Penanaman menegak merupakan salah satu kaedah penanaman yang semakin popular di seluruh dunia. Aktiviti penanaman dijalankan di dalam kawasan bangunan yang dilengkapi segala peralatan pertanian.
Idea untuk penanaman menegak ini tercetus apabila saintis memikirkan cara untuk mengatasi masalah sumber makanan yang semakin berkurang disebabkan kekangan tanah dan juga pertambahan penduduk dari semasa ke semasa. Penduduk dunia akan bertambah dari 7 billion kepada anggaran kemungkinan 14 billion menjelang tahun 2050.
Atara tanaman yang sesuai ditanam menggunakan kaedah ni ialah salad, tomato, cili, sawi, strawberri, kailan, pak choi, kangkung, bayam, terung, bendi, peria, serai, kunyit, pandan dan pelabagai lagi. Terdapat beberapa negara yang menggunakan kaedah penanaman menegak antaranya Singapura, Amerika, China, Jepun, Sepanyol dan beberapa negara lagi.
Antara kelebihan kaedah penanaman menegak ni ialah
- Lebih selamat dan bersih berbanding penanaman di ladang.
- Mengurangkan pencemaran air dan kerosakan kepada alam sekitar.
- Kurang gangguan dari serangga perosak
- Keuntugan lebih banyak berbanding penanaman ladang
- Jimat ruang
- Jimat kos penghantaran kerana kebanyakannya ditanam di bandar
- Boleh diubah mengikut keselesaan ataupun keperluan tanaman
Di Malaysia pun dah mula menggunakan penanaman menegak ni kerana selalu terjadi hakisan tanah terutamanya di kawasan tanah tinggi, bercerun dan berbukit seperti Cameron yang ditarah khas untuk pertanian. Terdapat juga beberapa kawasan balak atau hutan yang ditebang hanya untuk penanaman dan pertanian komersil justeru penanaman menegak mampu mengurangkan masalah ni.
Mungkin lepas ni dah tak perlu bersesak dah ke Cameron untuk enjoy makan strawberri sebab dekat bandar pun dah boleh dapat tapi siapa nak mulakan dulu agakya ye? ;)
Tengah dalam usaha nak buat kat balkoni rumah.. huuhuhu
ReplyDeletekalo tanam pokok renek2 or ferns macam ni cantik gak buat perhiasan. tapi akak sejenis yang malas jaga pokok. suka tengok je =P
ReplyDeletekreatif betul, cara tanam macam ni memang jimat ruang.
ReplyDeleteCreative cara ni..jimat ruang and kelihatan cantik juga
ReplyDeleteTapi biasanya petani lama susah nak apply cara baru. Susah nak pujuk. Diorang cuma nampak keuntungan jangka pendek. Sad truth. So kena tunggu kami pulak masuk untuk cuba cara baru 🙌🙌
ReplyDeleteterbaek.. jimat ruang :)
ReplyDeleteAlahai tak rajinnya nak buat tp nak jugak camni :(
ReplyDeletesngt kreatif. dpt jimatkan bnyk ruang. good idea.. :)
ReplyDeleteMenarik nie, nampak kemas kan..
ReplyDelete