Short Term Goal For May 2018

Wednesday, 2 May 2018


May is here, finally yeayy!


Entah apa yang yeayy sangat bila tengok kalendar padahal banyak benda murung. Untuk cabaran hari ke 16 ni, kena list out some short goals untuk bulan ni. 

Memandangkan bulan Mei ialah bulan Ramadhan tahun 2018 maka, boleh lah setup some short-term goal bermakna sikit. Tapi selalunya setiap bulan pun ada goal tersendiri. Ada yang mampu capai, ada yang tak. Tapi Alhamdulillah selalunya tercapai 75%. Okay lah tu daripada takde hihu

Okay short-term goals untuk bulan Mei ni :

1) Kerja Baru

Since contract pun dah habis, so bulan ni memang busy cari kerja je. Actually dah ada pun tapi nak cari yang lagi bagus dari segi salary sebab komitmen banyak lagi tak settle. Tapi kalau tak dapat jugak, its okay lah, boleh lagi nak survive every month.

2) Puasa Berkualiti

Bab puasa semua orang boleh puasa tapi berkualiti ataupun tak tu yang susah nak achieve. Kadang kita puasa semata nak tahan lapar tapi hakikatnya amalan ibadah kena sama banyak, jauhkan dari cakap benda tak elok, tengok benda tak elok, buat benda lagha and others.

3) PV blog 10,000

Bulan Mac dah capai dah tahap 10,000 sebulan tu tapi bulan April jatuh teruk sebab tak update sangat lepastu blogwalking memang jarang so jatuh tergolek bulan lepas. Stats harian pun tak cecah 300, tu belum sembang all time PV, macam tak bergerak je gaya. Sedih.

4) Turun Berat

Yang ni memang wajib turun sebab baju raya dah ada tapi kalau pakai memang tak muat sebab berat dah bertambah. Sakit jugak hati tengok badan asyik menaik je. Baju pun dah banyak yang tak muat dah, belum sembang yang terkoyak lagi. Teruk betul sekarang ni, malas sangat nak workout kenapa entah.

5) Movie Review

Walaupun niche blog ni ialah Movie Review tapi entry yang ni la paling malas nak buat sebab mood tak sampai sangat. Nak pulak kalau layan movie tak best lagi lah malas nak buat review. Tapi request memang selalu masuk. Sabar ye yang menapak untuk baca review, nanti I usahakan supaya tidak malas.

10 comments

  1. macam mana nak check PV?
    ada web mana-mana leh guna untuk check ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tgok kat blogspot punya just tgok kat bahagian stats tu..
      tp kalau nak yg lebih tepat better sign up googlle analytic :)

      Delete
  2. Waahhh semoga wishlist utk bulan mei tercapai :)

    ReplyDelete
  3. wah, banyak checklist awak.. moga tercapai semua yang awak idamkan..

    ReplyDelete
  4. All the best untuk semua goal for May..

    ReplyDelete
  5. Hope you'll achieve your goals :)

    ReplyDelete
  6. Chaiyok! chaiyok kak FJ!! ^^ semoga Allah permudah :3

    ReplyDelete
  7. Good luck Pana. Jangan giveup k.

    ReplyDelete
  8. Aida bulan mei ni busy!
    Assignments kena anta.
    Exam akhir bulan.
    Aim dpt 4flat...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.