni sebab tak beraya. Orang lain cuti beraya, kita masuk office sebab kerja menimbun.

Yang tak berjaya dapat hadiah untuk giveaway ni jangan risau sebab Siqah ni antara blogger yang rajin buat giveaway. Yang belum follow, boleh follow blog Siqah dekat sini :)

5 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.