Movie Review | Surat Cinta Untuk Starla The Movie (2017)
Tuesday, 1 May 2018
Pengarah : Rudi Aryanto
Pelakon : Jefri Nichol, Caitlin
Halderman, Salshabilla Adriani, Ricky Cuaca, Meriam Bellina
Produser : Screenplay Films & Legacy Pictures
Genre : Romantik/Drama
Tarikh Tayangan : 28 Disember
2017
Durasi Tayangan : 1 jam 44 minit
Trailer :
Movie yang diadaptasi dari single
Surat Cinta Untuk Starla nyanyian Virgoun yang jadi kegilaan ramai tahun 2017,
mengisahkan tentang kisah cinta Starla (Caitlin Halderman) dan Hema Chandra (Jefri
Nichol). Sebelum tengok movie ni ada filem pendek kisah percintaan diorang
berdua di Youtube menggunakan judul yang sama, Surat Cinta Untuk Starla. Since
dapat sambutan yang luar biasa, diorang panjangkan lagi kisah Starla dengan
Hema menjadi movie.
Hema jadi tempat untuk Starla
tenangkan hati dan fikiran sampai diorang dua jatuh cinta. Makin lama makin
rapat, plot movie ni berkembang dari awal pertemuan diorang sampai lah hubungan
diorang berdua ada krisis hingga Hema dan Starla ambil keputusan untuk putus.
Movie ni tak lah berat mana pun,
santai je sebab krisis tu pun sekejap sangat dalam setengah jam nak dekat
hujung dah walaupun ada jugak lah kehadiran Bimo sebagai orang ketiga tapi
krisis couple ni lagi besar dari Bimo sampai melibatkan keluarga. Bukan parents
je tapi pakcik, makcik dengan atok sekali sampai terbongkar rahsia keluarga
Hema dari kecil. Nampak macam dashat tapi director buat krisis tu nampak light
je sampai senang sangat berdamai.
Sama macam dalam filem pendek,
main soundtrack menggunakan lagu Surat Cinta Untuk Starla dan tambahan single
terbaru dia, Bukti. Sebelum ni dengar lagu Bukti macam biasa je tapi lepas dah
layan movie ni lagu tu jadi awwww sangat.
Bab lakonan, chemistry di antara Jefri
dan Caitlin memang cantik sangat onscreen cuma pelakon tambahan tu tak beria
sangat berlakon. Memang semua tanggungjawab diorang letak atas hero dengan
heroin semata. Tapi suka lakonan Romeo sebab lawak tambah part dia mengamuk
bila Starla tak tolong dia di kedai tapi curi-curi dating dengan Hema.
Bab cinematography movie ni pun
cantik sebab certain beautiful location di Jogja, Indonesia dipilih untuk
portray character Hema yang cintakan seni dan juga alam sekitar. But kudos to
screenplay team sebab buatkan tempat tinggalan nampak cantik sangat macam kubur
keretapi bertingkat di Purwakarta, Indonesia, bawah jambatan, dinding terbiar dan banyak tempat yang asalnya tempat tak cantik tapi nampak wow dalam movie.
Movie SCUS ni kalau nak tengok
santai boleh lah sebab storyline pun tak berat mana. Tengok movie ni pun sebab
dah pernah tengok filem pendek SCUS so nak tahu lebih dalam lagi pasal pasangan
ni tapi tbh jalan cerita filem pendek lagi cantik dari filem. Syarat nak tengok
SCUS kena tengok dulu filem pendek dia kalau tak ada banyak scene yang tak
faham ataupun feel tu tak sampai. Tapi ada part yang bercanggah dengan filem
pendek antaranya scene Hema dan Starla first time berjumpa dengan karakter Bimo.
Another great thing dalam movie SCUS ni, bila pengarah still masukkan puisi untuk Starla dari Hema. Tapi surat Starla untuk Hema pun not bad jugak so yesssss kekuatan movie SCUS ni pada puisi dan dialog Hema dan Starla. Walaupun tak seangau Dilan dan Milea tapi Hema dan Starla ada kekuatan tersendiri.
Last but not least, thanks Jefri
Nichol sebab hadir dalam dunia lakonan Indonesia. Menjadi betul watak Hema nak
pulak bila dia deliver romantic dialogues ataupun berpuisi. Haihhh ganteng
amat!
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.8, 7. Themes
+1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 6.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Ala mana nak tengok movie ni?? Nak sangat tengok sebab suka sangat lagu Surat Cinta Untuk Starla <3
ReplyDeleteNampak macam best jee
ReplyDeletemcm menarik la movie ni ... hope boleh cari online ...:))
ReplyDeleteada dekat pencurimovie :)
DeleteTak tertengok lagi movie ni... Nanti nak cari data lebih. (tetiba berkenan kereta dalam filem tu) Hehehe...
ReplyDeletekannnn! Sama lah :D
DeleteAda movie ekk? Lagu tu aida tau. Tak tau plak ada movie nyer...
ReplyDeletelepas lagu keluar web series/filem pendek lepastu dikembangkan jadi movie :)
Delete