Double Beef Bacon Combo Wayback Burgers, Melawati Mall

Monday, 25 June 2018

Semalam lepas pergi open house, menyinggah sekejap dekat Melawati Mall sebab nak cari cheesecake tapi jumpa menu lain pulak sebab terliur tengok gambar poster burger bertingkek-tingkek, Triple Triple Burger diorang dengan patty tebal dan cheese meleleh sebijik macam dalam American food channel dalam TV. I've been craving for years kot nak makan burger macam tu! 

Image result for wayback burgers melawati mall

Tak fikir panjang dah, terus buat space untuk makan burger tu walaupun baru balik melantak dekat open house. Nafsu zahabedah sangat tau. 

Sampai je dekat situ terus check harga burger bertingkek tu tapi geleng kepala je sebab RM53. Its not about price tapi takut nanti tak habis. Kalau tapau bawak balik hari keberapa pulak nak habis nanti? Sedap ke kalau reheat? Plus, this is my first time jejak kaki ke Wayback Burgers without any review at all. Sebelum menyesal, baik reconsider dulu. 

Image result for wayback burgers melawati mall

Tell you guys, staff dia sangat bagus kot. Mesra sangat dari pintu masuk sampai pilih menu sampai kaunter sampai hantar makanan sampai lah keluar tu they greeted us very nice and warm baik lelaki mahupun perempuan. Deco pun cantik, bersih bersinar gittew. 

Konsep makan sama macam Texas, order dekat kaunter & air boleh refill sampai kembung air. Tapi yang special dengan Wayback ni, diorang hantar menu yang dipesan ke meja. Lepas bayar tu melenggang bawa tag number supaya senang dia hantar makanan. 

Since tak jadi makan burger bertingkek cheese meleleh tu, kitorang order Double Beef Bacon Combo Onion Ring sebab cheese meleleh jugak plus nampak meriah ingredients yang terlibat dalam tu. Fun fact, patty dekat Wayback Burgers ni diorang buat sendiri dekat dapur sebab tu tebal dari patty burger lain. 


Tak tunggu lama sangat pun untuk menu kitorang sampai, dalam 15 minit macam tu lah. Bila tengok burger depan mata, nervous jugak nak try but at the same time excited sebab reality tak jauh beza pun dengan gambar. Thick patty with cheese meleleh nyummmm! *Sambil taip, sambil telan liur*



First bite dah bahagia sebab my craving all these years have been satisfied. Faham tak perasaan craving tengok dalam tv bertahun-tahun telan liur tengok diorang makan finally dapat? Lagi rasa bahagia nak nangis bila diorang tak kedekut pickles! Kalau dekat McD, pickles ada la dua slice itupun nipis tapi dekat Wayback Burgers, memang meriah! For pickle lovers like me its like partyyyyyy!

The only part yang I macam mehhh sikit dengan burger ni is the bun. Agak nipis so bila makan dia jadi lembik berdeney macam dalam gambar. Tapi okay je bila gigit sebab patty tebal tu dah hilangkan rasa lembik roti.


Burger ni memang kenyang makan sampai share dua orang pun dah mengah nak habiskan. Maybe sebab kitorang baru balik dari open house tapi tak la penuh teruk sangat sebab jarak masa dalam sejam lebih jugak sebelum makan burger ni.

Macam mana berlemoihnya American food host makan dalam tv tu, macam tu la kitorang makan semalam. Berlemoih but its great. Berlemoih baru syok makan. Wei tau dak berlemoih tu apa? Comot, got it?

Nak repeat lagi lepasni sebab banyak lagi menu dia yang macam awesome! But for now ada eloknya you guys pergi sebab Wayback Burgers tengah buat promotion, harga a-la carte sama dengan harga combo macam dalam menu. Yang burger bertingkek tu makan ramai-ramai best la kot ataupun pesen tangki nala punya.



Harga murah, fresh patty, service bagus, makanan sedap pulak tu, air refill sampai kembung perut. Keluar dari situ bahagia sangat kenyang perut makan hati bahagia berbunga, I fell in love already. Go grab it guys.

10 comments

  1. harga macam mekdi lah ya. nampak beger macam sedap sangat. haish la, bila nak kurus ni setiap kali nampak entri makanan, terliur ja. hehehe

    ReplyDelete
  2. yummy .... bila makanan tu sedap, kita rasa happy dengan apa yg kita bayar ...
    dan bonus bila service cepat dan mesra ...

    ReplyDelete
  3. wah langkah kanannya..nak try jugak tp jauh ..uhuk..

    ReplyDelete
  4. Menarik.. Menggoda.. Mengancam.. One day..

    ReplyDelete
  5. sedap. terliur. kena g beli dekat bawah nanti. tp burger jalanan je la

    ReplyDelete
  6. burger!!!
    dpt yg sedap memang rasa berbaloi teramat.
    takde plak kat melaka ni.
    kalau dpt, Allahu Akbar nyaman rasa nyer...
    burger bertingkek-tingkek ni aida pernah makan kat kedai biasa ajer, farhana.
    kat tepi sungai Melaka. patty nyer dibuat sendiri. itu pun dah nyaman tekak ni menelannya...

    ReplyDelete
  7. wow patty dia tebal bak hanggg. nak try lah nanti!

    ReplyDelete
  8. perghhh.. terbaek burger ni..

    ReplyDelete
  9. nmpk menarik..aritu ada tgk kwn mkn juga..nanti bole try beger sini plak

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.