Movie Review : Badang

Wednesday, 1 August 2018

Image result for badang

Pengarah : Abdul Razak Mohaideen
Penulis Skrip : Azlan Syah, Azhari Mohd Zain
Pelakon :  Dato’ Aliff Syukri, Fasha Sandha, Azhari Mohd Zain, Fauzi Nawawi, Aminah Raphor, Nadia Brian, Esma Daniel, Douglas Lim dan Jesse Lim
Genre : Komedi/Aksi/Fantasi
Durasi Tayangan : 105 minit
Tarikh Tayangan : 15 Februari 2018
Syarikat Produksi : Fita Studios
Pengedar : Empire Film Solution
Trailer :


Entah kenapa nak tengok walaupun banyak negative reviews, yang gigih tengok semata nak kutuk pun ramai. Mungkin sebab ada satu review yang kata Aliff Syukri boleh bawa watak antagonis tapi lepas layan sendiri dan tengok kemampuan dia, tak lah sebagus mana yang dia canangkan pun. Tengok poster pun dah geleng kepala apa lagi keseluruhan movie.

Tak faham macam mana movie ni diwujudkan untuk hiburan kanak-kanak sedangkan ada unsur keganasan melampau oleh Abang Thai (Fauzi Nawawi) dan geng Naga, scene mabuk berjemaah, scene Tisha (Fasha Sandha) hampir dirogol, scene tragis Mak Siah (Aminah Raphor) dilanggar kereta secara sengaja oleh geng Naga. Disebabkan semua scene ni, movie Badang diklasifikasikan untuk penonton berumur 13 tahun ke atas walhal kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah. Pffttt


Badang era baru tak sama seperti mitos klasik zaman purbakala bilamana Badang kuat kerana muntah jin tapi kuat kerana mempunyai magis yang diambil dari buluh. Ibaratnya mencuri magis Anak Buluh Betung tapi menggunakan populariti Badang. 25 tahun lalu atau 300 purnama sebelumnya, Mak Siah dan suaminya pergi mengutip buluh di hutan kemudian membawa pulang buluh sakti yang mempunyai bayi ajaib.

Perempuan misteri yang cantik (Nadia Brian) muncul melarang supaya mereka berdua menyimpan rahsia bayi ni sehingga 300 purnama. Cukup 300 purnama, bayi ajaib ni akan menyelamatkan dunia menggunakan kuasa sakti dari asal-usulnya, buluh. Jadi kekuatan Badang akan wujud bila dia menyentuh buluh tapi kelemahan Badang ialah air. Sebagai manusia lembik dan lembut di kolej, Badang memang sepenuhnya bergantung kepada kuasa buluh.


Dengan kuasa yang ada, Badang berjaya tawan hati Tisha di kolej dan menceritakan tentang kisah hidupnya. Tisha yang jatuh hati pada Badang mencipta kostum hijau yang diselaputi buluh dalam masa agak singkat dengan entah apa kebolehan yang ada. Tahu-tahu je dah siap. Sejak dari hari tu, Badang memang aktif sebagai adiwira dan mula mengabaikan Tisha.

Terdesak dengan ugutan Abang Thai, Tisha membawa Badang ke markas geng Naga dan Badang dibelasah sehingga lunyai lepas disimbah dengan air secara berjemaah. Kawan baik Badang, Sarep (Azhari Zain) datang membantu kemudian mendapat misi baru untuk tumpaskan Abang Thai dalam operasi seludup jongkong emas bernilai RM100 juta.


First half not bad lah boleh lagi nak gelak tengok jalan cerita merapu dan beberapa VFX yang cantik contoh macam scene perempuan misteri muncul dan halimunan Badang tapi masuk second half terseksanya nak tunggu ending. Kenapa entah movie ni wujud. Kalau ye pun untuk eksperimen, buat lah jalan cerita elok sikit. Tahun 1992 (2017-25) wujud lagi ke manusia tinggal dalam hutan tak berpenghuni hidup dengan hasil buluh? Menangis Tun Mahathir kalau layan movie ni.

Lakonan Aliff Syukri memang sedih tambah pula bila dia terlebih beremosi untuk beberapa scene. Chemistry dia dengan Fasha Sandha pun tak wujud walaupun lakonan Fasha dah berapa kali cuba selamatkan lakonan Aliff Syukri tapi tetap gagal. Even worst lakonan Fasha pun nampak lemah, entah kenapa dia nak berlakon watak picisan macam ni. Kalau tahap watak Badang adalah usaha terbaik Aliff Syukri dalam bidang lakonan, ada eloknya dia berhenti je lah dekat sini. Kesian orang lain tersiksa.


Sembang pasal VFX tadi, kalau first half cantik, masuk je second half memang hancur teruk. Hangat-hangat tahi ayam saja kerjanya. Murung bila tengok scene Badang bawa Tisha mengembara satu dunia untuk cipta momen romantic tapi murung bagi audience sebab Tisha sorang je yang terpesona dengan kecantikan palsu ciptaan Badang.

Tak faham kenapa Badang perlu lemah teruk dengan air sedangkan buluh yang kita tahu terkenal dengan kegunaannya yang pelbagai. Lagi berkualiti pokok buluh tu bila tumbuh di kawasan yang agak basah jadi kenapa adiwira Badang hilang punca bila bertindakbalas dengan air? Adiwira lain mempunyai kuasa mirip dengan sumber kuasanya tapi Badang asal tangkap muat je.


Filem Badang bukan sahaja memperlihatkan kelemahan Aliff Syukri sebagai pelakon dan beberapa pelakon lain yang hilang aura walaupun bagus berlakon sebelum ni, tapi kelemahan syarikat produksi Badang bilamana FITA Studios datang dari Fakulti Animasi, Televisyen dan Filem, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sedih bila tengok generasi baru tak mampu bawa banyak perubahan untuk industri perfileman.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.2, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.1, 5. Casting +0.2, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.1, 9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought 0 = 2.3/10

8 comments

  1. ada duit semua boleh buat walaupun bakat tak seberapa.

    ReplyDelete
  2. baca review semua cakap tak best cerita ni

    ReplyDelete
  3. aritu ada org bg link tgk tp mcm x layan sgt.. hehe

    ReplyDelete
  4. review ke brapa baca cakap tak best.. hurmhhh

    ReplyDelete
  5. Ish.. Memang tak tengoklah sebab tak berkenan dengan pelakon.. Nak bagi anak tengok, lagilah tak,..

    ReplyDelete
  6. dari awal, aida tau takkan meletops citer ni.
    bila da tayang, hmmmm hadoi lah.
    kecewa!

    ReplyDelete
  7. Kalau bab keganasan melampau tu memang setuju sangat... Tak sesuai untuk budak2 tengok...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.