Antara salah satu kerja nak kena
hadap dekat pet store ni ialah repack semula makanan dalam packaging yang dah
pecah atau terkoyak dek kerana pekerja buat kerja tak cekap masa angkat pallet
dengan forklift ataupun masa buka kotak tertoreh sekali bungkusan tu. Sudahnya
produk dikira rosak sebab customer takkan ambil packaging yang dah rosak
walaupun dalam masih elok.
Disebabkan kejadian ni, terpaksa
lah buat lagi satu kerja iaitu pek semula dalam bungkusan lain dan jual di
kedai sendiri. Tapi sebelum nak jual, kena pastikan dulu isi dalam bersih dari
serangga maka wujud lah pekerjaan menampi dan mengasing. Dekat sini lah
terciptanya senaman otot tangan. Hazabnya menampi ni sampai rasa tangan tu dah
hilang dah. Melecet tu satu hal lagi. Tak boleh makan sambil buat kerja pun satu hal sebab makanan binatang bukannya manusia hihu.
Dah settle bersihkan, masukkan dalam bungkusan baru lepastu timbang ikut sukatan yang nak dijual. Part ni dah senang dah kerja tapi lepas dah bungkus tu kena lipat untuk keluarkan angin and you really don't want your product been harassed again with insects. Penat menampi pun tak hilang lagi, makin bertambah penat lah kalau dia masuk lagi. Rasa nak mengamuk je dengan semua orang.
Nak seal pun satu hal jugak sebenarnya bila bungkusan tu dah penuh tambah pulak tangan gigil sebab penat punya pasal, nak dapatkan setengah inci tu memang hazab jugak. Buat pekak telinga je kena bebel dengan supervisor. Yang penting, siap?
Percubaan pertama agak gagal banyak sebab banyak betul baki bahagian atas, percubaan kedua dan seterusnya ada lah jadi, ada yang tak jadi but that's okay lah sebab experience. Let's see how much longer I have to adapt with this environment sampai betul mahir dan selesa.
mesti enjoy kan kerja kedai pets.. tapi bau makanan kucing ni kadang2 tak senang gak. kalo bukak bekas nak cepat2 tutup. kuat jugak..
ReplyDeleteIngatkan re-pack kerepek untuk jual tadi, rupanya makanan kucing. Erm..boleh jadi kerja yang membosankan jugak ye kalau banyak sangat..
ReplyDeleteall the best FJ ... hwaiting!
ReplyDeletesemoga tabah menghadapi cabaran di tempat kerja tu...
ReplyDeletechaiyooo!
ReplyDeleteterbaek.. semoga dipermudahkan urusan kerja :)
ReplyDeleteJemput singgah entry terkini & jgn lupa tinggalkan jejak k ^_^
ReplyDelete1. Hadiah dari Shikin Razali aka shikinrazalidotcom
2. Bung Bratak Heritage Centre
3. Pengasuh Adam Tidak Salah?
4. Tanggungjawab Seorang Suami & Ayah Muslim
Harap sudi join segmen ejulz kalau belum join :)
1. SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ
ingat koko krunch tadi... hahaha nampak best tapi kalau banyak mesti menyirapkan? hehe
ReplyDeletemcm koko krunch haha.. gud luck ya :)
ReplyDeleteAerill Hassan
semoga dipermudah urusan kerja =)
ReplyDeleteingatkan makanan ape td.. RUpanya makanan kucing.. hehe..
ReplyDeleteGood luck kak FJ!!! hopefully lepas ni makin terer :3
ReplyDeletePergh!! Dera tu..
ReplyDeleteSemoga makin terror lepas nie.. You can do it..
Waahhh bestnye keje kedai Pet yea.. Dekat area mana ni??
ReplyDelete