Movie Review : Rajneeti

Friday, 8 June 2018


Director : Prakash Jha
Cast : Ranbir Kapoor, Arjun Rampal, Ajay Devgn, Manoj Bajpayee, Nana Patekar, Katrina Kaif, Nikhila Trikha, Jahangir Khan, Sarah Thompson, Naseerudin Shah, Chetan Pandit
Production Company : Prakash Jha Productions, Walkwater Media Ltd
Genre : Politic/Drama/Crime
Running Time : 170 minutes
Release Date : 4th June 2010
Trailer :


Its been years tergedik sangat nak tengok movie arahan Prakash Jha ni sebab pasangan Ranbir dan Katrina berlakon. Plus ramai critics cakap Rajneeti salah satu movie terbaik Ranbir dan Katrina. Jarang lakonan Kat kena puji, so bila kena puji memang wajib tengok. Tambah pula hasil buah tangan Prakash Jha yang popular dengan movie Dil Kya Kare, Satyagraha dan Lipstick Under My Burkha. Movie Rajneeti memang sepenuhnya digarap oleh Prakash Jha – direction, writing, dialogue, produce.


Boleh kata Rajneeti ni diinspirasikan dari keadaan politik sebenar di India bila sebelum tayangan movie Rajneeti, team production turun naik court sebab ada persamaan karakter dalam movie dengan situasi politik yang sebenar. Kemudian isu berkaitan dengan lagu kebangsaan India. But the hassle worth the team’s effort since movie ni mengaut keuntungan 2x ganda dari modal pembikinan tambah pula menang beberapa award dalam semua kategori pencalonan.

Rajneeti mengisahkan tentang kemelut yang melanda keluarga Ramnath Rai yang mengetuai parti politik, Rashtrawadi. Walaupun parti ni disayangi dan disokong ramai rakyat India terutamanya golongan miskin, berbeza dengan anak perempuannya Bharti (Nikhila Trikha) memilih untuk join parti pembangkang yang diketuai Bhaskar sampai mereka berdua terlanjur dan Bharti mengandung.  Bharti lahirkan anak lelaki tanpa pengetahuan Bhaskar (Naserudin Shah) sebab dia larikan diri lepas rasa bersalah dengan dosa dia.


Disebabkan status anak luar nikah, Brij Gopal (Nana Patekar), abang kepada Bharti ambil keputusan untuk hanyutkan di sungai dalam bot berserta sekalung rantai sebagai tanda. Lepas dari tu, Bharti dikahwinkan kepada Chandra Pratap (Chetan Pandit), adik kepada Bhanu Pratap (Jahangir Khan) yang juga ahli kuat parti Rashtrawadi. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan dua orang anak lelaki – Prithviraj (Arjun Rampal) dan Samar (Ranbir Kapoor).

Raajneeti Photos: HD Images, Pictures, Stills, First Look Posters ...

Prithviraj ikut jejak langkah ayah dia dan jadi orang kuat parti sementara Samar ambil PhD di New York dalam jurusan sains politik. Dia balik ke India sebelum presentation thesis untuk sambut birthday pakcik Bhanu dia. Kepulangan dia disambut oleh Indu (Katrina Kaif) yang dah lama syok dengan dia sejak kecil lagi sebab ayah Indu ni orang kuat Chandra Pratap.

Tapi Samar sebenarnya bercinta dengan kawan kuliah dia, Sarah Jane. Walaupun Samar reject Indu tapi lepas ayah dia dibunuh oleh Sooraj Kumar (Ajay Devgn), pembantu kepada Veerendra Pratap (Manoj Bajpayee), anak tunggal Bhanu Pratap, Samar melamar Indu untuk berkahwin dengan dia supaya dapat dana dari ayah Indu.
 
Image result for rajneeti

Bila Brij dan Bharti pergi ke rumah Indu untuk merisik, ayah Indu nak anak perempuan dia kahwin dengan Prithvi sebab Prithvi calon Ketua Menteri India dalam pilihanraya nanti bukannya Samar. Pilihan cuma dua, kahwin dengan Prithvi ataupun dengan Veer yang tamak dan kejam. Nak tak nak, Samar terpaksa pujuk abang dia berkahwin dengan Indu sebab dia taknak Indu hidup dengan Veer. Dia tahu abang dia mampu jaga Indu dengan baik. Tambah pula Sarah dah mengandungkan anak Samar.

Movie ni agak pening sikit sebab politik memang memeningkan dan licik. Ada saja cara untuk menang dalam pilihanraya tak kisah dengan apa cara sekalipun. Walaupun ramai star cast dalam Rajneeti tapi masing-masing bawa watak dengan baik dan hidupkan tema politik negara. Dari poster pun kita dah boleh tahu siapa yang akan memerintah tapi tetap nak tahu apa strategi kedua pihak untuk menang dan lawan balik staretgi pihak lawan.

Image result for rajneeti

Dialog memang cantik tambah bila scene Bharti datang pujuk Indu bila Indu marah dengan keputusan Samar untuk kahwinkan dia dengan Prithvi. Tapi pelik jugak bila keluar scene Indu berbaik dengan Prithvi sebab entah dari mana muncul cinta dan sayang sebab tidur asing lepastu dalam sehari entah berapa kali je diorang bertegur sebab Prithvi busy berkempen.

Music background karya Pritam agak dull dalam movie ni tambah pula item song masa Samar dengan Indu lepak pub untuk celebrate happy moments diorang nak berkahwin. Baik dia letak lagu romantik bergolek sana sini sebab item song tak best ni umpama sampah menyelit je dah lah kejap sangat.


Walaupun parti politik Rashtrawadi ni dapat sokongan orang miskin tapi tak banyak sangat scene berkempen di kawasan kampung cuma banyak dekat padang atau dataran untuk bagi ceramah politik dengan rumah agam parti masing-masing. Tension jugak tengok ahli politik turun dari heli dekat dataran tempat penyokong berkumpul sebab berdebu teruk habis semua orang kena kecuali ahli politik. Selfish teruk.

Lepas hampir 3 jam layan movie Rajneeti pelik jugak tengok ending sebab penyokong parti boleh terima calon akhir dari Samar tanpa sebarang bantahan atau pertikaian. Tambah pula bila Samar kata calon tu paling layak sebab hati dia suci. Kenapa hati suci layak pulak sedangkan dalam politik kena akal licik macam Samar baru boleh tangkis serangan parti lawan?

Ranbir and Katrina to reunite for Prakash Jha's Rajneeti 2?

Sepatutnya ada sequel tapi krik krik je sampai sekarang. But I don’t think it will happen anytime soon since Ranbir dan Katrina dah putus dan taknak berlakon bersama dah nak pula lepas movie Jagga Jasoos flop di panggung.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

3 comments

  1. maybe I'll consider to watch this because I love some of the actors. hehe

    ReplyDelete
  2. banyaknya watak, pening baca. kalau tgk movie maybe senang sikit nak paham..hihi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.