Dalam entri sebelum ni tentang pokok tomato,
Pokok Tomato Dah Berbuah ada yang minta tips tanam pokok tomato dekat rumah since tak ramai yang berjaya tanam sampai berbuah.
Tbh, my tomatoes pun tak berbuah banyak sangat dan besar sebab pokok dia berbatang halus je. Macam dalam entri sebelum ni pun tak terjaga sangat pokok tomato sebab guna pasu leper so this time guna yang lebih dalam lagi. Entri ni requested by Sis Zarini Ismail sebab dua kali tanam tak jadi. Harap dapat membantu akak ataupun mana-mana beginner yang tak ada bajet banyak.
Bahan-bahan Diperlukan
- Buah tomato
- Tanah
- Pasu
- Baja
- Air
Cara Penanaman
Cara penanaman tetap sama, ambil buah tomato yang dah nak masak atau rosak tu, potong dua kemudian letak je atas tanah dalam pasu. Ni cara malas, kalau yang rajin pula asingkan benih dengan isi kemudian letakkan atas tisu supaya benih tu kering kemudian taburkan dalam pasu.
I choose that lazy method sebab nak biarkan isi tomato tu decomposed since nak buang sayang, nak makan dah tak lalu sebab isi dah masam so kita biar dia mereput sendiri. Lagipun bila benih dah bercambah, tak payah dah banyak step nak pindah sana sini. Biar dia mereput dalam masa seminggu, nanti dia akan naik sendiri.
Dalam semua benih dekat buah tomato tu tak semua yang akan naik sebab ada yang akan mati juga. Tapi yang naik dalam 10 pokok, kira banyak lah tu kan? Gambar bawah ni pokok dah bercampur sana sini sebab pasu semaian je tu, dah besar baru pindah pasu lain.
Untuk tanah, I used tanah yang beli dekat kedai je sebab rumah apartmen takde tanah. Kalau rumah memang ada tanah boleh terus tanam tapi better asingkan dulu dalam pasu atau polibeg sebab tanah bumi biasanya dah banyak bendasing dan hidupan mikro so benih tak mampu nak survive. Baja pula beli baja lada hitam dekat pasar tani. Baja A & B pun sama dari pasar tani.
Tanah untuk pokok tomato kena sentiasa lembab tapi pencahayaan tinggi. Kalau musim panas, elok siram dua kali sehari supaya kelembapan tanah terjaga tapi musim hujan tu jaga-jaga lah jangan bagi tanah berendam air sebab batang dia mudah rosak.
Kalau bab pokok tomato ni memang tak jaga sangat, biar je dulu dia membesar lepastu ikat batang dekat kayu panjang supaya dia tak menjalar merepek ikut suka hati dia. Tapi bulan puasa haritu kelam kabut nak balik kampung sampai lupa nak ikat dia, so dah tak mampu nak selamatkan dah. Perati je la gaya merepek dia. Nak cantas pun tak boleh sebab dah berbunga banyak.
Lagi 3 pokok tomato kena jaga betul lah lepas ni supaya tak merepek macam pokok di atas. Selain baja, guna kulit telur yang dah dicuci bersih dan kering untuk ditaburkan atas tanah area pokok tomato supaya dapat neutralkan tanah dan elakkan serangan siput.
Ni je simple tips yang boleh kongsi untuk penanaman pokok tomato cara anak dara malas tapi berjaya makan hasil. Good luck untuk yang nak try tanam :)
Tbaik! Pasni if nak mkn, ambik trus dari pokok dia, fresh! 😄
ReplyDeleteMenarik, boleh cuba nanti. POkok kat rumah ni banyak rosak angkara siput babi. huhu
ReplyDeletemacam senang je nak tanam tomato ni..hihi
ReplyDeletesenang je lepas ni.. jimat. tak payah beli di pasar.
ReplyDeletehttps://aerillhassan.blogspot.com
Yey! Thanks Farhana! Masa baca tajuk ni terus kata 'oh ni bagus ni, nak kena baca ni'. Sekali rupanya awak buat entry sebab akak request aritu. Terima kasih bebanyak. Sayang Anna ketat2 :*
ReplyDeleteWah dah berbuah pokok tomato Farhanna..
ReplyDeleteSis ada juga tanam pokok tomato tapi tak menjadi, hampa sangat :(
Wah, dah macam Cameron Highlands dah ni. :D
ReplyDeletewahhh indahnya tanaman di rumah ni...nampak segar je mata ni melihat
ReplyDeleterajinnya sis. anjung rumah shu memang nampak simen saja, malas nya hai nak menanam. hehehe selamat hari raya
ReplyDeleteBestnya menjulur2 tepi tingkap.
ReplyDeleteView pun cantik menghijau2.
Wah senangnya. Rasa mahu p menanam tomato sekarang juga. Tq atas perkongsian ya.
ReplyDeletesalam singgah sini, rajinnya menanam.. malas2 pun ada hasil jugak hii..
ReplyDeleteSekali pandang macam pokok ceri pulak ya.. hehe thank you for the tips kak FJ!!! ^^
ReplyDeletedulu pernah jugak try tanam cili,tak jadi sebab lupa siram..huhuu..maseh untuk tips tu ya :D
ReplyDeleteBgusnya dik..akak selalu xda luck dengan pokok tomato..pokok lain ok ja..pokok tomato..aduhaiii cepat nau kiok nya
ReplyDeleteLaa simple sangat ingatkan susah 😅
ReplyDeleteAduh, Farhana... Memang terliur la tomato awak tue, tapi akak memang takleh tanam disebabkan tangan akak panas untuk semua tanaman..
ReplyDeleteberbudi kpd tanah pasti akan dpt hasilnya...
ReplyDeleteterbaek.. boleh cuba nanti. hehe
ReplyDeleteboleh cuba ni lps pindah rumah nnt ;-)
ReplyDeleteBestnya tanam pokok lepas tu ada hasil ni. I pernah nak try tanam sayur but tak tumbuh-tumbuh so malas dah nak try. Hahaha.
ReplyDeletewah mudah aje caranya.. mama siap beli biji benih lagi hihi
ReplyDeletedalam posting FB tempohari saya ada terbaca petua untuk suburkan tanaman..
ReplyDeleteguna telur dan satu lagi bahan..saya lupa la pulak..
Tips kulit telur tu macam best.. Bolehlah nak cuba nanti..
ReplyDeletetq for sharing farhana.
ReplyDeleteteliti aida baca entry ni.
sebab, di rumah baru, aida berniat nak tanam few pokok.
limau kasturi, cili padi, bendi, terung, daun kesum, pokok pandan, serai... now baru terfikir kan tomato.
wahh rajinnya akak tanam pokok tomato!
ReplyDeleteAssalamualaikum, baja pokok waktu bila nk letak ye?
ReplyDeleteselalunya letak bila pokok dia dah naik tinggi. Masa dalam semaian tu letak kulit telur
DeleteUsaha yg bgs...Kene baja br nmpk pokok tomato sihat.cz tanam dlm pasu.
ReplyDeleteIt is very convenient to grow tomatoes in your house. You can be sure that they are okay and were grown without using any pesticides.
ReplyDeletethanks kongsi tips tanam pokok tomato, saya sedang mencubanya.done follow you sis:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Wr Wb
ReplyDeleteAdakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.
√ Pinjaman Perniagaan Besar
√ Pinjaman Perniagaan Kecil
√ Pinjaman Rumah Baru
√ Pinjaman kereta
√ Pinjaman Ladang Besar atau kecil
√ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek
√ Memulakan pinjaman perniagaan
√ Koperasi Pinjaman
√ Pinjaman untuk Projek sedia ada
Mengapa anda perlu memilih kami.
+ Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah
+ Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.
+ Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.
+ Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.
+ Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,
Maklumat anda selamat dengan kami.
Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.
Hubungi kami dengan:
Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
WA: +1 (469) 464-5833 (Chat Only)
WA: +1 (806) 395-2203 (Chat Only)
atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.
Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com
Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.
awak guna baja jenis apa ?saya ada try tanam Tomato ceri..naik la pokok..tak pernah berbunga pun..
ReplyDeletetapi pokok menjalar segar..bunga takde ...
Baja A&B. Awak boleh beli dekat pasar tani. Dekat nursery tak pasti la ada ke tak. Selalunya dia keluar daun banyak pastu baru berbunga.
Delete