Hujung bulan 5 haritu dah habs
kontrak dengan company lama sebab projek pun dah siap maka berehat la selama
sebulan sebab tak dapat tawaran kerja dari mana-mana company. Yang apply pun
banyak kena reject je sudahnya pergi sendiri cari dekat area rumah ni. Malas
nak menapak jauh sangat sebab malas nak hadap jam. Nak tunggu kerja yang
dijanjikan pun macam tak berkunjung tiba. Duit makin susut, badan makin lemau
sebab makan tidur saja kerjanya.
Kebetulan dekat pet store tengah
mencari Sales Admin, saja try apply. Lepas interview terus dapat dan esoknya
mula kerja. Sales admin ni ingatkan duduk dalam office control inventory je
rupanya nak kena pergi warehouse kira stock, susun semua stock, siapkan order
customer, pack barang yang pecah dari packaging lepas tu masuk office kira
semua stock, semua harga berkaitan dan segala yang berkaitan.
Haritu lepas raya target nak
masuk gym konon nak buang lemak tapi dah tak perlu dah semua tu sebabnya dekat
warehouse kotak berkilo angkat sana sini siapkan order customer. Menangis wei
angkat makanan anjing atau kucing yang 20kg tu. Memang tak duduk cerita dia
siapkan order sebab satu order makan 3 atau 4 pallet. Order dari kedai lain memang banyak, order dari cutomer kedai sendiri pun ramai jugak sebab harga lagi murah dari kedai biasa.
Minggu pertama ni agak penat
sikit sebab tak familiar lagi dengan kedudukan semua barang. Nak siapkan order
pun makan masa berjam lamanya sebab tak tahu barang dekat mana. Kalau semalam
dia terletak elok dekat belakang, hari ni dia ada dekat belah depan pula sebab
kedudukan sentiasa berubah. Mungkin kena buat sistem tag lepas ni, biar duduk
satu tempat je. Order pun boleh siap cepat sebab dah tahu dah dekat mana setiap
produk.
Tiap hari balik kerja confirm
menangis sebab penat kemain. Lebam sana sini tak payah cakap lah. Nasib lah ada
penguat semangat tiap malam suruh bersabar. Haritu target seminggu je nak kerja
dekat tempat baru ni tapi makin hari makin okay lah sebab dah faham cara kerja
cuma penat tu masih lagi sama. Since kereta pun rosak, tiap hari jalan 2km
pergi, 2km balik dari rumah. Dalam sehari memang cecah lah 10,000 langkah tu.
Memang menyahut seruan Fit Malaysia betei.
Tapi tetap murung sebabnya berat
badan masih sama walaupun setiap hari bermandi peluh. Grrrr
wow..kita pun g kerja jalan kaki. blum smpat ketiak basah dah sampai..hihi
ReplyDeletehaha, walaupun berat still sama, tp stamina makin naik , tu yang best tu ...
ReplyDeletedah hari2 menapak, boleh fit segala betis dan paha ...
lepas ni dah boleh join marathon dah ...
Kdg2 berat memang statik, tapi badan build stamina & otot. Tu yg penting. Kiranya keje ni 2 in 1 la, bekerja sambil bersenam, hehe
ReplyDeleteWahh..Work out terbaik nih..Tp kena hati2...huhu
ReplyDeleteDugaan dalam bekerja kak.Anyway,goodluck ye
ReplyDeletexpa.. sambil2 tu cari kerja yg lebih ok. yg ni pun ok asalkan halal dan kene kuatkan usaha.. semoga dimurahkan rezeki..
ReplyDeleteAlahai dorang suruh Farhana angkat barang2 juga yer. Teringat masa zumal kerja kedai kurma dulu, jawatan kekonon manager tapi bila stok sampai manager juga yang angkat. Turun berkilo juga berat time tu...
ReplyDeleteSabar la Farhana...Kerja tu satu ibadah eh sibuk nak nasihat kan orang pulak aku ni
ReplyDeleteMesti naik otot2 tangan tu. Hehe. Penat pun takpe janji bahagia.
ReplyDeletehuhu...sabar yer....dugaan kerja..
ReplyDeletesaya dulu pergi ke tempat kerja dalam 15 minit dengan berjalan kaki selama 4 tahun...
ReplyDeletekerja memang tahu letih giler..
campur lagi jalan kaki pergi dan balik..
alhamdulillah kerja sekarang duduk rumah je hahahaha
wah rajinnya 10,000 langkah sehari!
ReplyDeleteAerill Hassan
Cabaran kerja baru, lelama biasa dah tu, if tak sesuai, at the same time, cari2 keja lain sis. Apapun stay calm 😊
ReplyDeletepeh, sadolah pasni, haha!
ReplyDeletedugaan dan cabaran. dalam peritnya tu ada manis juga =)
ReplyDeleteWah, kuat Pana sekarang! Jangan give up dulu, cari kerja lain sambil2 kerja kat situ. Dah makin mahir kan? Go Go Pana!
ReplyDeleteChaiyok! chaiyok untuk kerja baru kak FJ!!! ^^ Semoga Allah permudah... *dapat gaji nanti lanjee tau! *ehhhh??? >_< heheh (Gegurau ja)
ReplyDeleteAllhamdulillah... segala yang Allah susun sungguh indah... tak pa sis, sabar itu banyak rahmatNya... semoga dipermudahkan segala apa yg dipertanggungjawabkan...
ReplyDeleteAlhamdulillah, akak doakan agar awak sentiasa kuat semangat untuk teruskan kehidupan ini walaupun pelbagai dugaan yang perlu awak tempuhi..
ReplyDeleteCabaran sungguh kerja baru Farhanna nie.. Semoga dipermudahkan segala apa yang dipertanggungjawabkan buat Farhanna.. You can do it girl..
ReplyDelete