Dalam beberapa hari ni bersepah Ddu Du Ddu Du dekat socmed, pening jugak apa yang diorang sembang rupanya sebab lagu baru Blackpink. Dengan 80,121,322 views sejak dikeluarkan pada 14 Jun lepas, lagu DDU-DU DDU-DU ni dah berada di no 5 di carta trending.
Bukan pertama kali pun Blackpink release lagu dengan tajuk yang unik, sebelum ni dengan lagu Bombayah. Tajuk lagu yang unik dah jadi trend di Korea dan ada yang jadi kegilaan ramai walaupun tajuk lagu tu tak memberi apa-apa makna pun. Kpop idols definitely a trendsetter.
Here some list of unique title of Kpop songs :
1. Gee - Girls Generation
Lagu Gee merupakan salah satu hits kumpulan SNSD dan merupakan idol group pertama yang mulakan trend tajuk lagu yang unik ni. Gee menggunakan genre electropop dengan elemen hip-hop dan techno so most likely lagu rancak yang mengisahkan tentang tahap angau masa bercinta ni terngiang-ngiang di kepala.
2. Bo Peep Bo Peep - T-Ara
Lepas success dengan lagu Roly Poly, girl group T-ara muncul dengan lagu Bo Peep Bo Peep bergenre electropop dan menjadi kegilaan kerana gaya comel diorang bukan sahaja di Korea malah menjuarai carta di Jepun selepas MBLAQ dan Shinee.
3. Ring Ding Dong - Shinee
Bukan tajuk je unik part chorus dia pun unik jugak :
Ring ding dong,
Ring dingi dingidiggi,
Ding ding ding
At first masa dengar macam kelakar tapi part chorus ni la yang melekat dekat kepala sampai sekarang. Lagu genre afro-electro ni dihiasi dengan beat drum Afrrika which is congo untuk menghasilkan bunyi electro synthesizer. Tujuan part chorus tu diberi sentuhan unik untuk menggambarkan bunyi yang melekat di kepala bila angau bercinta. Fun fact, student takkan dengar lagu ni sebelum exam besar sebab mengganggu focus untuk study.
4. LA chA tA - f(x)
Lagu debut group f(x) pada tahun 2009 menggunakan perkataan La cha ta yang tidak membawa apa-apa makna pun, hanya ditambah untuk naikkan keunikan dan sensation lagu je. Strategi SM Entertainment berjaya bila lagu ni merupakan lagu debut hits di Korea.
5. Ringa Linga - Taeyang
'ringgalinggaling ringgalinggaling' memang tak ada maksud langsung pun. Lagu yang dicipta oleh G-Dragon Big Bang ni cuma fokus untuk pendengar enjoy dengan life dan music tu sendiri. Taeyang yang terkenal dengan genre balada come up with new genre, electropop dan rap. Skill rap Taeyang antara yang menjadi taruhan dalam single Ringa Linga.
6. Bang Bang Bang - Big Bang
Sama seperti Ringa Linga, lagu Bang Bang Bang juga merupakan karya G-Dragon menggunakan genre dance pop dan trap-heavy breakdown dengan rap dari Top membuatkan lagu ni menjadi Song Of The Year untuk tahun 2015. Lagu lit & swag dari Big Bang menggunakan tajuk Bang Bang Bang yang merupakan bunyi yang dikeluarkan bila ditembak.
7. Ko Ko Bop - EXO
"Shimmie shimmie Ko Ko Bop I think I like it".
Berbeza genre dengan lagu EXO yang lain, Ko Ko Bop menengahkan genre reggae pop dan tajuk lagu Ko Ko Bop ni lebih membawa makna Haapy Dance. Since EXO release single Ko Ko Bop, beberapa kali jugak website crashed sebab terlampau ramai sangat yang stream and play. Lagu Ko Ko Bop mengungguli carta musik di Korea dan juga berada di tangga ke 155 carta musik global untuk tahun 2017.
8. Bombayah - Blackpink
Debut single group Blackpink merupakan MV ke-5 terpantas yang mendapat 100 juta views selepas release di Korea dan merupakan pencapaian terbesar antara Kpop idols. Menggunakan genre big room house dan hip hop dicipta oleh producer yang sama oleh idol groups lain dibawah naungan JYP Entertainment, Teddy.
9. Boom Boom - Momoland
"Give it to you
My nunnunnunnunnunnun nunbit
ssodajineun My teoteoteoteoteoteo teochi
nae meoributeo ppumppum
nae balkkeutkkaji boom boom"
Lagu yang mempunyai kontroversi plagiat dari lagu Serebro - Mi Mi Mi yang pernah digunakan dalam episod pertama rancangan survival, Finding Momoland tahun 2016. Tapi composer lagu Boom Boom nafikan hal tersebut sebab genre dan beat yang berbeza antara dua lagu. Sama seperti lagu Serebro, lagu Boom Boom hits di Korea dan mengungguli carta berbulan lamanya.
10. Latata - (G) I-DLE
Latata sama macam lagu La cha Ta kumpulan f(x) merupakan lagu debut yang menggunakan perkataan yang tiada maksud untuk menambahkan sensational element lagu tersebut tapi bezanya lagu Latata ni gagal mendapat tempat dalam carta musik di Korea walaupun famous di US.
Tajuk lagu yang unik sentiasa mendapat perhatian para pendengar seluruh dunia, tahun depan apa agaknya tajuk lagu yang bakal hits di carta musik. Till then, have fun!
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
teringat dekat lagu shineee. lagu dalam katogeri legend zaman sekolah dulu. hehe!
ReplyDeleteselalu tajuk yg unik ni orang senang nak ingat
ReplyDeletesemuanya tajuk pelik2... tapi famous eh?
ReplyDeletehttps://aerillhassan.blogspot.com
Kat Malaysia lagu Nabila Razali boleh join salah satu daripada group Korea ni kot
ReplyDeletePaling suka lagu Shinee tu.. Memang paling catchy dan berputar di kepala part chorus dia tu..
ReplyDeletebombayah paling unik.. hehe
ReplyDeletekalau artis malaysia buat lagu mcm ni, agaknya apa respon peminat ya? ;-)
ReplyDeletesemua lagu famous famous hehe. ada lagi satu tajuk unik yang kc tahu: lagu ddaeng by Suga, Jhope & RM (BTS). lagu tu diss track for their haters. hehe
ReplyDelete