June is already over! Raya pun tinggal berapa kerat je lagi, sekarang ni musim open house so every weekend memang susah lah nak hadap blog. Kalau blogwalking nak cecah 50 blog pun susah sikit tak macam sebelum ni.
Kalau ikutkan entri
Blog Performance May 2018, ada some challenge yang diwujudkan. Let's see mencapai atau tak target tu.
1) PV
Bulan lepas dah target nak cecah all time PV sebanyak 82k tapi terlebih dari goal sebenar, sekarang dah cecah 93k dah yeayyy! Tak sabar nak tunggu 100k pulak. Goal kedua, nak cecah 20k sebulan pun dah tercapai jugak, another yeayyy! Goal ketiga nak cecah 500 PV sehari pun dah mencapai jugak yeayyy full blast! Berharap jugak sebenarnya nak cecah 1000 sehari tapi habis kuat pun 975 je sehari. Mungkin bulan ni, siapa tahu kan?
2) Post
Bulan Jun memang jauh beza dengan bulan Mei, lirik lagu Sumandak Sabah tu memang penyumbang besar PV walaupun Kaamatan dah lama habis. Drama Review Nur dan Telemovie Review : Bini Aku Dari.... baru je update tapi carian memang naik meroket. Walaupun tak tinggi sangat macam blogger lain tapi bahagia jugak lah mata ni tengok. Tak sangka sebenarnya ramai yang baca Artikel Masuk Dalam Crunch tu sampai masuk Popular Post, mungkin ramai cari untuk buat rujukan. Well, hope it helps :)
My goal for Popular Post to exceed 1k PV already achieve, yeayyyy! Kalau sebelum ni, Drama Review : Gantung yang sentiasa jadi tumpuan tapi Lirik Lagu Sumandak Sabah dah meroket jauh. Its great to watch there's 5 post on MR/DR/TR in Popular Post since that's my blog's niche. Tapi hampa jugak lah sebab tak ada langsung movie Hindustan walaupun tu sebenarnya objektif asal.
3) Keywords
Berbeza dengan bulan Mei, carian memang penuh dengan lirik lagu Sumandak Sabah dan lirik lagu Tak Pernah Hilang penangan drama NUR bulan puasa haritu. Carian yandex.ru tu paling pelik sekali sampai pernah satu hari penuh dengan carian dia je. Entah apa yang relate entah. Not sure when tapi suka tengok keywords berbeza macam ni, nampak lah variasi tu sikit. Happy nampak apa kita tulis mencapai carian orang.
4) Bilangan Entri
Walaupun bulan Mei dah mampu cecah target tapi bulan Jun jatuh balik sebab kadang tu mood hilang so nak cecah 2 entri satu hari memang malas kemain padahal banyak je benda boleh update. Julai ni kena naikkan balik lah. Target bulan ni 3 entri sehari. Walaupun nampak macam mustahil tapi tak cuba mana nak tahu keputusannya ye dak?
5) Ranking Alexa
Ranking Alexa adalah punca kebahagiaan bulan Jun sebab jauh beza dengan bulan Mei. Dari 31k menaik sampai 13k. Tapi goal untuk hilangkan sejuta dekat ranking global tu tak mencapai lagi but still sama macam before this, jumlah makin mengecil. Target Julai nak ranking Malaysia maintain belas ribu ataupun turun kepada 4 angka.
6) Audience
Audience bulan Jun memang gempak sikit untuk negara sendiri sebab penangan Drama NUR, Sumandak Sabah dengan Bini Aku Dari... kot. Jauh beza 3k naik sampai 11k. US tak banyak beza tapi maintain no 2. Indonesia pun nampak peningkatan berbeza, dari 561 naik sampai 1569 walaupun bulan ni tak ada langsung movie review untuk movie Indonesia. Target nak banyakkan review movie Indonesia tak lepas lagi sebab tak jumpa sumber.
Done for June's performance! Happy sangat dengan pencapaian blog ni setiap hari walaupun tak mencapai beberapa goal tapi kebanyakannya dah boleh crossed out! Selain dari pencapaian blog, tengah menunggu buah mulberry masak dekat pokok juga ni lepas setahun lebih tanam. Macam tak relate je kan sembang, tapi sebenarnya nak tambahkan carian under bercucuk tanam pula lepasni. Cuma nak kena belajar lagi ilmu bertani ni sampai puas hati.
Till then, have a nice day readers :)
wah.. tahniah dear. good performance. teruskan berblogging <3
ReplyDeletePeningkatan biarpun kecil dan sedikit itu menjadi motivasi..manakala penurunan itu peringatan agar terus bangkit mengusahakan.
ReplyDeleteWow awesome lahhh
ReplyDeletecongrats, ok dah tu, sikit2 lama2 jadi bukit... all the best for the next goal.. :)
ReplyDeletewow.tahniah..:)
ReplyDeletewah full report terus. airah pun baru nak step up game blog ni haaa. sebelum ni macam tak kisah je lantak sana pv berapa uv berapa ranking berapa. sekarang baru nak cari semua info dan tips hihi
ReplyDeleteJika nak dapat lebih banyak pengunjung ke blog, mestilah pandai sikit dalam SEO. Pilihan keyword amat penting supaya dapat rank dan trafik akan naik juga.
ReplyDeleteTahniah. Semua dah lepas target. Teruskan
ReplyDeletetahniah...tahniah....terus update yer
ReplyDeleteterbaek.. tahniah:)
ReplyDeletegood job. rajin buat review. i loike.
ReplyDeletetahniah, good job !
ReplyDeleteblog awak masih terbaik...
ReplyDeletejangan risau..
jika dibuat perbandingan ...
sudah pasti blog saya tercorot jadinya
Tahniah sis. Tbaik lah. Keep it up!
ReplyDeletetahniah...and good luck!
ReplyDeletewaaa... ! hebat dah tu. mek pun alhmdulillah untuk mei, trcapai semua yang mek aim. nnt nk buat data base pulak untuk yg ni.
ReplyDeletetahniah =)
ReplyDeleteTahniah! keep it up.
ReplyDeleteKalau rajin mesti hasilnya lebat ;-)
tahniah! teruskan berblog ya!
ReplyDeletebanyakkan review drama melayu sebab i malas nak tengok tv so boleh baca je review awak..hihi
ReplyDeletetahniah, dik :)
ReplyDeleteTahniah Farhana, semoga terus maju jaya...
ReplyDeletetahniah kak :) teruskan menulis blog ye.
ReplyDelete