Menjadi pelakon hidup bersama peminat dan wartawan setiap masa adakalanya menghadkan masa untuk pelakon dan selebriti mempunyai masa bercinta seperti pasangan biasa.
Di saat kebanyakan pelakon dan selebriti memilih untuk berkahwin dengan manusia biasa ataupun businessman, pasangan-pasangan ini jatuh cinta di lokasi penggambaran dan masih lagi setia bersama dan memecahkan streotype cinta lokasi takkan bertahan lama.
1. Amitabh Bachchan & Jaya Bachchan
Pertama kali Big B bertemu Jaya
bukan secara berdepan atau di mana-mana set lokasi tapi di muka depan majalah
ternama kerana Jaya juga seorang model selain menjadi pelakon. Big B jatuh
cinta kerana Jaya mempunyai sepasang mata yang cantik ditambah dengan
traditional look. Tapi Big B cuma simpan perasaan suka tu dalam hati sebab Jaya
adalah heroin terkenal dan dia cuma pelakon yang baru mula menapak dalam industri.
Tak mungkin Jaya akan pandang dia.
Akhirnya mereka ditemukan dalam
movie Guddi pada tahun 1971 dan bermula lah episod mencuri hati dari Big B
kemudian berkahwin pada tahun 1973 dan dikurniakan sepasang cahaya mata,
Abhishek dan juga Shweta.
2. Dharmendra & Hema Malini
Kisah cinta mereka bermula di
lokasi penggambaran Tum Haseen Main Jawan tahun 1970 tapi Dharmendra sudah
berkahwin dengan Prakash Kaur dan mempunyai dua orang anak, Sunny dan Bobby
Deol. Dalam masa yang sama Hema juga menolak beberapa pinangan termasuklah dari
pelakon Sanjeev Kumar dan Jeetendra.
Pada awalnya Hema juga menolak
cinta Dharmendra kerana berstatus suami orang tapi pada 1980, Hema dan
Dhamendra convert ke agama Islam untuk berkahwin disebabkan isteri pertama tak
ingin bercerai. Hema jatuh cinta dengan Dharmendra kerana karakternya yang sama
seperti ibu Hema. Hingga kini mereka berdua masih lagi bersama dan jatuh cinta
sama seperti pertama kali mereka bertemu.
3. Rishi Kapoor and Neetu Singh
Pelakon yang terkenal dengan movie
Bobby merupakan berkawan rapat dengan Neetu Singh kerana sering berkerja
bersama dalam beberapa movies. Rishi sering berkongsi cerita dan meluahkan
perasaan apabila ditimpa masalah kepada Neetu. Dalam diam Neetu sebenarnya
menyimpan perasaan pada Rishi walaupun Rishi seorang playboy.
Semasa penggambaran movie Barood
di Paris, Rishi berasa sunyi dan sedar Neetu adalah penting dalam hidupnya
kemudian dia menghantar telegram menyatakan perasaanya kepada Neetu. Walaupun
mereka bercinta tapi Rishi maklumkan kepada Neetu, hubungan mereka cuma akan
menjadi pasangan kekasih kerana bagi Rishi perkahwinan ialah satu beban besar.
Neetu masih lagi setia dengan
Rishi and finally they tied the knot on 22nd Jan 1980 and thanks to
Rishi family for making the first move. Ramai yang kecewa dengan pertunangan
Rishi dan Neetu kerana Neetu antara actress kesayangan ramai kerana kecantikan
dan bakatnya. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini mempunyai dua cahayamata, Riddhima
Kapoor & Ranbir Kapoor.
4. Ajay Devgn and Kajol
Semasa perkahwinan mereka berdua
pada tahun 1999, ramai yang berkata mereka berdua tak akan bertahan lama kerana
Ajay seorang yang pendiam, berbeza karakter dengan Kajol yang mulut bising.
Sebelum berkahwin, mereka berdua merupakan kawan rapat selama 4 tahun dan Kajol
berada di puncak kariernya. Dalam setahun, Kajol berlakon sebanyak 4-5 movies
manakala Ajay masih lagi tenggelam dan ini juga antara punca kenapa ramai yang
anggap perkahwinan mereka tak bertahan lama.
But they proved them wrong bila
bertahan selama 19 tahun dan mempunyai dua orang anak bersama, Nyssa dan Yug
walaupun tahun pertama perkahwinan Kajol keguguran. Selepas berkahwin, Kajol
banyak meluangkan masa dengan anak-anak dan memberi laluan kepada Ajay fokus
dalam bidang lakonan dan syarikat produksinya sendiri.
5. Akshay Kumar and Twinkle
Khanna
Khiladi Bollywood, Akshay Kumar
yang terkenal dengan perangai playboy jatuh cinta pada Twinkle ketika pertama
kali ketika photoshoot session di majalah Filmfare kemudian berkerja bersama
dalam movie International Khiladi. Mereka berkawan rapat sehingga lah tahun
2000, Twinkle berlakon dalam movie Mela bersama Aamir Khan. Twinkle kata pada
Akki, kalau movie Mela gagal di box office, dia akan berkahwin dengan Akki.
Thank God Mela flop teruk di box office walaupun Twinkle yakin movie tu akan
meletup.
Mereka berkahwin pada tahun 2001
dalam majlis perkahwinan serba ringkas dengan jemputan seramai 50 orang dan
hanya berlangsung selama 2 jam. Antara yang hadir ialah Aamir Khan dan
Dharmendra, itupun macam tak percaya mereka berdua berkahwin. Dalam tak percaya
tu pun, dah 17 tahun mereka berkahwin dan mempunyai sepasang cahayamata, Aarav
dan Nitara.
6. Abhishek Bachchan &
Aishwarya Rai
Pertama kali Aish dan Abhi
berjumpa di set Aur Pyaar Ho Gaya tahun 1997 tapi ketika itu Aish bercinta
dengan Salman Khan meanwhile Abhi pula merupakan tunang kepada Karishma Kapoor.
Tahun 2000 mereka bertemu kembali di set Dhaai Akshar Prem Ke pada kemudian
Kuch Na Kaho tahun 2003 memulakan perhubungan persahabatan antara mereka
berdua.
Dikatakan mereka jatuh cinta pada
tahun 2005 di set Bunty Aur Babli ketika Abhi baru sahaja putus cinta dengan
Rani Mukherjee dan tahun 2006, mereka banyak menghabiskan masa bersama di set
Umrao Jaan, Guru dan Dhoom 2. Sama seperti ayahnya, Abhi juga jatuh cinta pada
Aish kerana matanya yang cantik. Akhirnya Abhi melamar Aish di Toronto, New York
dan lamarannya diterima kemudian mereka pulang ke Mumbai untuk bertunang pada
Jan 2007 dan berkahwin pada April 2007.
Hasil perkahwinan mereka,
dikurniakan seorang cahayamata perempuan, Aaradhya Bachchan. Bukan setakat
Aishwarya berhenti berlakon sementara waktu untuk meluangkan masa bersama
anaknya, tapi Abhishek juga mengurangkan aktiviti kerjaya hanya untuk fokus bersama
Aaradhya.
7. Saif Ali Khan & Kareena
Kapoor
Pasangan sensasi Bollywood yang
mempunyai nama gabungan, Saifeena mula bertemu pada saat Saif bersedia untuk
memulakan hidup baru sebagai seorang suami dan juga Kareena yang memerlukan
seseorang yang stabil dalam kehidupannya dan mereka berkahwin pada tahun 2012
selepas bercinta selama 5 tahun sejak 2007. Right after Kareena broke up with
Shahid Kapoor.
Walaupun perbezaan umur sebanyak
10 tahun dan juga perbezaan agama tak menjadi penghalang kepada cinta mereka
dan mereka dikurniakan seorang cahayamata pada Disember 2017 walaupun pada
awalnya Kareena agak keberatan untuk mempunyai anak. Percaya atau tidak, dia
membuang stereotype ibu mengandung tak boleh berlakon dan meneruskan kehidupan
glam seperti biasa.
Meluangkan masa bersama Taimur dan juga dua lagi anak Saif hasil perkahwinan bersama isteri lama, Sara dan Ibrahim Ali Khan, Saifeena cuba mengimbangkan kehidupan berkeluarga dan juga kerjaya.
8. Riteish and Genelia Deshmukh
Mempunyai karakter yang sama membuatkan
mereka berdua berkawan selama hampir satu
dekad walaupun pada awal pertemuan Genelia agak dingin kerana menganggap anak
Ketua Menteri bersifat sombong tapi ternyata salah. Riteish sama sepertinya,
mesra, peramah dan menghormati orang tua. Tak pernah bercinta seperti pasangan
lain kerana hingga sekarang mereka menganggap mereka merupakan kawan baik dan
persahabatan tu bertukar kepada cinta. Bak kata Rahul dalam Kuch Kuch Hota Hai –
Pyaar ek dosti hai.
Sampai sekarang Ritesih tak
pernah melamar Genelia seperti pasangan lain tapi menghantar rombongan meminang
dan berkahwin. Kata Riteish dia lemah lutut dan nervous untuk moment besar
macam tu. Plus Riteish percaya dengan adat tradisi lagi penting dan akan
buatkan hubungan bertahan lama. Tak perlukan cincin untuk tanda sesuatu
perhubungan kerana dia berikan seluruh hati dan hidup kepada Genelia dan mereka
sekarang dikurniakan dua cahaya mata, Riaan & Rahyl.
9. Kunal Khemu and Soha Ali Khan
Sama seperti abangnya, Saif, Soha
juga bercinta dengan pelakon Bollywood, Kunal Khemu dan tinggal bersama di
apartmen Mumbai yang dihadiahkan oleh ibunya, Sharmila Tagore. Soha berkata
tinggal bersama partner sebelum berkahwin adalah untuk mengenal pasangannya
dengan lebih dekat and it certainly works for both of them bila Kunal melamar
Soha di Paris kemudian pulang ke India untuk berkahwin pada 25 Jan 2015.
Pada awal perkenalan mereka
berdua, Soha dan Kunal tak bertegur dan masing-masing tak pernah terfikir untuk
berkawan pun disebabkan status Soha sebagai kerabat diraja dan graduan Oxford. Tambah
pula masa lapang yang ada di set, Soha akan siapkan artikel untuk majalah
Oxford. Bagi Kunal nak bersembang dengan Soha pun mesti kena sembang topik
berat dan nampak ilmiah tapi lepas movie kedua berkerja bersama, Kunal dan Soha
berkenalan dan mula developed feelings for each other.
Selepas berkahwin, Soha kurangkan
masa sebagai pelakon dan lebihkan masa untuk membina keluarga kecilnya. Tahun
2017, mereka berdua menjadi ibu bapa kepada Inaaya Naumi Kemmu pada bulan
September.
10. Karan Singh Grover &
Bipasha Basu
Bukan setakat media malah peminat
juga tak sangka mereka bercinta dan berkahwin kerana Karan mempunyai dua bekas
isteri sebelum Bipasha. Ini merupakan perkahwinannya yang ketiga. They’re
always been tagged with ‘Will they last?’ question. Antara punca lain adalah
kerana Karan dikhabarkan gay tapi Bips & Karan tak pernah melayan gossip atau
soalan wartawan dan hidup bahagia bersama.
Mempunyai minat yang sama,
fitness antara punca mereka berdua jatuh cinta dan mengamalkan gaya hidup sihat
baik dari gym routine mahupun pengambilan makanan. Mereka berdua bertemu di set
Alone tahun 2016 dan berkahwin pada April 2016. Menggunakan hashtag #MonkeyLove
di Instagram, Bips dan Karan sentiasa update aktiviti harian mereka berdua
untuk dikongsikan bersama peminat.
That's all for now peeps! Have a great Sunday ;)
minat sgt dgn kareena kapoor
ReplyDeletewahhh...semua akak minat tau..hehehe.."hantu hindustan ni"
ReplyDeleterindu dgn si kajol :))
ReplyDeleteKareena Kapoor ❤❤❤
ReplyDeletebaru tau
ReplyDeleteyg mana pasangan dah ada anak, anak dorg pun kemain comelnya...
ReplyDeleteWah, baru tau...
ReplyDeleteEh serius la bipasha basu dah kahwin haha maigad. baru tau. dah la kahwin dgn karan. ish ish haha ika dah jadi adik bawang dh ni haha
ReplyDeleteha'ah dahhhh, wedding dia memang meriah sangat. Dah lah dia cantik, memeng berseri sangat tengok video dan gambar dia
DeleteTo say the truth I am very impressed by what you told. You share tons of interesting info, neat and excellent design you’ve got here. It’s certainly one of the most informative stuff on this topic I’ve ever read. Bollywood news
ReplyDelete