Movie Review | Aiyaary

Monday, 25 June 2018


Director : Neeraj Pandey
Cast : sidharth Malhotra, Manoj Bajpayee, Rakul Preet Singh, Naseerudin Shah, Anupam Kher, Pooja Chopra, Adil Hussain, Kumud Mishra
Production Company : Motion Picture Capital, Friday Filmworks, Pen India Limited, Plan C Studios
Distributor : Reliance Entertainment, Pen India Limited
Genre : Drama / Crime
Running Time : 160 minutes
Release Date : 16 February 2018
Trailer :

Aiyaary antara movie dalam waiting list untuk tahun 2018 sebab arahan Neeraj Pandey yang terkenal dengan movie kenegaraan ataupun special agent seperti A Wednesday, Special 26, Baby atau Naam Shabana tapi sayangnya Aiyaary ni tak mencapai tahap wow pun macam movie-movie dia sebelum ni. Well another factor haruslah sebab Sid Malhotra is bae ❤


Kalau dalam Baby lebih mengisahkan tentang special agent yang berkhidmat untuk membanteras kumpulan pengganas di India meanwhile dalam Aiyaary, kumpulan khas askar yang ditubuhkan untuk membanteras pegawai askar yang makan rasuah di India. Kumpulan ni diketuai oleh Kolonel Abhay singh (Manoj Bajpayee) dan protégé kesayangannya Major Jai Bakshi (Sid Malhotra).

Tapi sayang bila Jai mula mengkhianati dia dengan menjual data kumpulan diorang kepada businessman dan pihak media. Jai bekerjasama dengan kekasihnya, Sonia Gupta (Rakul Preet Singh) seorang hacker di London supaya plan dia berjalan seperti yang dirancang. Abhay pula mencari Tariq bhai (Anupam Kher) untuk membantu plan dia menghalang Jai dari bocorkan rahsia negara.


Antara dua generasi berbeza dengan strategi berbeza untuk menghalang rasuah berleluasa dan mencemarkan nama negara, Major Jai Bakshi dan Abhay Singh cuba buktikan siapa yang berada di pihak yang benar.

Jalan cerita Aiyaary agak hambar dan mengarut, idea untuk banteras rasuah dalam barisan pertahanan dah cantik dah sebab jarang dapat jumpa kes askar buat duit melalui pembelian senjata api tapi bila masuk cerita perbalahan Jai dengan Abhay ni rasa nak sepak pun ada. Kalau tak payah buat diorang bergaduh pun takpe, buat movie skuad rahsia tu hapuskan kes rasuah ni pun dah cukup strong dah. Dia nak buat konflik da sudahnya caca marba.


Tu belum tengok cara Jai jadi secret agent lagi. Tengah undercover boleh tinggalkan wallet atas meja sampai kantoi dengan awek yang dia tu sebenarnya askar. Masa dia curi hard disk dekat bilik server pun dia masuk macam tu je tak matikan langsung cctv like what are you trying to tell us actually? Kalau dia nak bagitau dia yang ambil data tu baik tak payah datang malam-malam pakai topi sorok muka. Yang paling tinggi dalam skuad tu kau je. Sekali tengok pun dah tahu siapa punya angkara T.T

Colonel Abhay Singh pun boleh tahan jugak lah sembang tentang berpegang teguh dengan prinsip cintakan negara, banteras rasuah tapi sudahnya dia pun bagi duit dekat orang bawah yang bagi info sulit dekat dia walaupun orang bawah dia tolak duit tu. Dia paksa jugak masukkan dalam poket like apakah ini????


Walaupun hero utama movie Aiyaary ni Sid Malhotra tapi lakonan Manoj Bajpayee dengan Naseerudin Shah lebih menyerlah dan meyakinkan. Sembang pasal Naseerudin Shah, watak dia sebagai Baburao dalam movie ni agak pelik juga sebab misteri movie Aiyaary ni terletak pada karakter dia dan anjing-anjingnya. Nampak macam tak membantu tapi lebih membantu dari Jai Bakshi dan Abhay Singh dan kumpulannya.

Ada elemen humor dalam movie Aiyaary tapi humor pun rasa annoying dan merepek. Undercover agent tapi tak mampu nak faham hint ahli skuad nak pulak hint orang atasan. Kalau betul pun baru join, takkan lah lemah benar nak faham? Botol dengan kotak jauh beza kot. Lagi sedih bila skuad tu ambil askar terbaik tapi lemah IQ is such weird criteria for a special agent? 

There’s nothing much to offer pun dalam movie Aiyaary, baik jalan cerita mahupun visual dan soundtrack. Semua pun hambar dan menyeksakan.  Tapi scene dekat Kashmir tu macam biasa lah haruslah cantik sebab Kashmir memang cantik. Tak pernah jemu tengok kecantikan Kashmir dalam semua movie Bollywood.


For me, Aiyaary is a total failure dalam career Neeraj sebagai director. Sayang seribu kali sayang sebab idea mvie ni cantik tapi hancur. Kalau you guys familiar dengan 4 movie dekat atas, you guys will know Neeraj’s awesome plot twist and tricky plot. Walaupun nama movie ni Aiyaary bermaksud tricky tapi ia adalah sebaliknya. Mungkin my expectation terlampau tinggi dan mungkin jugak magic Neeraj dah hilang but whatever it is, Aiyaary is a disaster for 2018.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.9/10

6 comments

  1. lawa surrounding dia kann. husb azah suka la cite2 tamil hindustan ni. nnt nak btau dia., haha

    ReplyDelete
  2. gambar last tu sangat cantik view nya ....

    ReplyDelete
  3. wah. gitu ekk, farhana.
    kekadang kalau terlalu byk konflik, akan jadi cacamarba.
    concentrate on a point, then expand it carefully, better kan.
    jalan citer pun bakal cantik.

    ReplyDelete
  4. teringinnya nak pergi Kashmir! #tetibe haha. sebab ramai puji view Kashmir memang cantik gilos.

    ReplyDelete
  5. Suka tengok pemandangan dan shoot diorang.. Selalu cantik cantik..

    ReplyDelete
  6. wow.. mcm best cerita ni. nak tgk la nanti. hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.