Rezeki Ramadhan

Tuesday, 12 June 2018

Minggu lepas dapat 2 hadiah dari rakan blogger so this is appreciation token for them since bersusah payah pilih sebagai pemenang dan pos hadiah sebelum pejabat pos tutup office.


1. Giveaway Sampul Raya Anak Denosor

Jarang menyinggah ke blog Anak Denosor yang comel ni tapi bila pergi memang bom kotak komen dia. Masa dia buat GA ni dekat insta, tak silap Kak Sha yang tag supaya join. Kebetulan syarat pun senang je, memang terus join lah. Tak sangka pulak boleh menang. Malam tu jugak terus hantar details dan pilih design sampul raya yang mana idaman hati. Sebenarnya malam tu kusut jugak nak pilih yang mana sebab banyak design yang lawa. Tapi saja ambik yang kurang berkenan di hati supaya tak berat hati nak hulur duit raya dekat orang nanti :P

2. Top Commentator Blog Kak Aida

Hah yang ni memang dah aim nak jadi Top Commentator sebab tengok Kak Sha menang hadiah Tupperware 3 beradik, so memang goal tercapai lah. Lepas ni nak bom kotak komen orang lain pulak. Tunggu je lah siapa yang kena. Terima kasih Kak Aida bagi hadiah ni. Tak sempat nak whatsapp so kita post sini je lah ea. Panjang lebar nota Kak Aida bagi, senyum je baca sebab dalam kekalutan dan kesibukan tu sempat juga curi masa pos hadiah untuk kita. 

3. Jam Raya


Hah yang ni special sikit sebab pakwe yang bagi so kitorang dah ada jam matching hihu gedik sikit. Dah lama dia pakai untuk track daily steps plus buat alarm sebab vibrate teruk masa tidur. Nak compare dulu kena call berpuluh kali baru bangun, sekarang ni dia guna wrist band ni je sebagai alarm. Nanti lah buat review sebab wrist band Xiaomi ni tengah in trend sekarang. Dekat India dah jadi produk no 1 paling ramai yang guna dah. Not sure dekat Malaysia macam mana. Anyway, yeayyyy! 

Terima kasih untuk semua hadiah ni. Tak banyak tapi bermakna. Selamat berpuasa semua :)

15 comments

  1. wahh banyaknya hadiah dapat untuk raya ni.. btw makin cantik blog :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah Farhanna..

    ReplyDelete
  3. ala...jelesnya. Nak jugak. Eh ramadhan, sucikan hati. Pasrah...hehe

    ReplyDelete
  4. banyaknya dapat hadiah. tahniah awak :D

    ReplyDelete
  5. Tahniah sis, wahh seronok dapat adiah 😁

    ReplyDelete
  6. Tahniahh kak FJ!!! ^^ semoga murah rezeki lagi dan lagi!! :3
    hehe btw jelesnya tengok gambar last tu >_< hehe

    ReplyDelete
  7. ohmaiii cantiknya jam raya tu pinky!! hahaha.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, rezeki Farhanna.. Semua hadiah best dan menarik..
    By the way, sis doakan semoga Farhanna sentiasa diluaskan pintu rezeki, aminn..

    ReplyDelete
  9. waaah ade jam matchy2 for raya gituu..

    ReplyDelete
  10. Rasanya Xiaomi dekat Malaysia pun tengah up sekarang ni.

    ReplyDelete
  11. Murah rezeki Farhana.. Jam tu comel laaa ❤❤❤

    ReplyDelete
  12. waa. paling menarik mestilah jam tuuu.. mcm best pulok mek tgk jam nii

    ReplyDelete
  13. sama-sama, farhana.
    moga farhana terus blogging ye.
    persahabatan kita pun berterusan, hingga ke jannah :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.