Penulis : Dayang Noor
Penerbit : Buku FIXI
Helaian : 310 mukasurat/ 61 bab
Genre : Thriller/Misteri
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama –
September 2013
Cetakan Kedua – April 2014
Cetakan Ketiga – Februari 2015
Harga : RM 19.90
Sinopsis :
Review :
Novel karya Dayang Noor ni boleh
dikategorikan sebagai fav book sebab gaya penceritaan yang santai dan senang
difahami walaupun misteri tak rasa berat tapi sentiasa rasa ingin tahu apa
rahsia setiap karakter yang tersimpan rapi sehingga penghujung cerita.
Ada juga rahsia yang tersingkap
di awal cerita tapi tak sekuat rahsia besar di hujung cerita. Novel ni ada 61
bab tapi ada 4 karakter utama yang diceritakan melalui bab masing-masing
Karakter 1 – Aku, Janda Berhias
Karakter 2 – Aku, Datin Saedah
Karakter 3 – Aku, Kupu-Kupu Malam
Karakter 4 – Aku, Mimpi Burukmu
Karakter 5 – Aku, Juan
Setiap karakter berkait antara
satu sama lain walaupun datang dari pelbagai latar belakang dan gaya hidup
kecuali Datin Saedah dan Janda Berhias sebab anak-beranak. Ada misteri yang
boleh diteka tapi macam tajuk buku ni jugak, samar-samar. Walaupun banyak hint
yang dia tonjolkan dalam penulisan tapi penulis bijak sembunyikan kata kunci
misteri tu.
Bahagian awal memang rasa santai
je baca walaupun ada beberapa konspirasi dan misteri tapi bila masuk bahagian
kedua, banyak terkejut je dengan rahsia masing-masing. Nak berhenti pun susah
sebab rasa nak tahu apa jadi lepas tu memang kuat sangat tapi lambat juga nak
habiskan novel ni sebab tak jumpa masa yang sesuai untuk baca bila busy dengan
kerja.
Antara salah satu sebab suka
dengan jalan cerita Samar ni ialah sebab watak yang ada tak ramai sangat so
bila terbiar lama, bila sambung balik tak susah pun untuk recall balik setiap
watak dan kisahnya. Lagi satu setiap watak ada dua perspektif untuk dinilai. Ada
sebab kenapa dan mengapa dia bertindak sedemikian, ada sebab kenapa watak tu
pilih jalan sebegitu. Dari sudut yang mata biasa kita lihat dan menilai dengan
sudut yang hanya dia yang tahu.
Ada juga part romantik dalam
novel ni tapi kecewa jugak lah sebab semua kisah percintaan dalam novel ni tak
ada yang berakhir dengan kebahagiaan pun. Kalau tak mampu jejak di bumi yang
nyata, jangan baca novel ni, takut nanti murung pula.
Overall I have fun reading Samar
and hopefully ada sambungan sebab ada beberapa watak dan kisah yang tak puas
hati diberhentikan penceritaannya macam tu je. Lepas ni nak cari karya Dayang
Noor yang lain. Her work is awesome!
1. Author +1, 2. Accuracy +0.8, 3. Writing Style +1, 4.Plot
+1, 5. Character +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social
Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10
Dh kurang membaca buku skrg ni, baca epon lebih byk 😁😁 btw, jom join my bloglist segmen
ReplyDeleteMenarik ni... Nanti nak beli laa
ReplyDeleteSekarang pun tengah semangat baca novel thriller/seram. =)
ReplyDeleteSempat ye Pana membaca walaupun dok sibuk blogging. Acaner buat tu?
ReplyDeleteBaca masa tunggu bas datang, masa lunch, masa take 5 dekat tempat kerja hihi
DeleteYeah.. Kak Sha pun dah baca novel ini memang menarik misteri tu.. sesuai dengan tajuk dia Samar..
ReplyDeleteRasa macam nak membaca balik pula. Lama juga dah tinggal novel2 ni. Tengok review disini bagus sangat sebab boleh kenal penulis yg best.
ReplyDelete