Majlis Pertunangan Priyanka Chopra & Nick Jonas

Sunday, 19 August 2018

Tarikh 18.08.2018 antara tarikh yang cantik buat semua pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, sama juga untuk Priyanka Chopra & kekasih hatinya, Nick Jonas yang mengadakan majlis pertunangan mengikut tradisi India. Menggunakan simbol NP untuk Nick & Priyanka, majlis dihadiri oleh rakan artis, keluarga dan pihak media. 



Priyanka dan Nick Jonas pertama kali bertemu di Met Gala 2017 kemudian makin rapat dan terdapat beberapa rumours yang mengatakan mereka bercinta dan selalu berjumpa. Walaupun netizen mempertikaikan jarak usia mereka sebanyak 11 tahun tapi tak menganggu pasangan ini untuk ke peringkat seterusnya. 


Nick menjemput Priyanka ke perkahwinan sepupunya di Atlantic City, New Jersey pada Jun lepas. By that time pun ramai yang dah boleh teka yang Nick betul-betul serious dengan Priyanka sebab bawa gadis ke majlis keluarga is a serious big deal. 

Image result for pc and nick cousin wedding

Dua minggu  selepas majlis tu, Priyanka membawa Nick ke India ke majlis pertunangan dan majlis perkahwinan anak lelaki Mukesh Ambani di Mumbai sekaligus membawa Nick berjumpa dengan Madhu Chopra, ibu Priyanka. Both seen vacation at Goa. 


Nick melamar Priyanka dengan cincin berlian 3 karat dari Tiffany & Co bernilai $200,000. Khabarnya Tiffany hanya dibuka untuk Nick Jonas untuk hari tersebut supaya Nick dapat memilih cincin yang sesuai untuk PC. Just like she promised in Koffee With Karan, 'World will know when there’s a ring on the finger' bila bercakap mengenai bila akan tamatkan status bujang.


Hari Sabtu, upacara pooja diadakan untuk mendapatkan restu dari Tuhan dan juga keluarga. Majlis ni dihadiri oleh Madhu Chopra, abang Priyanka Sidharth Chopra, adik sepupu Parineeti Chopra dan kedua ibubapa Nick, Denise dan Kevin Jonas berpakaian tradisi India. Sebanyak 200 bilik hotel ditempah di hotel 5 bintang di Mumbai, India untuk majlis pertunangan Nick & PC.





Engagement attire yang dipakai oleh PC direka oleh pereka fesyen terkenal di India, Abu Sandeep Jaani Khosla. Well, look at the details. 


Parineeti Chopra yang rapat dengan PC dari kecil memuat naik ucapan untuk Mimi Didi selepas selesai majlis pooja.  


Priyanka & Nick juga memuat naik gambar dengan caption mengesahkan hubungan percintaan mereka berdua. 


Antara rakan artis yang turut sama meraikan dan meninggalkan komen di laman Instagram Nick-Priyanka. Joe Jonas yang tidak dapat hadir juga memuatnaik status di Twitter meraikan hubungan pasangan sensasi Hollywood-Bollywood ni. 



Lepas upacara pooja, engagement party diadakan untuk rakan artis dan pihak media. Antara rakan selebriti yang hadir ialah Alia Bhatt, adik Salman Khan, Arpita Sharma dan juga suaminya Aayush Sharma mewakili keluarga mereka. 

Madhu Chopra & Denise Jonas






Congrats for your engagement Priyank & Nick, after all she's been through in her dark years, finally she's seen with beautiful glow and brightest smile on her face! Can't wait for the Wedding Of The Year hamari Desi Girl aur Pardesi Babu ❤🌸

15 comments

  1. Wow, fancy gila majlis pertunangan diaorang. I have seen few pictures on Twitter but stil, wow!

    ReplyDelete
  2. Wahhh ,, congrats to both of themmm,,,,

    ReplyDelete
  3. wow...congrats to both of them..

    ReplyDelete
  4. Bagai pinang dibelah 2. Akak mmg ketinggalan zaman betul - entah bila dorang bercinta, tup2 terbaca sini yg dorang dah bertunang! Such a lovely couple. :D

    ReplyDelete
  5. mmg glamorous betul..kedai tiffany dibuka khas utk nick tu memang kagum..mesti kaya giler kan..tapi majlis ni pun dapat kutukan netizen,biasalah orang kaya2 yang membazir kata depa,kan bagus membantu mumbai rakyat yg miskin dengan membuat majlis pertunangan yang mcm tu..heheh biasalah kan..kalau namanya rtis,berduit pula,majlis yg dinanti pula,mestilah nak buat grand kan..apap2un..hopefully mereka hingga kahwin dan beranak cucu dan hidup bahagia lah sampai akhir hayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course kaya gila sebab dia kerja dari teenage lagi. Antara band pop sensation masa tu under disney. Hmm netizen nak kritik tu biar bertempat lah sebab PC ni dah menyumbang banyak untuk rakyat miskin di India & beberapa negara lain. Duta India & duta UNICEF.

      Delete
  6. Wah dh btunang mereka ni despite of age gap, obviously NJ looks too young n dangerous for PC 😊😊

    ReplyDelete
  7. wah.. bila bollywood dan hollywood bergabung.. mesti comel gila anak dorang

    ReplyDelete
  8. Minat lakonan Priyanka ni. Tak sangka pulak baru bertunang. Ingatkan dah kawin. Hehe... Dulu² minat sangat cerita hindi... Tapi sekarang dah kurang.

    ReplyDelete
  9. hi..singgah sini...
    jemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html

    ReplyDelete
  10. Tahniah pada Priyanka dan Nick..

    ReplyDelete
  11. Tahniah untuk mereka.. tak nampak pun perbezaan usia tu.. Mesti comel comel anak diorang nie nanti..

    ReplyDelete
  12. hancur hatikuuuu mengenang dikau hahaha.. adoiyai these two ni macam x jangka la but they look sweet together. love is blind =D

    ReplyDelete
  13. sama cantik.. tp umur xtau la. hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.