Pelakon : Mira
Filzah, Hisyam Hamid, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Ogy Ahmad Daud, Zulkifli
Ismail, Datin Paduka Eina Azman, Lydiawati, Mak Wan, Amir Nafis, Elmy Moin
Genre : Cinta/Drama/Keluarga
Jumlah Episod : 24
Episod
Tarikh Tayangan : 14
Mei 2018 – 21 Jun 2018
Syarikat Produksi : Hyper
Pictures Sdn Bhd
Penyiaran : Astro Ria
(Slot MegaDrama)
OST : Rahsia Kita –
Khai Bahar & Husna, Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, Seharusnya - Aepul Roza
Trailer :
Ilaina (Mira Filzah), Zayn
(Hisyam Hamid) dan Mikael (Fikry Ibrahim) bersahabat dari kecil dan terpisah
bila Ilaina berpindah ke luar negara dan berjanji akan ingat persahabatan mereka sampai dia kembali ke Malaysia. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke
Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinannya yang hancur bila
Ayra (Eina Azman) lari dengan kekasihnya (Elmy Moin) pada hari perkahwinan
mereka.
Ilaina dan Arissa (Uqasha
Senrose) yang juga berkhemah di kawasan yang sama telah menyelamatkan Mikael dan Zayn yang sesat di kawasan perkhemahan.
Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael dan mengetahui yang mereka adalah
kawan baik dari kecil. Happy dengan reunion mereka, Ilaina mengajak Zayn dan
Mika ke rumahnya untuk bertemu dengan Puan Suraya (Ogy ahmad Daud) dan Encik
Ismail (Zulkifli Ismail).
Tapi Puan Suraya tidak senang dengan
kehadiran Zayn dan Mikael kerana mengingatkan dia dengan kisah silam dia di
Malaysia dan Makda (Makwan), nenek kepada Mikael. Sejak dari hari tu, Puan
Suraya menyuruh Azim (Amir Nafis) untuk dapatkan kembali Ilaina walaupun mereka
telah berpisah 3 tahun lepas akibat kecurangan Azim sendiri.
Ilaina mengajak Arissa untuk
pulang ke Malaysia walaupun dilarang keras oleh Puan Suraya tapi usaha Ilaina
berjaya bila ayahnya mengizinkan tambah pula sudah 15 tahun dia berada di
negara orang. Dia ingin kembangkan business di negaranya sendiri dan menebus
janjinya kepada arwah kawan baiknya, ayah Mikael untuk mengahwinkan Ilaina dan
Mikael.
Walaupun pada awalnya Ilaina
jatuh cinta dengan Mikael sejak kecil tapi dia dapat tahu yang membalas
surat-surat dan mesejnya bukan Mikael tapi Zayn. Tanpa sedar, mereka berdua
jatuh cinta tapi terhalang bila Encik Ismail tetap dengan janjinya, Mikael pula
menghidap kanser perut lantas membuatkan mereka berdua berkorban untuk
bahagiakan Mikael. Tapi bahagiakah perkahwinan mereka?
'Biar rasa ini
tersimpan hanya untuk aku kamu saja tahu'
'Haruskan ku simpan semuanya, rahsia antara kita berdua'
Its my first time actually layan
drama lakonan Mira Filzah and yeah I’m a fan now. Sebelum ni antara salah satu
sebab nak tengok sebab Uqasha tapi suka pulak tengok lakonan Mira sebab santai
je. Wardrobe dia pun cantik belaka tajaan Starvillion, same goes to Uqasha, Ogy & Ayra. Mekup hasil kerja Sherry Alaudin pun tak over, just nice je dengan muka memasing nak pulak dia utamakan neutral theme. Suka bila tengok scene Uqasha dengan Mira
sebab sweet sangat, nampak lah chemistry diorang berdua tu nak pulak diorang
buat ‘Ari~~~Ili~~~’. Kalau tak faham, pergi lah tengok sendiri.
Best layan drama ni cuma penat
lah bila masing-masing takut nak bagitahu perkara sebenar sedangkan drama ni
lagi cantik kalau panjangkan scene macam mana Ilaina boleh tahu Zayn sebenarnya
yang mesej dia selama ni dan bukan Mika atau panjangkan scene Mika dan Arissa.
Seriously, Arissa antara karakter yang kesian selain Makda/Tokwan dalam drama
ni. Banyak diorang terpaksa berkorban tapi kebahagiaan tu tak secantik karakter
lain. I just skip scene Puan Suraya sebab annoying sangat lah but yeah I do
applause Ogy’s acting. Dia berjaya hidupkan karakter Puan Suraya tu but sweet
jugak scene Puan Suraya dengan Encik Ismail ni tapi tak banyak.
Selain jalan cerita dan lakonan,
antara yang best nak tengok dalam drama RHP ni ialah scenery dekat Australia
sebab cantik sangat shot diorang ambil tu nak pulak dekat kawasan tapak
perkhemahan diorang. Apart from that, drama ni ada banyak lagu Hindustan tapi
dekat episode-episod akhir je dia boleh lambak segala lagu hits SRK. Kan best
kalau dari awal masukkan lagu Hindustan, sambil layan drama sambil layan angau
ala Bollywood.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +0.5, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10
Nani tengok jugak daram ni, banyak nau lagu hindustan time episod akhir tu. Hahaha! Cuma ending dia tak pus hati sikit sebab tak tahu apa jadi dekat ari dengan anak dia tu.
tengok juga episode mula-mula tu bila orang cakap cite ni macam movie Mujse Dosti Karage tapi watak Ogy dalam ni serius annoying itu yg malas nak tengok.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Selalu tengok short scene tengok dekat ig je sebab rumah tak pasang astro. Nak layan secara haram tak tercari pulak hehe
ReplyDeletex ikut sangat drama ni, tgk sikit2 je, sbb rasa mcm serabut je hehe
ReplyDeletehahaaa tu lah pasal, tambah plakon2 baru, mmg kureng power lakonannya
DeleteNani tengok jugak daram ni, banyak nau lagu hindustan time episod akhir tu. Hahaha! Cuma ending dia tak pus hati sikit sebab tak tahu apa jadi dekat ari dengan anak dia tu.
ReplyDeletetengok juga episode mula-mula tu bila orang cakap cite ni macam movie Mujse Dosti Karage tapi watak Ogy dalam ni serius annoying itu yg malas nak tengok.
ReplyDeleteTak tengok sebab takde astro kat rumah :D
ReplyDeletemcm menarik cerita ni :)
ReplyDeleteaida folo citer ni, farhana.
ReplyDeletejust ending nyer mcm x brape ok pada aida.
hanging!!!
pelakon semua best.
Nanti nak cari citer ni kat youtube ler
ReplyDeletetapi tergantung hahaha sedih betul. sha follow tiap hari kot cerita ni
ReplyDeleteMemang sakit hati tengok part puan suraya tu.. kikiki.. ending dia pun geram juga.. tersuka pula tengok lakonan uqasha..
ReplyDelete