Blog Performance August 2018

Sunday, 2 September 2018

Sembang pasal bulan September ni mesti bersepah dekat socmed share lagu 'Wake Me Up When September Ends'. Setiap tahun dari wujudnya lagu memang macam tu dah. Terasa betul manusia yang lahir bulan September ni dah kalau semua nak skip bulan September. T.T

Tbh, blog ni dah berhabuk kalau you guys perasan sebab bulan ni busy sikit dengan kerja tambah pulak busy dekat Twitter sejak viral post Priyanka dengan Nick bertunang tu. Ramai pulak yang nak gossip Bollywood so tersyok lepak sana. Nak blogwalking pun tak sempat. Ada la sikit sempat singgah. Lagipun tengok stats tak jatuh teruk pun hehe

1) PV



Dari 30k PV bulanan dah meningkat ke 50k bulan ni. Mendadak naik sebab Hantu Kak Limah punya pasal la ni. Tak sangka pulak boleh achieve sampai banyak ni sebab target 30k maintain 2 atau 3 bulan cenggitu. September nak maintain tak pun cecah 60k sebulan tapi tak nampak lagi post apa nak buat. 

Bulan ni target all time stats cecah 150k pun terlebih capai cuma tak sempat nak cecah 200k je. So bulan September harap boleh cecah sampai 250k. 

2) Post


As I said earlier, PV naik mendadak sebab HKL so bulan ni memang HKL lah paling atas dalam carta. Lirik lagu Wany Hasrita pun meroket jugak. Tak sangka pulak boleh dapat beribu lepas lagu Sumandak Sabah. Sekarang ni kalau malas nak update blog, tempek lirik lagu je sebab menyumbang banyak. 


Kalau bulan Julai entri dalam Popular Post ada 5 entri yang cecah 1k, bulan Ogos makin bersinar tengok entri dah cecah 3k dengan 2k. Sebenarnya sedih tengok Drama Review : Gantung tu dah hampir nak keluar carta padahal dulu dia dekat atas sekali. Oh my Ray :(

3) Keywords


Bulan lepas ada yang tegur jangan letak keywords dekat entri ni sebab taknak orang tahu but as for me, rezeki masing-masing lah. Berapa banyak blog buat movie review untuk satu movie yang sama tapi tak semua jatuh dan tak semua pun naik. I believe people will read eventually your post sebab setiap blog ada loyal reader masing-masing. I bukan nak show off, I cuma share apa yang readers suka baca. Dalam masa yang sama, tolong kawan blogger yang mati idea nak update blog. 

Keywords buat masa ni penuh dengan lirik lagu je lah dah itu je yang banyak update bulan Ogos. Tapi okay lah ada juga movie review yang menyumbang so orang tak lupa blog ni akarnya apa walaupun tuan blog dah malas nak update. T.T

4) Bilangan Entri


Kalau perasan sebelum ni dah cecah 50 entri setiap bulan tapi sekarang kepala 4 je. Itu semua disebabkan oleh entri contest/segmen/GA yang dah dipadam. Banyak lagi nak padam tapi tak sempat lagi nak godek itu ini. Ada jugak yang buat contest tapi lupa nak umum pemenang. September ni malas nak aim banyak dah sebab kerja baru ni susah nak update banyak entri pun. Challenge tiap hari update pun tak mampu nak buat. 

5) Ranking Alexa

Kalau bulan Julai 20k, bulan Ogos meningkat sikit lah ke 17k. Global rank tu bila nak terpadam entah 1 dekat depan tu. Bulan September nak kurangkan lagi 200k kot. Domestik je malas nak ambik port sangat sebab turun naik dia tak boleh dijangka. Walaupun nampak cantik je angka tu tapi ketahuilah bounce rate dah merah menyala dah. Daily visit pun dah merah. 

6) Audience


Audience bulan Ogos banyak negara baru masuk. Entah apa yang dicari sampai ke Netherlands dengan Russia sana. Kalau bulan-bulan sebelum ni kena bergantung harap dengan FB baru boleh cecah banyak readers, sekarang dah tak perlu dah. Tak post dekat FB pun boleh pergi jauh jugak. Sources pun penuh dengan google je. FB duduk dekat bawah tapi still menyumbang besar jugak lah. 

That's all for now, bulan September ni tak aim banyak pun sebab tak mampu nak adjust lagi macam mana nak bahagikan masa supaya blog, twitter dengan FB terjaga cantik. Anyway, thanks for all my readers. Have a nice day ahead :)

27 comments

  1. Goodluck and tahniah. Ranking saya jatuh teruk di Alexa. PV pun terok jatuh since Jan2018. Sedih :(

    ReplyDelete
  2. Wahh, hebat tu 50k bulan lepas. Tahniahh! 😍

    ReplyDelete
  3. Wah, hebatnya performance blog Farhana. Tak dapat nak challenge dah...

    ReplyDelete
  4. Woww hebat nye. Sy xmampi capai mcm sis capai skg ni. Congratzz siss! 😍😍

    ReplyDelete
  5. rabia baru naik 57k pv.cuma masa skrg kurang update jgk blog.busy dgn assigment.lepas siap assigment ni.bru update blog.blogwalking blog pun jarang2 dh.kekangan masapun.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya,, ekin baru je blogging.. Harap2 satu hari nnti pageview ekin dapat mcm ni. .hihi

    ReplyDelete
  7. Wahh hebat .. dapat trafik tinggi sebab buat review filem ... memang senang dapat trafik dri Google. Tahniah tahniah.

    ReplyDelete
  8. Tahniah...wah..makin hebat..

    Jemput join segmen blog nieyl
    https://seindahcerita.blogspot.com/2018/09/segmen-top-commentators-blog-nieyl.html

    ReplyDelete
  9. tahniah ya...

    pssttt... Salam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html

    Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.

    Semoga berjaya (^_^)

    ReplyDelete
  10. tahniah....xpernah semak semua ni...xmahir...

    ReplyDelete
  11. Seronoknya bila baca blog performance macam ni :D

    ReplyDelete
  12. Tahniah FJ, memang seronok bila ada peningkatan pada trafik blog kan :) all the best dan kongsikan yang baik2 ye :)

    ReplyDelete
  13. Wah tahniah sis. Keep it up the good job

    ReplyDelete
  14. Hebat... Hihi akak punya pv memang rendah, tak terlawan dengan awak.. =)

    ReplyDelete
  15. Hebat !!! Tahniah semoga terus maju FJ.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah dan tahniah FJ. Semoga terus naik stat blog tu ❤️

    ReplyDelete
  17. Seronoknya tengok PV camni..congrats Farhana! Kita lambat lagi nak dapat camni..

    ReplyDelete
  18. wahhh hbt2...suka tgk pv tgi cmtu hihi..kena usaha lg sha lps ni

    ReplyDelete
  19. Tahniah Farhanna...
    Bab kongsi keywords tu akak setuju.. rezeki masing masing kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.