Director : Umesh Shukla
Writer : Saumya Joshi
Cast : Amitabh Bachchan, Rishi
Kapoor, Jimit Trivedi
Production Company : SPE Films
India, Treetop Entertainment
Distributor : Columbia Pictures
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date : 4 May 2018
Trailer :
Tak pernah pula terfikir akan ada
movie yang mengisahkan tentang kehidupan dua orang lelaki berusia. Tak ada
heroin atau pun karakter wanita sebagai pelakon sampingan langsung. Movie 102
Not Out berkisar tentang kehidupan Dattatraya (Amitabh Bachchan ) yang berusia
102 tahun dan juga anaknya, Babulal (Rishi Kapoor) berusia 75 tahun yang
tinggal serumah tapi berbeza karakter dan cara hidup.
Dattatraya pergi ke bandar
membuat replika patung Mr. Ong Chong Tun Pen yang hidup selama 118 tahun, 3
bulan dan 28 hari sehingga berjaya pecahkan rekod dunia manusia paling lama
hidup. Dattatraya ingin pecahkan rekod Ong dengan hidup selama 16 tahun lagi.
While Dattatraya finds its amazing but not for Babulal.
Untuk pecahkan rekod ni,
Dattatraya perlu hidup tanpa stress dan happy tapi satu je halangan untuk capai
misi dia which is Babulal. Berbeza dengan cara hidup Dattatraya, Babulal lebih
aware dengan kesihatan, sentiasa letak reminder supaya dia tak lupa uruskan
rumah, semuanya kena ikut jadual, semuanya wajib teratur. Bagi Dattatraya hidup
Babulal sangat membosankan dan kelam so dia takut benda tu akan affect mood dia
untuk hidup.
Dattatraya bercadang untuk hantar
Babulal ke rumah orang tua kalau dia tak ubah sikap menjadi lebih ceria. Untuk
jadi ceria, Dattatraya bagi beberapa task untuk Babulal buat bila-bila masa je
Dattatraya nak dia buat. Lepas dah siap task tu, Dhiru (Jimit Trivedi) merangkap pembantu
farmasi yang selalu menempel di rumah mereka akan sign agreement sebagai saksi.
Actually Dattatraya tak berjaya
pun nak hantar Babulal ke rumah orang tua sebab management ingat dia buat prank
sebab pertama kali dalam sejarah ayah hantar anak pergi sana. Lucky for him
Babulal cuak sampai ikut plan dia nak siapkan semua task.
Sepanjang nak siapkan task
Dattatraya ni of course lah berdekah gelak tengok gelagat setiap karakter tapi
masuk je second half dah mula babak emosi cumanya emosi dia tak berapa nak
sampai sangat. Maybe sebab scene tu terlampau cliché agaknya. Boleh je kalau
pengaraj buat luar dari kebiasaan since plot dah typical sangat. Pengarah
wujudkan elemen saspen pun tak menjadi sebab dah boleh predict ke mana hala
tuju movie ni. But it’s still fun to watch nak pula scene Amol (Dharmendra Gohil), anak kepada
Babulal akhirnya balik selepas berdekad tinggalkan ayah dia.
Scene terjongket kening bila
Babulal percaya bunga buluh hidup kembang mekar lepas dia letak baja tahi lembu
padahal putik bunga pun tak keluar masa dia letak tu. Mungkin dia tahu tu cuma
helah ayah dia ataupun mungkin dia malas dah nak fikir asalkan wujud
kebahagiaan je dalam hidup dia lepas beberapa episod sendu.
One thing yang tak faham dalam
movie ni entah anak beranak ni kerja apa sampai boleh ada harta 7 keturunan.
Tak tahu isteri masing-masing kerja apa jugak sebab tak ada langsung tunjuk
punca rezeki diorang tapi relaks je hidup spend sana sini.
Like I said earlier, movie ni memang
berkisar tentang karakter utama ni je dan tak ada kemunculan karakter wanita
pun even flashback tunjuk watak Babulal dan Amol. Agak unik juga sebab tak
pernah lagi ada movie yang buat macam tu. Mungkin ada yang boring sebab tengok
muka diorang je but depends on what’s your definition of a fun movie.
Great visual, top notch dialogues
and stellar performance rom leading cast antara sebab kenapa you guys kena
tengok movie ni. Mungkin agak cliché tapi setiap manusia ada jalan ceritanya
kan? Age is not a dead end of your life. Live to the fullest yo!
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8 /10
Mcm menarik je klu tgk trailer dia...
ReplyDeleteMacam menarik pula bila filem hindi tak ada watak wanita..
ReplyDeletelain macam bila cerita hindustan xda heroin. pelik ja..hehe
ReplyDeleteWah, macam menarik jer...
ReplyDeletecerita india ni kadang biarlah takde psl cinta2 tkade heroin pun syok layan.... kalu tgk pada jln cerita... mcm nice jgk dik
ReplyDeletejalan cerita dia best! Kelakar punya ni haha. but kalu dah hindi and ada unsur family mesti part sedih dia sedih giler :(
ReplyDeleteha'ah sedih part Amol tu balik semata sebab nak harta ayah dia je lepas bertahun tinggalkan ayah dengan mak dia. Mak mati pun tak balik :(
Deletesalam awk..
ReplyDeleteeh ni filem bila..tgok release bulan May..??
blum release kt Msia ye
tak ingat ada release ke tak dekat sini sebab movie hindi ni tak semua masuk malaysia
Deletemcm menarik cerita ni.. mesti lawak.. hehe
ReplyDeleteMacam menarik ! Rasanya firsttime dengar cerita yang tiada heroin ni
ReplyDelete