5 Artis Wanita Bollywood Berperangai Buruk

Thursday, 26 July 2018


Kita selalu tertipu dengan perilaku selebriti di depan kamera, hakikatnya tak semua yang kita nampak di skrin tu benar. Salah satunya perangai diva sesetengah selebriti bila berjauhan dari lensa kamera. Masa promosi movie kemain nampak baik sebab taknak movie hambar di panggung tapi tak selamanya boleh berlakon kan?

Check lah list ni, mana tahu ada selebriti pojaan hati ada tersenarai boleh la kita berhuhuhu bersama.

1) Twinkle Khanna

Image result for twinkle khanna vogue

Twinkle terkenal dengan perangai kedekut dan agak famous di Btown tentang perangainya yang satu ni. Dia pernah pergi ke café untuk hi-tea kemudian bila waiter datang tunjukkan bil, dia melenting sebab dia rasa dia tak perlu bayar pun untuk kek yang dia makan bila paparazzi sentiasa ada untuk inform fans aktiviti dia. Secara tak langsung dia dah tolong promote café tu.

Pernah juga anak dia berlari masuk dalam toy store untuk cari bubble maker gun kemudian tunjukkan pada dia untuk belikan. Twinkle melenting dengan staff di situ sebab tunjukkan mainan tersebut pada anaknya padahal anak dia yang cari sendiri. Tak puas hati dengan staff tersebut, Twinkle marah anak dia ‘Do you know how hard it is to get money?!’. Padahal tak susah mana pun sebagai selebriti kaya duit sendiri dan duit parents nak dapat duit.

2) Katrina Kaif

Image result for katrina kaif arrogant

Dilahirkan dengan rupa paras yang cantik membuatkan Katrina habiskan sejumlah duit yang agak besar untuk menjaga setiap inci tubuhnya. Kejadian berlaku di mana Katrina tertidur dan stewardess kejutkan dia untuk ketatkan seatbelt sebelum landing. Tepuk bahu, tak bangun. Tepuk di siku, tiba-tiba Kat melenting ‘Did you know how expensive my skin? Don’t you dare to touch it!’.

Stewardess tu agak bertuah sebab dapat sentuh kulit mahal Katrina, dan juga dengar suara dia offscreen sebab stewardess lain perlu berhubung dengan manager Katrina untuk tanya apa miuman atau makanan dia nak walaupun jarak cuma beberapa inci je.

Lagi satu insiden bila peminat cilik Katrina tunggu di luar gym selama beberapa jam untuk selfie dengan Katrina. Bila dapat peluang untuk bergambar bersama, Kat simply said ‘No!’ kemudian keluar dari gym dengan rakannya. Selfie je kot.

Bukan setakat peminat je tapi dengan yang pernah berkerja dengan Kat pun terseksa dengan perangai dia. Masa dekat set Baar Baar Dekho, ada 56 orang penari yang kerja sehingga lewat malam untuk pastikan scene Katrina cantik. Sementara menunggu Kat selesai shooting, semua penari berehat di satu sudut yang terlindung. Tiba-tiba ada yang datang menegur dan sampaikan pesan supaya berdiri sebab Katrina tak boleh focus tengok orang lain berehat sedangkan dia berkerja. Belum hilang penat berkerja sehingga lewat malam, terpaksa berdiri berjam lamanya supaya perasaan Kat terjaga.

Pernah juga semua crew yang terlibat dalam movie tu terpaksa berkerja keras dapatkan perfect shot Katrina nampak cantik bila bangun dari tidur. Asalnya sinaran matahari dari tingkap menyinari muka Katrina tapi disebabkan dia silau dan muka dia nampak tak cantik, dia suruh pengarah dan semua crew buat sinaran matahari keluar dari dinding.

3) Kajol Devgn

Image result for kajol rude

Terkenal dengan mulut lancangnya dan beberapa siri mengutuk selebriti lain, Kajol antara muka yang malas wartawan nak interview. Thank God dia dah jarang berlakon lepas berkahwin dengan Ajay Devgn. Pernah ada peminat berumur 8 tahun yang ambil gambar Kajol sebab excited jumpa dengan selebriti pujaan tapi Kajol melenting dan ambil kamera kemudian campak ke lantai sampai hancur. Kajol rosakkan sekali negatif supaya gambar rosak.

Pernah juga ada fans tunggu dia habis shooting untuk minta autograph tapi Kajol tak layan langsung peminat yang datang untuk dia. Bukan setakat tak layan, pengawal yang pergi minta autograph untuk peminat dekat Kajol pun kena tengking siap baling pen ke muka lagi sebab berani datang kacau waktu dia berehat.

Masa promosi movie Tamil, mood Kajol hilang entah kenapa. Dia layan fans pun kasar tapi bila dia tahu salah seorang peminat dia tu VIP, terus elok mood dia. Heh

4) Jaya Bachchan

Image result for jaya bachchan angry

Isteri kepada pelakon megastar Bollywood, Big B terkenal dengan panas barannya dan mood swing. Pernah dia berjalan dengan Aishwarya kemudian datang seorang wartawan bertanya soalan, ‘Aish…’ tiba-tiba kena jerkah dengan Jaya ‘Why did you call her Aish? Is she your friend or something?’ Padahal nama mesra Aishwarya ialah Aish di India. Banyak lagi video Jaya Bachchan bad mood di event walaupun Big B dah cuba cover tapi takkan dapat cover muka tak puas hati Jaya.

Bukan orang luar je rasa rimas dengan perangai Jaya, even Aishwarya pun tak suka bila dia meroyan dekat set geram dengan beberapa staff yang buat kerja tak betul dan buat dia stress sampai terkeluar ayat mertua dia merimaskan di rumah.

Banyak kali juga Jaya mengamuk untuk hal kecil seperti peminatnya datang untuk bergambar tapi dimaki oleh Jaya. She even called him stupid. Tengah berucap pun dia boleh melenting bila peminat ambil gambar padahal tu perkara biasa. Bersyukur lah orang masih minat dia walaupun movie dia kebanyakannya suam kuku je. 

5) Anushka Sharma

Related image


Mungkin murung dengan trolls yang dia terima sebab pembedahan bibir yang gagal, dia lepaskan marah kepada orang lain. Anushka pergi ke butik untuk beli dress sebagai hadiah kepada kawan tapi dress yang dia pilih dah habis stok. Disebabkan geram, dia melenting suruh panggil manager dan minta semua staff ambil dress yang dia nak. 

Walaupun ramai yang pujuk Anushka untuk beli dress yang ada di store masa tu, Anushka tetap berkeras ingin dress yang dia pilih awalnya. Balik lambat semua orang sebab nak layan kerenah Anushka. Tak cukup dengan tu, staff yang layan dia kena buang kerja dan gaji sebulan dipotong sebab gagal puaskan hati dia

Wedding Anushka antara yang meriah di Btown dan ramai juga yang terima hadiah dari Anushka sebagai warm gesture menjemput ke majlis resepsi. Hadiah yang dia bagi agak grand tapi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis resepsinya, cuma dapat chocolate bar sebagai hadiah.


Ada lagi beberapa actress yang tak ada dalam list ni but next time lah since this one already longer than it should be. Ciao!

16 comments

  1. serous ae? sumber dapat dari mana ni..Kajol macam tu rupanya perangai..tengok dekat tv macam kepala gil-gila kelakar...

    ReplyDelete
  2. serius lah mcm ni rupanya? wow.. kebanyakan pelakon hanya 'berlakon' baik di hadapan kamera.. di belakang, sifat sejak azali sentiasa ada ..

    ReplyDelete
  3. diva nya prangai semua hahaha.. tak tengok movie depa kang =P

    ReplyDelete
  4. memang diva habis la pelakon bollywood ni

    ReplyDelete
  5. x payah layan la pelakon panas baran mcm ni. pulaukan mrka terus!

    ReplyDelete
  6. Serious.. Terus tak berapa nak minat dah.. huhuhu.. Tapi memang tak minat sangat pun.. Minat gitu-gitu je.. kikiki..

    ReplyDelete
  7. Luckily Hana tak pernah terminat mereka tanpa sengaja hehe kalau tak mesti patah hati kaw-kaw punya! :3

    ReplyDelete
  8. Perangai diva, sebab rasa diri diva la agaknya diorang ni, hehe.

    ReplyDelete
  9. Hahahahah..best pulak baca pasal artis B ni. Macam-macam pe'el rupanya diorang ni..

    ReplyDelete
  10. Diva giler. Xde peminat dorang tu nobody pun. Macam2 perangai haa.

    ReplyDelete
  11. Ooo macam tu yer watak sebenar dorang ni

    ReplyDelete
  12. Amboi amboi amboi over Katrina Kaif tu 'how expensive my skin?'

    ReplyDelete
  13. Hahaha aiyooo speechless betui la. dh la banyak actress yang ika suka ni haha

    ReplyDelete
  14. bila dah terkenal..macam-mcam ragamlah.Peminat ni lah jugak yang mengangkat pelakon ni semua ..

    ReplyDelete
  15. wahh diva sungguh diorang ni, depan kamera je nampak mcm peramah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.