Penulis : Norhayati
Berahim
Penerbit : NB Kara
Sdn Bhd
Helaian : 499 mukasurat/
85 bab + 1 Epilog
Genre : Drama/Cinta
Tarikh Cetakan :
Cetakan Pertama - 2005
Harga : RM 20.90
Sinopsis :
Zulfa, Qosim, Maria dan Tok Man
belajar di Melbourne dan bersahabat baik kerana tak ramai pelajar Malaysia di
sana. Zulfa yang kaya mengajak Maria dan Qosim tinggal bersama dengannya di banglo
yang disewakan oleh ayahnya, Samad. Dalam diam, Zulfa menaruh hati kepada
Qosim, semua perbelanjaan Qosim ditanggung oleh Zulfa sepenuhnya kerana Qosim
tak ada duit belanja. Wang yang dikirim pun kadang tak cukup untuk tampung.
Sama seperti Zulfa, Qosim juga
meluahkan perasaan sayang pada Zulfa tapi helah Qosim sebenarnya untuk terus
ditanggung dan ditaja oleh Zulfa sepanjang berada di Melbourne. Tak cukup
dengan menipu, Qosim menyebarkan fitnah Zulfa awek tomboy lesbian bercinta
dengan Maria kepada pelajar-pelajar lain.
Disebabkan fitnah yang tersebar,
tak ramai yang nak dekat dengan Zulfa kecuali Maria dan Tok Man. Sebelum mereka
grad, Zulfa akhirnya tahu siapa dalang sebenar yang sebarkan fitnah. Remuk hati
difitnah ditambah remuk hati ditikam kekasih sendiri. Sudahnya Zulfa bawa diri
ke Cameron Highlands menjadi botanist dan penggubah bunga hasil ajaran Aunty
Rosie, kawan baik arwah ibunya.
Walaupun ditegah oleh ayahnya,
Zulfa tetap dengan pendirian untuk berkerja di ladang Bunga Mekar dan membantu
majukan perniagaan Uncle Lim, bekas suami Aunty Rosie dan anaknya, Park Kuen.
Kadangkala Maria datang menjenguk bersama suami dan anak-anak, kadang ayahnya
datang dari New Zealand.
Tapi selepas beberapa tahun, tak
sangka Qosim datang kembali dan tabur fitnah yang lebih teruk bila Doktor
Sufian, abang Qosim jatuh cinta dengan Zulfa kerana kecewa dibuang awek
manjanya, Nabila. Qosim cuba pujuk Zulfa untuk kembali dalam hidup dia selepas
sedar pengorbanan Zulfa tak mampu diganti dengan mana-mana perempuan yang
datang dalam hidup dia. Dalam masa yang sama, Park Kuen juga simpan perasaan
dengan Zulfa walaupun di mulut dia kata dia sayangkan Zulfa sebagai adik.
Review :
Novel ni tak tekankan sangat
pasal percintaan since penulis pun dah bagitahu dia wujudkan novel ni bertemakan
fitnah. Fitnah yang boleh merosakkan hidup manusia yang difitnah tanpa kita
sedar atau hiraukan impaknya. Macam Zulfa yang disisihkan sebab fitnah Qosim.
Qosim sebagai watak antagonis memang best baca sebab dia punya muka tebal tu
memang tebal berpuluh inci. The best thing is, penulis kekalkan sifat tu sampai
habis untuk buktikan kata-kata Park Kuen
yang sifat tu dah jadi darah daging. Susah untuk diubah.
Selain dari kehidupan Zulfa,
Samad pun ada kisahnya yang tersendiri hidup difitnah oleh kawan baik. Kira
anak-beranak ni agak malang lah dalam kehidupan sosial tapi bab duit memang
berkepuk. Kisah Doktor Sufian dengan keluarga pun antara punca jalan cerita menarik sebab tak semestinya fitnah tu datang dari rakan atau strangers, boleh jadi dari keluarga sendiri, keluarga yang kita bantu dari susah tapi sudahnya makan kita balik sampai hilang sesuatu yang berharga.
Dari novel ni banyak tahu pasal bunga sebab Zulfa kerja dekat ladang
bunga so tahu lebih sikit pasal Rose Hip, bunga Tulip, ros dan beberapa bunga
yang diorang mention dalam ni. Happy baca sebab suka bunga tambah pula baru
tahu ada jem dari bunga ros. Rasa macam nak try je kalau pergi Cameron, entah
ada entah tidak.
Lama juga ambil masa nak habiskan
novel ni sebab bahasa digunakan bahasa baku campur pula dengan bunga bahasa
orang lama memang menguap sakan. Humor memang tak ada so antara punca utama lambat
habis. Tapi plot dia memang best and bermanfaat. Kalau buat drama best ni,
serious tak tipu. Terbayang Janna Nick jadi Zulfa sebab dia short hair ala
tomboy tapi boleh berperwatakan lembut dan manja macam dalam lagu Akan Bercinta
tu :P
1. Author +1, 2. Accuracy +1, 3. Writing Style +0.5, 4.Plot
+1, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social
Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10
ai is tertarik bab bunga2 tu je..klo jd drama mesti cantik scene dia cm drama korea..hehe
ReplyDeletetak ingat pernah baca ke tak novel norhayati berahim sebab tak minat sangat buku dia.
ReplyDeleteDah tak sempat baca novel
ReplyDeleteSuka NB ni tp lama dh tak baca buku dia, plot cam best sb ada bab bunga2 😊
ReplyDeleteRasa pernah baca dulu ni, novel lama ni..ingat2 lupa dah...
ReplyDeleteeiiii, rasa nak cili2 pula si Qosim tu ...
ReplyDeleteUish.. menarik cerita ini..Fitnah memang bahaya..
ReplyDeletefitnah bahaya & boleh rosakkan sesebuah institusi :(
ReplyDeleteItu la kekadang insan yang rapat dengan kita pun belum tentu baik di belakang kita kan...
ReplyDelete