Cast : Joe Cole, Vithaya Pansringarm,
Panya Yimmumphai, Somluck Kamsing
Production Company : Meridan
Entertainment, Symbolic Exchange, Senorita Films, IndoChina Productions, HanWay
Films, Canal+, Cine+
Distributor : A24, DirecTV
Cinema, Altitude Film Distribution
Genre : Drama/Bioghraphy
Running Time : 117 minutes
Release Date : 19 May 2017
(Cannes), 20 July 2018 (United Kingdom), 10 August 2018 (United States)
Trailer :
Kisah benar seorang peninju UK
yang dibukukan dengan tajuk ‘A Prayer Before Dawn: My Nightmare in Thailand's
Prisons’ diangkat ke layar perak untuk menjadi pengajaran kepada anak muda
supaya tidak terjebak dengan dadah dan masuk penjara kerana kehidupan di
penjara lebih teruk dari luar.
Billy Moore (Joe Cole) merupakan
seorang peninju yang pergi bercuti di Thailand dan disebabkan kariernya, dia
menggunakan dadah sebagai peransang dan juga painkiller semasa di dalam
gelanggang. Dari situ dia ketagih dan mahukan lebih dari had biasa. Dia
kemudiannya ditangkap oleh polis Thailand dan dipenjarakan di sana.
Kehidupan penjara Thailand agak teruk bilamana
pukul, buli, rogol adalah perkara biasa. Sel yang ada dikumpul beramai-ramai
dan agak kotor. Setiap hari terpaksa berebut air sebanyak 2 botol untuk
simpanan waktu malam. Bunuh diri adalah perkara biasa di penjara. Billy pun tak
terkecuali bila dia tak tahan hidup di dalam dan kehabisan stok dadah. Tapi
Billy diselamatkan oleh rakan sebelah yang tersedar tangannya berdarah dan
sempat dirawat.
Dalam meratapi nasib hidup, Billy
ternampak sekumpulan ahli Muay Thai yang bersenam di luar sel. Dia cuba untuk
join kerana skills boxing yang dia ada. Selepas berhutang satu carton rokok,
dia berjaya masuk ke dalam team Muay Thai penjara dan berlatih sehingga
terpilih untuk dihantar berlawan dengan banduan penjara lain.Kehidupan banduan yang terpilih mewakili penjara agak berbeza dengan banduan biasa bila mereka dapat keluar setiap kali ada tournament dan dapat berjumpa sekejap dengan ahli keluarga.
Masa layan movie ni memang
berkerut juga nak faham apa yang orang Thai cakap dekat Billy sebab tak ada
subtitles, hanya ada pada beberapa conversation je. Rupanya director sengaja
biarkan beberapa part ni tak diterjemahkan supaya penonton pun faham macam mana
jadi bingung macam Billy. Dalam movie ni tak banyak sangat pun dialog Billy.
Kalau ada pun macam ayam dengan itik je.
Bila bertemakan boxing atau Muay
Thai bunyi berdesing adalah perkara biasa untuk tonjolkan situasi sebenar. Sama
juga dengan motion and visual dia bila dia shot dari sudut perspektif Billy.
Pandangan dia bila dia intai dari dinding penjara, bila dia high dan beberapa
scene lain. The team did a great job in here in portraying real-life of Thai
prison.
Tak ramai pun pelakon dalam movie
ni sebab kebanyakannya merupakan banduan sebenar dan peninju sebenar Thailand
supaya menghidupkan suasana sebenar sama seperti apa yang Billy tempuhi sebelum
dia keluar dari penjara selepas mendapat pengampunan dari Raja Thailand pada
tahun 2010.
Not recommend for you guys yang
tak mampu tengok sebab ada beberapa scene jijik, kotor, nudity, racism dan scene raw
yang dipaparkan dalam movie ni. Billy sekarang menjadi trainer kepada peninju
yang terlibat dengan ketagihan dadah di UK selepas bebas dari penjara.
Pengalaman berada di penjara Thailand betul-betul mengubah hidup dia menjadi
manusia yang berguna. Congrats to the team since movie ni terpilih untuk
ditayangkan di Cannes Film Festival 2017 dan mendapat banyak pujian dari
pengkritik filem.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8.
Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
sounds ganas movie ni..tapi macam best sebab boleh menginsafkan sesiapa supaya tak terjebak dengan dadah
ReplyDeleteMacam best jea movie nie.. Agak-agak sama tak macam citer Ong Bak dulu..?
ReplyDeletesaya suka filem-filem yang bergenre sebegini :) in shaa Allah nak tgok nanti
ReplyDeletehtpps://aerillhassan.blogspot.com
rasa macam pernah tengok tapi macam lupa. btw thanks review! :)
ReplyDeleteKena tengok filem camni
ReplyDeleteUish.. Tak mampu nak tengok nie.. Murung nanti.. kikiki
ReplyDelete