My Top Choice Dua Lipa’s Songs

Friday, 8 June 2018

Related image

Siapa yang tak kenal Dua Lipa, penyanyi cantik dari Albania yang famous dengan lagu New Rules dan IDGAF. Makin menjadi sebutan bila Dua Lipa panggil ayah dia dengan gelaran ‘babi’ dalam bahasa Albania yang bermaksud ayah. But lets just skip that since post ni nak sembang tentang talent berharga Dua Lipa ni.

Sebelum ni layan lagu Dua yang keluar dekat radio je macam New Rules, IDGAF dan yang terbaru, One Kiss. One day, masa sembang dengan kawan dia suruh layan lagu Dua Lipa sebab banyak yang best. Rupanya New Rules tu bukan lagu pertama dia tapi lagu yang lonjakkan nama dia dengan meluas lagi. Adik pun pernah mention lagu Dua banyak yang best sebab tu dia buat tour concert dekat KL.

Image result for dua lipa kl

Dua Lipa start dengan karier musik bila dia aktif dengan cover lagu di Youtube umur 14 tahun kemudian dapat tawaran dari Warner Music Group pada tahun 2015 kemudian release single pertama, New Love. Genre musik Dua Lipa ialah dark pop. Fun fact, Dua Lipa masa sekolah dulu teringin sangat nak masuk team koir dekat sekolah tapi cikgu dia tak bagi sebab katanya suara Dua tak sedap bila nyanyi walaupun dia anak kepada penyanyi rock band di Albania. Gigit jari la kot cikgu tu sekarang bila tengok Dua dah famous dengan keunikan suara dan bakat menulis lirik. 

Bored and curious to know how great her talent, I just hit Youtube and search for her music playlist. And yessss memang lagu-lagu dia best tambah pula dia sendiri yang buat lirik tapi tak sure dia yang in charge untuk semua MV dia ataupun orang lain sebab MV dia tersangatlah cool! Dia banyak main dengan colour grading and creative.

So here a list of my personal pick from Dua Lipa’s songs : 

Image result for dua lipa album cover

1. Garden

Lirik lagu Garden ni sesuatu sangat nak pula sembang pasal taman bunga cinta dengan suara unik Dua lagi buat lagu ni jadi special. First time dengar lirik pun dah jatuh cinta. 


2. Bang Bang


3. Homesick feat Chris Martin Coldplay

Lagu ni rasa tenang sangat bila dengar since Dua Lipa pun cakap dia rasa tenang & excited bila compose lagu ni dengan Chris so that vibe sampai dalam lagu ni walaupun berkisar tentang kesunyian lepas putus cinta. 


4. No Goodbyes


5. Last Dance


6. Scared To Be Lonely feat Martin Garrix

Apart from the music, lagu ni mengisahkan tentang kemurungan dalam percintaan. Bercinta tapi rasa kosong and start to find the meaning of a relationship. Memang sebab cinta ataupun takut hidup sunyi?


7. Begging


8. Be The One

She looks dope and cute in this MV! Lagu untuk yakinkan crush dia calon terbaik dalam hidup, so yeah she nailed it!


9. No Lie feat Sean Paul


10. Hotter Than Hell



Lagu yang lain pun best jugak cuma tak addictive macam dalam list ni. You guys should really try Room For 2, Genesis, Dreams and Bad Together. So how about you guys pulak, lagu mana yang jadi pilihan hati? 

7 comments

  1. Saya suka lagu Blow Your Mind dengan New Rules..

    ReplyDelete
  2. baru tau pasal dua ni. hehe

    ReplyDelete
  3. salah satu sebab saya minat dua lipa adalah sebab dia sangat cantik.. haha

    ReplyDelete
  4. yezzah no.6! scared to be lonely. bagi kc, terserlah vokal dan suara dia memang mantop dalam lagu ni.

    ReplyDelete
  5. Dua Lipa is one of the most unique and original singers. I love her songs and being her true fan for years and even remember the days when she wasn't so popular.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.