‘Pendidikan seks akan menggalakkan zina’
Mungkin ada yang masih baru lagi dengan terma pendidikan
seks, tiba-tiba dikejutkan dengan cadangan dari YB Syed Saddiq untuk
menggalakkan pendidikan seks di kalangan kanak-kanak dan remaja. Well actually
it isn’t new. Sebelum pergi jauh, kaji dulu definisi seks dan apa itu
pendidikan seks.
Definisi Seks
Seks mengikut Dewan Kamus Bahasa & Pustaka ialah jantina; jenis kelamin.
Dari definisi seks itu sendiri dah buang mitos mengenai teori Pendidikan Seks ialah untuk mengajar tentang cara untuk mengadakan hubungan seks selamat secara berleluasa. Jadi apa itu Pendidikan Seks?
Definisi Pendidikan Seks
Pendidikan seks mengajar tentang seksualiti manusia yang merangkumi hubungan emosi dan tanggungjawab, anatomi seksual manusia, aktiviti seksual, pembiakan seksual, umur persetujuan, hak pembiakan, kesihatan reproduktif, kawalan kelahiran dan sekatan seksual.
‘Semua ni ada dalam subjek sains di sekolah, tak cukup lagi ke?’
Jelasnya tidak kerana semua yang terlibat dengan jenayah seksual pergi ke sekolah dan belajar subjek yang sama tapi kenapa makin meningkat? Mungkin peranan Kementerian Pelajaran untuk meperkasa syllabus pelajaran. Atau mungkin peranan ibu bapa sebenarnya untuk memperkenalkan pendidikan seks di usia kanak-kanak sebab bahagian intim agak peribadi untuk dibicarakan maka parents adalah yang paling rapat dengan kanak-kanak.
Pendidikan seks bukan taboo tapi keperluan sebab semua manusia berkait dengan seks dan segala yang berkaitan dengannya. Di sekolah belum tentu tengaa pengajar akan membincangkan secara serious kerana taboo dan ada sesetengah yang akan skip topik tersebut dan letak tanggungjawab untuk pelajar baca dan hafal.
Safe sex cuma sebahagian daripada pendidikan seks dan kalau ramai yang risau dengan menggalakkan seks bebas, kena cakna juga dalam pendidikan seks ada sekatan seksual yang terikat dengan budaya dan agama.
Statistik kes pedofilia di
Malaysia yang direkodkan sejak Mac 2017 mencecah 12,025 kes di negara ni dan
jumlah tu cuma sebahagian kecil sebab masih ramai lagi ibu bapa yang tidak
berdaftar kerana malu dan ingin menjaga maruah keluarga. Kes pedofilia dan
pornografi kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia dan dua perkara ni
merupakan pelanggaran hak asasi sebagai manusia.
Jadi macam mana pendidikan seks
akan mengurangkan statistik ni? Dengan peningkatan kesedaran tentang seksualiti individu. Di Malaysia sebenarnya pendidikan seks telahpun
dicadangkan sejak era 1960-an lagi tapi dianggap terlampau terbuka kemudian
dicadangkan lagi pada tahun 2000 kerana peningkatan kes rogol secara purata
sebanyak 4 kes setiap hari. Selain kes rogol, sumbang mahram, gangguan seksual
dan sebagainya semakin meningkat. Jadi cadangan pada tahun 2018 bukan lagi
sesuatu yang mengejutkan.
Negara kita pernah membantah
kerana terlampau terbuka tapi kes seksual makin berleluasa, jadi kenapa tidak
kalau kita menerima? Di negara Eropah, penurunan statistik jenayah seksual
kerana pendidikan seks yang berkesan terutamanya di negara Itali, Jerman,
Switzerland, Sweeden, Denmark, Netherlands, Belgium dan Perancis.
Mungkin Pendidikan Seks takkan mampu membendung jenayah seksual dan masalah sosial secara total tapi penurunan statistik dari sesuatu inisiatif adalah penting. Pengetahuan tentang seksualiti mungkin dapat membantu mengelakkan dari remaja terjebak kepada kancah penderaan dan jenayah seksual.
Bagi ira sebenarnya ada pros and cons untuk bahaskan isu ni. Aihh susah susah.
ReplyDeletePenting sebenarnya.. Bukan sahaja di sekolah tapi di rumah..
ReplyDeleteMemang penting cuma metadologi nya kena sesuai sebab rata2 rakyat malaysia sensitif bab ni. Ibu bapa pun kena mainkan peranan sama.
ReplyDeleteIsu sensitif ni tapi yang pasti setiap sesuatu ada pros and cons. Cuma boleh mendoakan yang terbaik untuk anak cucu masa hadapan..
ReplyDeletebudak sekarang x sama dgn budak dulu2.. tujuan sebenar diberi pendedahan ni sebenarnya bagi mengelakkan perkara yg x sepatutnya berlaku. tapi ada jugak yang advance awal sebab dah pandai sgt tahu masa2 yg sesuai dan x sesuai. susah nak cakap pasal ni. ada baik dan ada buruk.
ReplyDeletekalau situasi sekarang sm mcm 30-40 tahun dulu, mgkn wajar diberi pendedahan sebegini tetapi dgn teknologi yg ada sekarang, keburukan (di dalamnya) itu lbh terserlah berbanding kebaikan
ReplyDeletelast sem aida buat paper berkaitan pendidikan kanak2 dan gender.
ReplyDeleteia perlu sebenarnya pendidikan ke arah gender ni, farhana.
samada menjurus ke arah seks or not, tak penting.
tapi pemahaman tentang gender is very important.