Director : Vikramaditya
Motwane and Anurag Kashyap
Writer : Varun Grover,
Smita Singh, Vasant Nath
Cast : Saif Ali Khan, Nawazuddin Siddiqui, Radhika
Apte, Kubra Sait, Jitendra Joshi, Rajshri Deshpande, Pankaj Tripathi,
Genre : Crime
Thriller
Running Episodes : 8
episodes
Release Date : July
6, 2018
Production Company : Phantom
Films
Distributor : Netflix
Trailer :
Lepas berbakul pujian dan
beberapa recommendation for this first Indian series, I’ve decided to watch and
definitely agree with everyone praising about. Plus, series ni hasil arahan
bersama pengarah genre indie thriller, Anurag Kashyap dengan Vikram Motwane!
Bayangkan dua pengarah hebat bergabung dalam satu drama, wowsome!
Sacred Games diadaptasi dari
sebuah novel 900 helaian karya Vikram Chandra yang mengisahkan tentang Inspektor
Sartaj Singh (Saif Ali Khan) yang agak miserable hidup dia, bercerai dengan
isteri tapi tak boleh move on, kena buli dengan senior sebab cuba jadi polis
yang jujur dan amanah, hidup pun dengan pil tidur sampai jadi ketagih. But one
day his life changed bila dia terima panggilan daripada Ganesh Gaitonde (Nawazuddin
Siddiqui) yang menganggap diri dia Tuhan.
Tuhan bagi Gaitonde bukan
bermaksud dia mimpi dapat wahyu macam Ayah Pin tu tapi dia berkuasa dari segi
wang, licik, kuasa dan politik. Dia bunuh mak sendiri sebab dia benci dengan
kerja kotor mak dia. Dia bunuh ayah dia sebab menyampah dengan perangai suka
minta sedekah tapi tak berusaha so dia hidup dari kecil dengan survival skill.
Dari merempat, dia berjaya jadi
kaya dengan jongkong emas lepas bunuh ayah angkat dia kemudian pergi ke Mumbai
dengan niat nak tawan bandar Mumbai sampai lah dia berjaya dan digeruni dengan
semua. Hidup dia agak unik sebab walaupun dia kejam dan cara dia agak kotor
tapi dia ada prinsip kehidupan dia sendiri. Bersahabat tanpa kira bangsa atau
agama, kenang budi semua yang bantu dia dalam hidup.
Sepanjang kisah Gaitonde
diceritakan kepada penonton, dalam masa yang sama Sartaj merungkai misteri
pertalian antara dia dan Gaitonde. Kenapa Gaitonde contact dia untuk selesaikan
misteri letupan besar yang bakal berlaku di Mumbai dalam masa 25 hari. Satu je
hint yang Gaitonde bagi kepada Sartaj sebelum bunuh diri – Hanya Trivedi
seorang sahaja yang akan hidup.
Siapa Trivedi? Nobody knows.
Dekat Mumbai saja ada beratus manusia bernama Trivedi. Dengan bantuan daripada
Anjali Mathur (Radhika Apte), ejen RAW yang ditugaskan untuk menyiasat kes
Ganesh Gaitonde, Sartaj dan pembantu dia Konstabel Katekar (Jitendra Joshi)
cuba menyelamatkan bandar Mumbai.
Lakonan Nawazuddin sebagai Ganesh
Gaitonde memang makanan dia lah, nak pulak dengan hasil kerjasama bersama Anurag
Kashyap lepas kejayaan diorang berdua dalam Gang of Wasseypur franchise dan
movie Raman Raghav 2.0. Kalau layan movie indie, memang tak payah fikir pasal
lakonan pelakon pun actually sebab pengarah takkan ambil pelakon yang tempek
muka tapi tempek bakat. Tapi Radhika macam tak menyerlah sangat dalam series
ni, its better kalau pengarah cast actress yang boleh tarik audience sebab
watak Anjali tu senang sangat. She didn’t
do much for her presence.
Yang menariknya series ni bukan
lakonan ataupun segala teknik penceritaan tapi macam mana gangster seperti
Ganesh dan politician mampu hancurkan kehidupan rakyat picisan dalam negara tu
sendiri. Suara rakyat suara keramat? Pfffttt. Just watch how they turned the
table and make your life miserable. Even mati dalam longkang dah reput pun tak
ada yang ambil peduli.
Dalam series ni boleh tengok
macam mana Gaitonde boleh bakar satu kampung hanya sebab dia nak orang sembah
dia. Dia boleh tembak orang yang tak berdosa dengan dia pun sebab dia ada
kuasa. Bayar je polis dan kes selesai. And that’s the reality. Walaupun benda tu
perkara biasa sebab dah selalu layan movie Anurag tapi plot cerita Sacred Games
ni masih lagi menarik. Ditambah dengan dialog yang quite powerful especially
persoalan Gaitonde :
“Bhagwan ko maante ho? Bhagwan ko
faraq nahi parta. (Do you believe in God? Because He doesn’t care if you do)
“Check the police records! see if i am a human or God.”
“From working in the Hindu hotel, i learnt that religion can be used so effectively to fool the people here.”
"I thought if the prime minister was so dishonest, how could I walk down a straight path?"
One of my fav scene bila Sartaj dengan Katekar lepak dekat pantai.
“Where does this trash come from? Clean it today, tomorrow the sea will bring in a thousand times more. We stop crime everyday, go home at night, and come back to the same crime tomorrow.”
“But Sir, it’s at least clean today, isn’t it?”
Walaupun scene ni cuma conversation biasa tapi benda yang biasa ni sebenarnya harapan dan harapan tu sendiri sesuatu yang besar walaupun tanpa kita sedar. Hidup manusia tu jadi lebih bermakna bila ada harapan. Kan?
Series ni agak slow so guna video
speed 1.5 dan boleh habis dalam masa 2 hari je nak pulak dekat hujung episod
dia letak hint yang intrigued you guys untuk tengok next episode. Walaupun
slow-paced tapi momentum series ni memang cantik ditambah pulak dengan beberapa
plot twist yang tak dijangka. Actually dalam tajuk setiap episod tu ada hint tapi disebabkan bukan penganut agama Hindu so tak dapat lah nak teka apa yang director nak sampaikan - Ashwathama, Halahala, Atapi Vatapi, Brahmahatya, Sarama, Pretakalpa, Rudra & Yayati
This series is not recommended
for those yang tak mampu nak terima genre indie. Brutal violence and nudity
agak banyak ditayangkan but thanks to Netflix for giving Vikram-Anurag this
golden opportunity to show their creativity onscreen without any hassle from
censor board. Tak sabar nak tengok Season 2!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4.
Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 =8.8 /10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
saif ali khan is one of my fav actor since then until now.
ReplyDeleteOh oh cam best gak ni, akan dipertimbangkan. Saya tgk some crita indie after baca review dari sis 😊
ReplyDeleteada duit semua benda boleh buat.
ReplyDeleteBaru semangat nak tengok tapi bila baca amaran yang kat last tu terus cam down sikit.. kikiki..
ReplyDeletetertarik pulak lepas baca review akak. boleh lah try tengok even kita kurang minat cerita genre ganas-ganas nie. hehehe.
ReplyDelete