Kebiasaannya vending machine
ataupun mesin gedegang yang wujud di Malaysia kebanyakannya mesin gedegang air
minuman berkarbonat atau berperisa. Terbaru, hijab vending machine keluaran
syarikat Querendra dan pet foods vending machine tapi di negara-negara luar,
kegunaan vending machine lebih meluas mengikut kehendak setempat.
Mungkin negara kita perlu
perluaskan lagi kegunaan vending machine untuk beerapa kegunaan orang awam.
Here are some list :
1) Sanitary Pad Vending Machine
Period dan perempuan memang
berpisah tiada dan sesiapa yang menceburi business sanitary pads ni memang akan
sentiasa kekal lama kerana natural biology cause yang takkan pernah surut
setiap bulan. Walaupun tarikh period dah ditanda dalam calendar tapi tak boleh
nak elak kalau period datang awal ataupun lambat dari tarikh sepatutnya ataupun
lebih parah lagi bila datang seperti tsunami sampai stok habis.
Ada eloknya kalau sanitary pads
vending machine ni ada disediakan pilihan seluar dalam sekali sebab kalau bocor
memang menangis jugak lah nak cari stok seluar dalam ekstra.
2) Recycle Vending Machine
Di India, Canada, Iceland wujud mesin layan
diri untuk mengitar semula botol minuman plastik, botol kaca ataupun tin aluminium supaya jumlah sampah dapat
dikurangkan dan dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran orang awam tentang
kebersihan alam sekitar. Ada beberapa pilihan semasa mengitar semula sama ada
untuk memberi derma ataupun mendapat bayaran sebagai ganti mengitar semula
botol plastik.
3) Food Vending Machine
Seramai 99% pelajar ataupun
wanita mengalami masalah cravings di tengah malam. Di Jepun terdapat banyak vending
machine yang mempunyai makanan seperti sushi, ramen, buah-buahan, sup ikan,
burger dan banyak lagi. Di Texas, ada pie vending machine, Russia ada French fries
vending machine, California dengan cupcake vending machine dan Itali dengan
pizza vending machine. Tak ada masalah dah kalau sebelum tidur tiba-tiba lapar
tapi 7E jauh kemain.
4) Toiletries Vending Machine
Bila excited pergi bercuti akan
timbul satu masalah bila terlupa bawa barang mandi ataupun malas untuk pack
sekali barang mandian, lagi renyah bila terpaksa pack dalam travel kit. Mudah
bila ada toiletries vending machine di kawasan pelancongan. Walaupun ada hotel
yang sediakan kemudahan ni tapi ada juga hotel yang bagi tak ikhlas. Actually toiletries vending machine ni dah wujud di beberapa terminal lapangan terbang.
5) Medical Vending Machine
Salah satu mesin layan diri yang
makin popular di India dan Amerika ialah medical vending machine di mana mesin
layan diri mempunyai beberapa jenis ubat dan peralatan medikal untuk membantu
pesakit yang memerlukan tanpa perlu menapak ke hospital dan menambah kesesakan
di ruang menunggu walhal cuma kehabisan stok painkiller, Panadol, ubat batuk
ataupun asthma inhaler.
Banyak lagi mesin layan diri yang wujud di serata dunia untuk kemudahan orang awam yang memerlukan beberapa jenis barang selepas habis waktu berniaga. Inisiatif mesin layan diri lagi efektif berbanding kedai 24 jam untuk mengelakkan kecurian dan mengurangkan kos pekerja.
nice info :)
ReplyDeletekat msia ni masih jual air vending machine je..belum pernah tengok yg mcm2 vending machine lagi.hope boleh buat mcm negara luar..lagi2 japan tu kan
ReplyDeleteAritue akak ada nampak dekat Kipmall Kota Warisan Sepang, ada vending machine yang jual makanan kucing.. Tapi vending machine nie memang patut dipelbagaikan untuk waktu-waktu kecemasan...
ReplyDeleteFood vending machine tu Nani pernah nampak dekat LRT Subang kalau tak silap. Heheh. Dia orang letak nasi dengan sejenis lauk, balik kena panaskan aje. Heheh :)
ReplyDeletebest kalau ada mesin camni :)
ReplyDeletepad vending machine tu sangat ok untuk buat di malaysia. hehe bukan apa, kot-kot ada yang lebih memerlukan kan..
ReplyDeleteKat Malaysia belum ada banyak lagi jenis gedegang macam ni.. bestnya kalau ada bebanyaks gedegang jenis2 ni :D
ReplyDeletebestnya kalau mesin gedegang ni dipelbagaikan, dan perlu diperbanyakkan jugak haha
ReplyDeletemacam -macam ada sekarang ini..
ReplyDeleteharap selepas imi ada Vending machine untuk handphone pulak ..
hahahaha
harap2 di malaysia kembali banyak. skrg ni makin sikit vending machine ni di sekolah atau hospital. mungkin sbb vandalisme kot?
ReplyDeletekegunaan vending machine kat malaysia tak meluas sangat, yg banyak jumpa pun air gedengang je. kalau ada banyak pilihan macam kat jepun memang best.
ReplyDeleteMemang best kalau ada ni
ReplyDeletekat jepun banyak gila vending machine macam ni,kat malaysia mostly smua utk air je. yg recycle vending machine tu best gak
ReplyDeleteKat sini dulu ada mall tu dia letak vending machine tuk pad, pantyliner dan condom kat tepi toilet. Tp mall tu dh bankrup n ttp, tak pernah tgk lagi selain mesin yg mostly air minuman
ReplyDeleteserious syok kalau ada haha
ReplyDeletePaling suka dan harap sangat ada ialah Recycle Vending Machine.. senang nak kitar semula..
ReplyDeleteGreat – I should certainly say I’m impressed with your site. I had no trouble navigating through all tabs as well as related info. The site ended up being truly simple to access. Great job. merchandise vending machine
ReplyDelete"Snack time, made easy." frozen vending machines for sale
ReplyDelete