Lirik Lagu Kisah Antara Kita - One Avenue Band

Tuesday, 24 July 2018

First time dengar lagu Kisah Antara Kita ni di Carta Era 40 minggu lepas, first time dengar dah suka dengan lirik dan runut bunyi terutamanya part chorus sebab suara mendayu berombak. Lagu dan lirik dihasilkan oleh vokalis kumpulan One Avenue Band sendiri, Reyhan. Tapi yang uniknya, gubahan dan susunan musik diatur oleh keyboardist One Avenue Band, Mahathir VAI yang cacat penglihatan and it turns out great!




Kepada yang belum kenal One Avenue Band, mereka berempat merupakan buskers selama 5 tahun yang dikenali dengan One Avenue Buskers dan berjumpa dengan WMCRecords yang joint venture dengan FutureMusic Entertainment kemudian menghasilkan single pertama, Kisah Antara Kita. Perubahan nama dari Buskers kepada Band adalah kerana buskers merupakan pekerjaan dan band lebih sesuai untuk represent themselves as a band on stage.


Tajuk Lagu : Kisah Antara Kita
Lirik : Reyhan OAB
Komposer : Mahathir VAI
Produksi : FutureMusic Entertainment

Mengapa terjadi oh pada diri ini
Haruskah ku meneruskan lagi
Kisah kita yang telah kita bina bersama
Kini telah hancur karena kau memilih dia

Ku tidak menyangkakan
Engkau seperti ini
Kau curangi diriku
Tanpa aku sedari

Bodohnya aku, ku bias mempercayakan kamu
Tanpaku sedari kau mempermainkan cintaku

Chorus :
Sayang…
Haruskah kau memperlakukan
Sebegini…
Apakah salah diriku ini
Terhadapmu…
Sehingga engkau sanggup menduakan cintaku

Mungkin…
Aku bukan yang terbaik buatmu
Kuterima….
Apa yang kau lakukan padaku
Ku kesali….
Dan berasa kecewa terhadap dirimu

Maaf…kan
Aku telah mengecewakanmu
Hati ini…
Tak dapat merubahkan apapun
Diri ini….
Telah dimiliki tanpa kusedari

Mungkin…
Aku bukan yang terbaik buatmu
Kuterima…
Apa yang kau lakukan padaku
Ku kesali…
Dan berasa kecewa terhadap dirimu

Ku amat menyesali
Mengenali dirimu
Ku berjanji akan meneruskan
Hidup tanpamu

7 comments

  1. Suka lagu ni, slalu dgr kat radio era ms driving tp br tau nama band penyanyi nya. Bibit yg terakhir, nais.....

    ReplyDelete
  2. tak pernah dengar lagi.. bakal dengar =D

    ReplyDelete
  3. best la lagu ni ...

    video klip pun best..

    memang bercinta best tetapi lagi best kalau kahwin hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Ohhh...ptt la busker yg dulu slalu main dkt bazar karat tu xde dah...rupanya dh buat band sndiri n jd artis...ms mula2 dgr dia nyanyi dkt busking mmg padu n mndayu2 suara dia..trbaik One Avenue Band

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.