Pelakon : Syamsul Yusof, Nora Danish, Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Sabrina Ali, Aznil Hj Nawawi
Genre : Drama/ Biografi/ Romantik
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 1 Februari 2018
Syarikat Produksi : Dhananwoodd Films Sdn Bhd
Pengedar : Skop Productions Sdn. Bhd.
Trailer :
Sebelum pergi jauh lagi, great thing Malaysia dah ada motion poster movie yang pertama and I really love it. The team really done a great job with movie poster and motion poster, visual cantik sangat ditambah dengan padanan warna dan colour grading yang menarik so here it goes :
Makrifat Cinta dibawah arahan
Kamal G, pengarah dari India dan mengambil kisah kawan baiknya sendiri sebagai
jalan cerita movie Makrifat Cinta. Bagaimana seorang yang miskin dan dilanda
ujian menjadi billionaire.
Mahathir (Syamsul Yusof)
merupakan seorang penjual jam di bandar KL sebagai pekerjaan untuk menyara
hidup dia, isterinya Zarah (Nabila Huda) dan juga anak perempuan tunggalnya,
Aisha (Puteri Balqis). Hidup mereka umpama kais pagi, makan pagi dan kais
petang, makan petang. Gagal dengan perniagaan yang tak berapa menguntungkan
membuatkan Zarah membebel setiap hari dan mengugut untuk meninggalkan dia dan
lari bersama Aisha. Makin serabut bila abang ipar Mahathir, Rizal (Adi Putra)
kerap datang ke rumah dan mengingatkan tentang tanggungjawab sebagai seorang
suami.
Tapi Rizal bukan seorang manusia
yang baik sangat pun bila dia sendiri terlibat dengan judi, arak dan dadah.
Tujuan dia selalu menempel di rumah adiknya cuma untuk dapatkan duit untuk beli
stok dadah baru ataupun pergi berjudi. Dia mula menipu Zarah untuk dapatkan
duit sebanyak RM 10,000 sebagai modal buat bisnes. Zarah yang percaya dengan
abangnya mendesak Mahathir mencari amaun sebanyak tu dengan alasan untuk
membayar hutang-hutangnya.
Mahathir yang geram dengan
sindiran Zarah dan kesian dengan anaknya Aisha, beranikan diri pinjam duit
dengan ahlong kerana sangkaannya pinjaman bank akan diluluskan tak lama lagi
tapi sangkaan meleset dan keadaan jadi makin parah bila geng ahlong mula
mencari dia dan Zarah lari diri dari rumah bersama Aisha kerana tak tahan hidup
miskin.
Dalam kekusutan tu dia berjumpa
dengan rakan baik dari zaman sekolahnya, Sofea (Nora Danish). Langkah kanan,
Sofea ingin membantu Mahathir selesaikan hutang ahlong dan usahakan projek
aplikasi telefon mudah alih, EchoLocation rekaan Mahathir sendiri. Dari situ,
Mahathir mula jatuh hati dengan Sofea tapi tragedi menimpa mereka berdua bila
teksi yang dinaiki dirempuh oleh lori hantu dan Sofea dimasukkan ke wad ICU.
Tak pasti jalan cerita Makrifat
Cinta ni bahagian mana yang betul dan bahagian mana yang ditambah tapi menilai
pola movie lakonan Syamsul Yusof ni movie dia memang suka sangat ada scene kena
langgar lori hantu kemudian meletup kebabom lepastu scene kejar-mengejar antara
penjenayah dan polis sampai kereta terbalik sana sini.
Pengarah Kamal G guna skills and
experience dia mengarah movie Bollywood untuk movie Makrifat Cinta so you guys
memang akan rasa ada unsur-unsur Bollywood tu nak pula bila lagu Makrifat Cinta
tu sendiri ada runut bunyi Bollywood. Even intro credit scene pun ala
Bollywood. Sembang pasal lagu Makrifat Cinta dan lagu rap Cinta & Duniawi,
I wonder siapa yang compose lagu ni sebab rasa murung bila dengar dan baca
lirik dia.
Tu belum masuk part CGI lagi.
Memang dah sedia maklum dah CGI dari Bollywood memang facepalm sikit walaupun
cuma 20% je yang digunakan tapi dah cukup dah untuk rasa murung. Boleh nampak
dekat scene heli nak mendarat sebelum interview Mahathir dengan Aznil Hj Nawawi
untuk rancangan Overnight Billionaire di TV World. But the team did great job
gambarkan kecantikan Putrajaya, KL dan Lembah Klang. Great job for JLO Touch
also for great wardrobe and makeup in this movie.
Bukan je jalan cerita yang agak tak
logik tapi lakonan Syamsul dengan Nora pun menambah kemurungan di jiwa bila
emosi tu tak sampai langsung. Nak tergelak pun rasa bersalah bila Mahathir
tanya Sofea sudi atau tak jadi bini dia dekat hospital tu. Kasar sangat cara
Sofea tu sampai murung Mahathir dibuatnya. Nasib aplikasi rekaan dia ada
syarikat nak beli, boleh lah dia rasa bahagia sikit jalankan tanggungjawab
sebagai ayah kepada Aisha. But hey, dalam movie ni still ada Nabila Huda, Aisha
dan Rizal yang mampu mengangkat watak diorang tanpa gagal. Nasib. Baik. Fuhhhh
Anyway, not recommended for you
guys yang tengah sedih ataupun rasa down dengan kehidupan sebab Makrifat Cinta
tak boleh nak membantu sangat pun. Sampai sekarang berfikir kenapa Nabila Huda,
Puteri Balqis dan Adi Putra habiskan masa berlakon dalam movie ni. It just a
waste of time.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 4.9/10
aida da tgk citer ni. tapi x share di blog sebab memang x gemar citer ni, farhana. ntah la. plot nyer ada. wujud pelakon yg best. tapi... ntah la. aida x boleh gi la dgn citer ni.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
kembali berlakon syamsul ni hehe
ReplyDeletetak begitu menarik ceritanya ya
ReplyDeletesebab rating rendah, sha teringin pulak nak tengok haha
ReplyDeleteTak boleh nak masuklah lakonan Shamsul Nie.. dari dulu.. Tak tahu kenapa..
ReplyDeletekita sama, sha.
Deletewalaupun ramai kata dia dah ok dlm lakonan, still aida nampak dia mcm kayu jugak :)
langsung tak sesuai di mata aida lakonan dia.
Kurang dapat sambutan kan citer ni...
ReplyDeletekalau gitu sy baca sinopsis shj laa hahaa
ReplyDeleteboleh bertambah murung ke kalau tengok cite ni? hihi
ReplyDeleteaida da tgk citer ni.
ReplyDeletetapi x share di blog sebab memang x gemar citer ni, farhana.
ntah la. plot nyer ada.
wujud pelakon yg best. tapi... ntah la. aida x boleh gi la dgn citer ni.
Ooo nampaknya tak sesuai untuk zumal tengok dalam keadaan sekarang ni
ReplyDelete