Drama Review : Halalkan Hati Yang Kucuri

Thursday, 28 June 2018

Image result for Halalkan Hati Yang Ku Curi

Pengarah : Hashim Rejab
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi
Pelakon : Farah Nabilah, Aliff Aziz, Mimi Lana, Shah Iskandar, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Azhan Rani, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Emelie Hanif, Zalfa Zin,
Genre : Drama/Cinta/Konflik/Keluarga
Bilangan Episod : 27 episod
Tarikh Tayangan : 23 Mei 2018
Syarikat Penerbitan :  Country & Universal Sdn.Bhd
Tayangan : TV3 (Slot Akasia)
Trailer :
Drama yang diadaptasi dari novel karya Mia Kiff, Halalkan Hati Yang Kucuri yang diterbitkan pada tahun mengisahkan tentang Delisha (Farah Nabilah) dan Faiq (Aliff Aziz) yang terpaksa hidup merempat sebagai gelandangan bila keluarga mereka yang kaya-raya hilang entah ke mana. Puas dicari tapi tak berjumpa satu pun jejak baik keluarga Isha mahupun keluarga Faiq. Yang ada pada mereka berdua cuma IC Faiq dan baju yang dipakai dan beberapa wang ringgit hasil simpanan Faiq dalam akaun bank.

Faiq dan Isha meneruskan kehidupan mereka dengan bantuan Abang Ali (Azhan Rani) dan Mak Jah yang membantu mereka mencari kerja supaya mempunyai duit untuk makan. Kalau ada rezeki mereka dapat lah makanan hasil sumbangan dari pihak yang memberikan bantuan. Kehidupan mereka sebagai gelandangan benar-benar memberikan pengajaran kepada Isha yang pernah sombong dan bongkak semasa kaya dahulu. Tak pernah mereka sangka kehidupan mereka akan berubah sekelip mata.

Image result for Halalkan Hati Yang Ku Curi

Pelbagai ujian dilalui Isha dan Faiq selain tidur di tepi jalan bertemankan tikus dan lipas, Isha hamper dirogol semasa sesat akibat operasi khas menangkap gelandangan, Isha terlampau lapar sehingga korek tong sampah untuk makan, Faiq hilang kerja selepas accident, Isha hampir gila meroyan kerana anaknya diculik selepas Kak Gayah ambil kesempatan menghantar Isha ke hospital swasta.

Baca sinopsis drama ni pun dah curious nak tengok sebab jalan cerita lain dari yang lain, memang tak menyesal tengok 27 episod tentang kehidupan Delisha dan Faiq yang kaya berubah kepada gelandangan atas arahan Nenda Rosnah (Normah Damanhuri) supaya dapat mendidik Delisha dan Faiq tentang kehidupan dan kemiskinan. Tapi tak sangka pulak Nenda tinggalkan tanpa pantau Isha dan Faiq langsung selepas buang mereka berdua di tepi jalan walaupun Amir mengintip secara rahsia. Entah kemana Nenda dan semua ahli keluarga lain pergi masih rahsia. 


Lakonan Farah Nabilah sebagai Delisha antara sebab kenapa drama ni bagus. Dari seorang gadis kaya yang bongkak kepada isteri yang sabar dan redho dengan ketentuan Tuhan semuanya menjadi tambah pula masa Damia diculik dan scene Isha dan Faiq baru balik dari Milan tapi terima berita duka. Lakonan Aliff Aziz kadang nampak tak meyakinkan sangat, nampak flat but lucky for him, banyak scene bersama dengan Farah. Watak sampingan seperti Abang Ali, Kak Kiah, Kak Hanum dan Nenda memang mainkan peranan dan serlahkan karakter mereka. Kalau selalunya chemistry antara leading stars yang menjadi tumpuan tapi dalam drama ni chemistry antara Delisha dan Nenda yang mencuri tumpuan terutama scene Isha berbaik semula dengan Nenda memang meramu ayaq mata.

Watak antagonis, Salima lakonan Mimi Lana memang terbaik. Sebelum ni pernah nampak lakonan dia sebagai gadis sopan ayu dalam MV Syurga Yang Sempurna – Isa Khan tak sangka menjadi bila dia bawa watak perempuan bitchy yang saiko. Nak pula masa scene dia hentak kepala Zainal dengan pasu bunga, the moment she screams in terrified tu memang top notch. She’s great I tell ya! Karakter-karakter perempuan dalam HHYK ni semua hebat belaka kecuali Dalina (Jasmin Hamid), ibu Delisha dan juga Faiza, ibu Faiq (Anne Abdullah). Diorang tak dapat banyak screentime sangat pun.

Wardrobe Delisha dengan Salima memang top notch dalam drama ni hasil kerja penata busana, Yassni Din sesuai sangat dengan Delisha lulusan bidang pereka fashion Milan. Salima walaupun penganggur berjaya dan pengikis duit parents tapi sebagai anak Dato’, fashion dia memang up-to-date. Hairstyle dengan makeup pun on point, thanks to Jas Syed Chek. Muka Delisha memang cantik dengan makeup neutral soft, Salima pula dengan makeup ala bitchy with red lipstick never fail to amuse me whenever she’s appear onscreen.


Plot tempat dalam drama ni di sekitar Kuala Lumpur da nada satu scene promosikan Blue River yang baru je dilancarkan pada awal tahun 2018. Selain tu, di Penang tempat Delisha dan Faiq bercuti untuk release stress bersama rakan-rakan Faiq. Zainal (Shah Iskandar), ex Delisha pun selalu jugak pergi Penang atas urusan kerja so banyak scene cantik dekat Penang dipamerkan. Milan juga jadi pilihan sebagai lokasi bulan madu since Faiq dan Delisha melanjutkan pelajaran di sana bersama.

Lagu tema untuk drama Halalkan Hati Yang Kucuri ni menggunakan lagu Semakin, lagu baru Siti Sarah genre balada. Walaupun lagu ni tak berapa digemari oleh Siti Sarah sendiri sebab bersifat merayu tapi sesuai sangat dengan jalan cerita drama ni and its already my fav.


Walaupun jalan cerita drama ni agak cantik tapi tidak pada skrip sebab ada beberapa dialog yang agak mengarut tapi ada juga yang kuat nak pula kalau Faiq bagi pickupline dekat Isha memang romantik sangat. Mungkin dari novel, tak pasti pula sebab tak baca pun novel asal drama ni.

Drama ni memang bagi pengajaran sangat nak pula masa Faiq dan Isha hidup gelandangan sebab lakonan diorang buat rasa bersyukur sangat ada rumah untuk berteduh tak perlu tidur tepi jalan alas kotak. Ada duit untuk makan tak perlu korek tong sampah bila lapar, ada duit untuk beli kasut tak perlu berkaki ayam kesini sana. Really recommend you guys to watch this if you guys haven’t yet.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10

12 comments

  1. terlayan jugak citer ni.. tapi episod hujung2 je.. best jugak..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  2. ada tengok juga episode awal2 tu time dia jadi kaya pastu malas nak tengok sebab tak suka hero dia..hihi

    ReplyDelete
  3. tak follow sangat drama ni tapi tengok sikit2.. ehhe..

    ReplyDelete
  4. x tengok pun drama ni sbb x sempat..keja sekolah banyak..

    ReplyDelete
  5. Hubby akak terlebih emosi bila Delisha dengan Faiq merendah-rendahkan orang yang tak berkemampuan dan masih berlagak kaya semasa baru mula-mula jadi gelandangan.. hihi dalam masa yang sama dia tak lepaskan untuk tengok drama nie.. Memang best sebab sekurang-kurangnya drama nie memberi pengajaran kepada kita yang tak selalunya kita berada di atas, sekali Allah menterbalikkan apa yang kita perkatakan dulu, barulah kita tahu langit tinggi ke rendah..

    ReplyDelete
  6. Ada tengok teaser.. macam best tapi tak sempat layan lagi.

    ReplyDelete
  7. thanks for the review .... alamak, jalan cerita mcm best , jarang ada drama menunjukkan kehidupan gelandangan , mcm nak tengok ...

    ReplyDelete
  8. tgk last2 episod jer.. hehe.. x follow dari awal.. hehe

    ReplyDelete
  9. tengok masa last2 episod, masa faliq dan isha hidup susah

    ReplyDelete
  10. tak folo citer ni.
    2-3 episod ajer.
    then dah tak tgk.

    ReplyDelete
  11. Tak minat langsung drama ni I don't even know why hurmmm

    ReplyDelete
  12. Kak Sue tak follow sangat cerita nie tapi ada la tengok juga..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.