Fish Spa Di Bukit Merah Laketown

Friday, 28 September 2018

Bukit Merah Laketown ni agak luas tempatnya so kalau jalan satu hari pun tak cukup nak pulak kalau jenis suka bergambar sana sini. Dekat satu tempat je dah berpuluh nak posing hah berkicap lah dekat situ.


Kalau berjalan dekat Bukit Merah Laketown ni, memang wajib lah pergi dekat Villa Kampung Air sebab cantik dan tenang je tempatnya. Design pun klasik dan cantik, sedap mata memandang. You guys boleh baca dekat sini.

So this is my first time try fish spa. Sebelum ni ada jugak jumpa tapi tak sempat nak try so alang dah nak rehatkan kaki, try lah dekat sini. Dekat spa ni satu sesi selama 15 minit, dia charge RM10. Ada jugak ion theraphy tapi taknak lah. Macam scary je hahaha dasar penakut.

Image result for fish spa bukit merah laketown

Sebelum masukkan kaki dalam kolam ikan tu kena cuci kaki dulu dengan air paip. Masa letak kaki tu ikan macam ragu-ragu nak pergi dekat. Bila ikan dah dekat mula la nak menjerit sebab geli wei. Baru ikan start nak makan daki dekat kaki dah gerakkan kaki sebab geli. Owner fish spa tu pun dah geleng kepala takut ikan dia mati terkejut.

My sister chill je layan fish spa ni sampai berpuluh ikan pergi dekat dia. Dia kata awal-awal je geli, tahan sikit dalam beberapa minit lepastu dah boleh relaks. I dari awal sampai habis 15 minit menjerit sebab geli. Actually bukan daki tapi sel kulit yang dah mati sebab tu dia kata skin cleansing.



Memang rugi lah bayar RM10 per session padahal daki satu pun tak kurang. Serupa macam celup dalam air je. Nasib owner tu baik hati, sebab geli dia bagi extra lagi 15 minit supaya boleh adapt tapi sampai sudah tak boleh jugak. Adik lah yang untung sebab dapat setengah jam treatment dekat situ. Akak dekat kolam belakang pun gelakkan sebab terjerit macam Syinta nyanyi lagu Ziana Zain. 

Lepas dah habis session treatment tu kena basuh kaki balik dekat air paip lepastu baru pergi dekat kaunter untuk sesi bayar membayar. Adik kata kaki dia lembut sangat lepas treatment dekat fish spa tu. Sebelum ni kaki dia agak kasar lah sebab aktiviti Wataniah tapi lepas masuk dalam spa tu kemain happy betul dia pegang kaki dia. I have no comment lah sebab kaki tak disentuh ikan pun so duduk diam je layan kebahagiaan dia yang sementara tu. 

You guys pernah tak pergi fish spa? Best tak? Ke senasib menjerit kegelian jugak? Share lah dekat sini ;)

12 comments

  1. Uniknyaa pernah tengok fish spa macam ni, tapi tak pernah cuba. Menarik juga tu kaki jadi tekstur lembut lepas treatment..

    ReplyDelete
  2. pernah sekali. memang geli bila ikan ikan hisap kaki..tak gigit, macam hisap.

    ReplyDelete
  3. Macam best jer Fish Spa ni, cheq belum pernah cuba. Boleh cuba ni bila ada kesempatan ke Bukit Merah Laketown nanti :)

    Follower #391

    ReplyDelete
  4. Kalau akak confirm geli macam farhana jugak... Haha. Actually tak pernah lagi buat.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah. Teringin nak try jugak

    ReplyDelete
  6. Saya pernah ke sini, dan mencuba. Hehehe.. ada gak tulis dlam blog pasal fish spa di bukit merah ni.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah sampai lagi bukit merah tu

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba dan memang akan menjeritlah kalau buat.. tak tahan geli.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. Cfrm geli arr fish spa ni tho tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
  10. Tak pernah cuba fish spa sebab tak tahan geli :D

    ReplyDelete
  11. ehehe geli2 memula lepas tu best =P

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.