Cast : Dylan Minnette, Katherine Langford, Kate Walsh, Christian Navarro, Alisha Boe, Brandon Flynn, Justin, Prentice, Miles Heizer, Ross Butler, Devin Druid, Amy Hargreaves, Derek Luke, Kate Walsh, Brian d'Arcy James, Bryce Cass, Sosie Bacon
Genre : Teen Drama/Mystery
Running Episodes : 13 episodes
Release Date : 18 May 2018
Production Company : July Moon Productions, Kicked to the Curb Productions, Anonymous Content, Paramount Television
Distributor : Netflix
Trailer:
5 bulan lepas kejadian tragis Hannah Baker dalam Season 1, Mrs Olivia Baker (Kate Walsh) ibu kepada Hannah membawa isu ni ke mahkamah dengan menyaman Liberty High kerana gagal membantu Hannah dalam masa yang sama gagal memberikan persekitaran sekolah yang selamat.
Semua nama yang ada dalam kaset rakaman Hannah sebelum mati diminta hadir ke mahkamah untuk trial session kecuali Alex yang baru sedar dari koma selepas menembak dirinya sendiri kerana rasa bersalah yang amat sangat kepada Hannah. Disebabkan kejadian tu, tempurung kepala Alex berlubang dan menyebabkan amnesia sementara dan saraf terganggu di kaki dan tangan. Dia berusaha untuk pulih dengan bantuan dari keluarga dan Zach Dempsey (Ross Butler).
Sementara tu, Clay Jensen (Dylan Minnette) cuba untuk keluar dari kepompong kenangan dia bersama Hannah dengan cara bercinta dengan Skye (Sosie Bacon), rakan baiknya sejak kecil. Walau banyak mana dan sekuat mana Clay cuba untuk lupakan Hannah, makin kuat juga ingatan kepada Hannah datang dan lebih teruk lagi bila dia mula nampak roh Hannah, (Katherine Langford) tapi dia rahsiakan dari pengetahuan sesiapa.
Tak banyak yang mampu Olivia Baker lakukan untuk menegakkan keadilan anaknya yang dibuli dan dirogol oleh Bryce Walker (Justin Prentice) kecuali jika suara di Tape No. 9 mengaku dia juga dirogol oleh Bryce. Tapi siapa je yang berani jatuhkan Bryce bila dia mempunyai pengaruh dan kuasa besar di bandar tu ditambah pula dengan serangan misteri kepada sesiapa yang dapat subpoena dari mahkamah.
Sepanjang 13 episod memang berkisar tentang perbicaraan dan beberapa scene flashback yang tak ada pun dalam Season 1 cuma scene Alex nak ingat balik apa yang berlaku malam dia bunuh diri tu je. Dalam banyak scene flashback, suka tengok scene Hannah dengan Zach bercinta sebab Zach memang layan Hannah baik sangat dan dia memang betul-betul suka dengan Hannah. Sama juga macam Justin cuma mereka berdua ni takut dengan Bryce. Its sad to watch their relationsip ended just like that.
Ada juga scene that I loved, such as Justin (Brandon Flynn) menumpang di rumah Clay lepas lari dari rumah ibunya di Oakland. Justin memang serasi dengan keluarga Jensen sampai parents Clay banyak spend masa dengan Justin since Clay lebih suka keluar dari rumah dan cari cara untuk jatuhkan Bryce. Happy tengok scene tu sebab Justin tak pernah merasa kasih sayang family sejak kecil lagi so bila dia bonding dengan keluarga Jensen, terasa kasih sayang tu.
Dalam Season 2 ni lagi emosi dari Season 1 sebab director tunjukkan perspektif ibu bapa, macam mana parents kena handle masalah anak-anak supaya tak rosak ataupun dibuli di sekolah dan dalam masa yang sama handle masalah kerja dan masalah peribadi. Tak kira bagus macam mana pun, masih akan ada gap antara parents dengan anak-anak.
Memang enjoy throughout the series cuma tak suka episod 13 bila keputusan mahkamah keluar walaupun dua kali perbicaraan diadakan. Ending pun tak berapa kena sangat dengan situasi, dia macam nak create chaos tapi nampak merapu. Mungkin director simpan untuk Season 3 sebab ada watak penting yang tiba-tiba hilang macam tu je. Harap yang ke3 nanti digarap cantik dan bukan tergesa semata since viewers rating cantik.
Sama macam Season 1, 13 Reasons Why menekankan mesej kemurungan dan beberapa masalah sosial di kalangan remaja. Netflix juga keluarkan amaran untuk pengawasan ketika menonton untuk beberapa scene yang agak wild and yupp untuk yang depress tak digalakkan menonton since it could triggered the emotions.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
I never had the time to watch all the seasons. *cried
ReplyDeleteda season 2 da yang season 1 tngk sparuh ja.. rasa x kena dengan minat hehe.. tapi lagu dia cheq suka ^^
ReplyDeletekalau laa sy punya ms nk tonton cerita sebegini....
ReplyDeleteSelain neflix boleh tengok kat mana?
ReplyDelete123movies pun ada
DeleteKena langgan Netflix nampaknya...
ReplyDeleteJalan cerita macam best walaupun ending ia camtu. Menarik juga. Memang nak tengok
ReplyDeletemcm menarik cerita ni :)
ReplyDelete