Bukit Merah Laketown Resort

Monday, 24 September 2018


First of all kalau tak baca lagi kenapa I boleh sampai sini, boleh baca dekat SINI!

Lepas dah penuhkan perut dengan makanan semalam yang banyak sangat dekat post ni, kitorang konvoi ke destinasi utama, BUKIT MERAH LAKETOWN!


Walaupun tiap tahun balik kampung dekat Batu Kurau tu tapi kaki ni tak pernah jejak pun dekat Bukit Merah tapi tak tahu lah kalau parents dah pernah bawa masa kecik kan. I can’t recall anything so far. Pak Tam Mak Tam kerja dekat area ni so diorang lah bagitahu dekat sini cantik tapi tak ramai yang datang, mungkin sebab banyak lagi tempat best dekat Perak ni ataupun kurang promosi dari social media influencer. Kalau setakat nak masuk jalan-jalan tengok permandangan, free je guys.

Permandangan dari tingkat atas Suria Apartment



Kisahnya Bukit Merah ni mendapat nama Bukit Merah bila peneroka asal mencangkul tanah bukit tu untuk diteroka dan terjumpa tanah merah so dia namakan tempat yang dia teroka ni dengan Bukit Merah. I pijak jugak tanah tapi warna dia warna tanah coklat oren macam tu maybe luck wasn’t on my side hihu.

Bukit Merah agak famous di Malaysia bukan sebab themepark dia je tapi sebab tasik buatan manusia yang besar seluas 40km disebabkan pembinaan Empangan Bukit Merah dan yang bestnya satu-satunya tempat di mana landasan keretapinya merentasi Tasik Bukit Merah. Tasik dia cantik tau I dah naik bot layan feeling dengan angin bertiup tinggal nak letak selendang acah movie Hindustan je. Dekat tasik ni lah tempat membiaknya ikan Kelisa bergred tinggi, antara ikan terbaik di dunia but apart from that, ada juga ikan Tioman, ikan Patin, Lampam, Kaloi dan banyak lagi.

Related image

Dekat Bukit Merah ni walaupun macam tempat jin bertendang tapi line internet laju, telco semua cun takde masalah pun sebab dekat dengan pencawang okay. I buat insta live buat pertama kalinya berjaya padahal dekat KL bukan main gigih tau retry tapi tetap tak dapat. Kalau dapat pun sendu but here its not a problem at all!

Dekat Bukit Merah ni banyak bangunan kediaman even ada dua college tau dekat sini, tapi sekolah kena keluar sikit dari sini itupun tak jauh sangat dalam 10 minit je dah sampai. Nak ke Bandar Taiping pun tak jauh lah, setengah jam je dah boleh sampai cuma malam agak gelap sebab kawasan ladang kelapa sawit tapi boleh je guna highway for safer route. Nak kata sunyi tu tak lah jugak sebab meriah dengan kaki pancing mencuba nasib di sepanjang tebing. 





Sembang pasal bangunan kediaman, ada Tropicana Apartment, Suria Apartment, Palmview Apartment, Laketown Apartment, Lakefront Villa, Waterfront Villa, Villa Kampung Air dan banglo dua tingkat which is banglo orang kaya. Kenapa orang kaya? Sebab banglo dia macam dekat Hollywood sana siap ada bot untuk aktiviti air since kawasan banglo semua terletak di hadapan Tasik Bukit Merah.




Ada jugak lot tanah kosong kalau siapa yang berangan nak bina rumah dekat area sini. Harga tanah lelong boleh dapat dengan harga RM57k je uolls. I mampu mimpi je lah sebab I ada 57 sen je dalam poket. T.T




Ikut sejarah Bukit Merah ni dulu memang ramai yang beli hartanah dekat sini because its gonna be a great property in market tapi disebabkan banyak sangat saingan dalam sektor perlancongan, hartanah dekat sini yang diubahsuai menjadi resort terpaksa dijual menjadi rumah kediaman. Ada juga yang beli dan gunakan sebagai homestay terutamanya untuk Palmview Resort dan Suria Apartment sebab design ala studio apartment. Sekarang kan trend beli studio apartment so you guys boleh jimat sebab hartanah yang dilelong dijual dengan harga RM10k je!



Kalau beli hartanah lelong dekat sini, dah tak payah risau pasal perabot sebab semua dah cukup lengkap. Maintenance pun JMB cover so kebersihan sangat terjaga. Cumanya swimming pool, gym, sauna dan kelebihan facilities lain terpaksa ditutup buat sementara waktu sebab kontraktor tak cukup duit. But but but mengikut kata sepakat dan persetujuan ramai, developer akan start buka tender untuk meriahkan balik kawasan ni. Yang tak cantik akan jadi cantik, yang tertinggal akan dirindui haahh gittew. 








Another brownie points kalau beli rumah dekat area sini you guys bahagia tengok kecantikan Tasik Bukit Merah nak pula kalau permandangan waktu pagi dan senja. Memang cantik tambah dengan angin dan kicauan burung dekat Bukit Merah haihhhh bahagia! Just imagine selak langsir nampak sunset dan tasik cantik ni. Stress je dengan kerja, pergi jalan-jalan tengok burung merak dekat Ecopark sebab untuk yang tinggal dkat Bukit Merah ni boleh dapat diskaun or even free of charge je.

Kalau tak nak masuk Ecopark pun, jalan-jalan dekat Villa Kampung Air pun dah bahagia tau sebab permandangan dia cantik dan tenang je.

Image result for villa kampung air bukit merah

Image result for villa kampung air bukit merah

Kalau agak stress geram dengan orang here you can go to archery for free! Yupp, I've got my first experience with a great coach yang sangat peramah dan baik hati bersabar ajar semua tips dalam masa beberapa minit je. Kalau lama dekat situ, I guess I can be Katniss 2.0 panah hati Peta gitteww


Ada banyak lagi aktiviti dekat Bukit Merah Laketown ni macam Waterpark Bukit Merah, Ecopark, Pulau Orang Utan, berkayak, spa fish tapi nanti kita cerita dekat next entry since its gonna be a long post and great info to be shared with. 

But if you guys interested with auctioned property in here and nak lebih banyak lagi info, boleh call any numbers in pictures below. 




Ataupun boleh ke laman web Arena Auctioneers, Facebook Arena Lelongan Hartanah untuk dapat lebih banyak info mengenai Bukit Merah Laketown atau property lelong yang lain. But hey, boleh je nak walk in dekat company Arena Auctioneers sebab dah set up cantik untuk yang nak penerangan tentang rumah lelong atau yang berkaitan dengannya.

3 comments

  1. Seriously harta hartanah dia gitu? Wow! Really great deal especially studio apartment tu..

    ReplyDelete
  2. menarik tempatnya terutama tasik tu.

    ReplyDelete
  3. Cantik.. Akak pun tak pernah sampai kat sini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.